CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kemaruk

[Politik] Setelah GST dilaksanakan, apa yang baru kamu faham tentang GST

[Copy link]
Post time 6-4-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas GST dilaksanakan...yg aku perasan, setiap kali keluar aku kena bawa syiling lebih
Aishh..lama2 susut juga tabung aku..,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 12:19 PM | Show all posts
Changa replied at 6-4-2015 12:07 PM
kat sini pun ramai orang gila GST itu

terkejut aku dijerkahnya depan org ramai "gst! gst!" dia jerit
wakakaka, rupanya org gila
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:21 PM | Show all posts
dewi replied at 6-4-2015 11:30 AM
tak tau la.. yg i tau Account department cakap .. pls issue tax invoice within 21 days if the 1st  ...

mungkin ada sebab dia ?  mcm tmnut staff je ? (unfi)

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:25 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-4-2015 11:33 AM
kalau tak bantah GST...patutnya beri peluang..menteri manusia gak macam MB macam Ketua Menteri..MB ...

ni tgh beri peluang la ni .. tapi yg salah tu tetap kena bantah.. kalau dok diam jer nanti pak mentri cakap

majoriti yg diam tu sokong apa jer yg depa buat ...

salah kalau kena tegur .. tak tegur naik lemak la semua pak menteri

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:26 PM | Show all posts
alien3d replied at 6-4-2015 12:21 PM
mungkin ada sebab dia ?  mcm tmnut staff je ?  (unfi)

tak la i am in the travel / tourism industry ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:33 PM | Show all posts
sekngucing replied at 6-4-2015 12:19 PM
terkejut aku dijerkahnya depan org ramai "gst! gst!" dia jerit
wakakaka, rupanya org gila

ada  ummah yg yg dok laungkan GST itu ini tak tahu pun SST selama ini dah lama tukar jadi 6% dari 5% zaman tok kaduk dulu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 12:54 PM | Show all posts
dewi replied at 6-4-2015 12:26 PM
tak la i am in the travel / tourism industry ..

adik aku cakap hotel naik 10 to 20% .. mesti pening korang nak buat costing..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 12:55 PM | Show all posts
dewi replied at 6-4-2015 12:25 PM
ni tgh beri peluang la ni .. tapi yg salah tu tetap kena bantah.. kalau dok diam jer nanti pak men ...

takper tunggu aku nak vote.
** last time nama aku ada dalam web,sms .. Poi sekolah deme kata takde name dalam list..Bukan nama aku je, member aku registed sekali pun takde(BN geng woo)
UPDATE la system kau SPR..  bengong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 01:05 PM | Show all posts
Tegas laksana GST
DR . ROHAMI SHAFIE  |  29 Mac 2015 1:34 AM

Setelah hampir 27 tahun, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disebut buat pertama kalinya di Malaysia, akhirnya tanggal 1 April ini, iaitu tiga hari lagi men-jadi penentu pelaksanaan sistem percukaian ini. Kerajaan sudah menyatakan bahawa GST tidak akan ditangguhkan.

Dalam keadaan banyak lagi rakyat Malaysia yang masih samar-samar atau kurang faham dengan GST, persoalan asas sama ada GST benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara akan hanya ditentukan selepas kerajaan dapat melaksanakan GST dengan jayanya.

Sudah menjadi lumrah di Malaysia, sebarang perubahan yang ingin dibuat pastinya akan mendapat bantahan. Lebih-lebih lagi kalau bantahan itu melibatkan orang politik, maka riuh rendah dibuatnya seolah-olah perubahan yang ingin dibuat tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat. Selepas perubahan itu ber-jaya dilaksanakan, baharulah dapat menutup mulut golongan seperti ini yang tidak pernah sunyi dalam menghangatkan sesuatu isu rakyat.

Maka untuk menutup mulut golongan ini daripada terus menghasut majoriti rakyat Malaysia, mahu tidak mahu kerajaan perlu membuktikan bahawa GST benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Pokoknya di sini ketegasan kerajaan dalam melaksanakan perubahan dalam sistem percukaian Malaysia.

Banyak contoh di negara lain yang membuktikan bahawa GST memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Usah pergi jauh, di negara jiran kita, Singapura, GST telah memberi impak positif kepada negara berkenaan. Lebih banyak lebihan wang dan dana boleh digunakan untuk pembangunan negara. Malah, wang berkenaan boleh meringankan mereka yang kurang berkemampuan.

Bayangkan sebuah negara yang tidak mem-punyai sumber semu-la jadi yang banyak seperti negara kita pun mampu menjadi sebuah negara yang cukup maju di dunia, maka, tiada alasan untuk negara kita mencapai lebih banyak kejayaan.

Cuma bezanya di sana, ketegasan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Umum mengetahui, salah satu perkara yang sering disebut-sebut oleh rakyat Malaysia ialah kelemahan penguatkuasaan yang menyebabkan banyak kerugian kepada rakyat dan negara. Misalnya, ketirisan melibatkan penyeludupan minyak di negara jiran adalah berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan.

Akhirnya, untuk mengatasinya kerajaan telah menarik subsidi minyak. Tidak kurang juga isu warga asing yang terlibat dalam perniagaan, dengan sewenang-wenangnya mereka membuka kedai. Sampai sekarang pun isu ini tidak selesai, menggambarkan kelemahan penguatkuasaan.

Maka, dalam hal GST, kerajaan perlu tegas terutamanya terhadap peniaga-peniaga yang sengaja mengambil kesempatan untuk menggagalkan pelaksanaan GST. Ada antara mereka dengan sengaja menaikkan harga barangan sebelum GST dilaksanakan lagi. Sedangkan kenaikan harga barangan yang dijual tidak berkait langsung dengan GST.

Apa yang berlaku, rakyat diadu domba seolah-olah kenaikan tersebut berpunca daripada GST. Dengan kata lain, GST dikambinghitamkan demi keuntungan sebelah pihak.

Akibat kekurangan maklumat atas beberapa faktor seperti maklumat tidak sampai kepada mereka atau mereka sendiri malas untuk mencari maklumat sebenar dengan mempercayai bulat-bulat media sosial, maka segelintir golongan rakyat ini dengan mudahnya dihasut untuk membangkitkan kemarahan terhadap GST.

Di Singapura juga tatkala GST ingin dilaksanakan, rakyatnya juga kekurangan pemahaman tentang GST, namun perkara ini dapat diatasi dari hari ke hari sehinggalah rakyat mula nampak kebaikan GST.

Kerajaan Singapura telah berusaha bersungguh-sungguh memberi kefahaman tentang GST kepada rakyatnya.
Mendesak

Mengambil contoh, caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran dalam lingkungan 5-15 peratus, isu ini hanya berbangkit dalam kalangan rakyat selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan GST. Jika tidak, berapa ramaikah rakyat Malaysia mengetahui bahawa caj perkhidmatan tersebut bukanlah cukai yang dibayar kepada kerajaan?

Apabila ada yang menganggap itu cukai yang dikutip oleh kerajan, jadi tidak semena-mena perasaan marah boleh timbul terhadap kerajaan.

Ekoran isu caj perkhidmatan ini timbul, maka terdapat pihak yang mendesak kerajaan untuk menghapuskan caj perkhidmatan. Malangnya, caj perkhidmatan ini dikatakan tidak dikawal oleh kerajaan.

Adakah caj perkhidmatan tersebut setimpal dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga? Di sini, kerajaan perlu tegas untuk membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

Lihat sahajalah isu kenaikan harga minyak yang digunakan untuk menaikkan harga barangan dan makanan, walhal apabila harga minyak diturunkan tidak pula harga barangan dan makanan diturunkan.

Inilah yang sebenarnya dibimbangi oleh rakyat. Contoh ini pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa terdapat peniaga yang sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Mereka ini jugalah yang memberi seribu satu alasan kononnya pelaksanaan GST menyusahkan mereka dan melibatkan kos pematuhan yang tinggi. Sejak sekian lama, mereka mengaut keuntungan yang cukup tinggi sehingga menjadikan mereka kaya raya, jadi apalah salahnya, mereka menyerap kos ini demi berbakti kepada rakyat.

Bagi peniaga yang masih degil menaikkan harga produk mereka dengan keterlaluan, kerajaan sewajibnya tegas menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Apalah gunanya, di atas kertas, terdapat akta yang bagus, namun penguatkuasaan tidak ke mana.

Perlu diingat, selain kos pematuhan yang terpaksa ditanggung oleh mereka, kerajaan juga menanggung kos pentadbiran untuk melaksanakan GST. Sebab itulah, usah memberi seribu satu alasan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Kalau 160 negara telah melaksanakan GST termasuklah United Kingdom yang telah berjaya melaksanakan GST, adakah masih tidak cukup bukti GST itu sistem percukaian yang bagus?

Kos pentadbiran yang ditanggung oleh kerajaan diperlukan untuk memastikan kelancaran sistem GST bagi merealisasikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaannya.

Melalui kutipan GST yang cekap akan menentukan bahawa dana yang lebih banyak dan pendapatan kerajaan yang lebih stabil boleh dikembalikan semula kepada rakyat terutamanya untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial dengan membantu golongan yang kurang berkemampuan, berpendapatan rendah dan mereka yang sudah pencen.

Malah, melalui ketegasan kerajaan jugalah, wang kutipan GST dapat disalurkan kepada rakyat pada tahap kecekapan yang paling optimum. Dengan ini, bakal memperbetulkan reaksi negatif segelintir rakyat, memacu ekonomi dan daya saing negara serta memperkukuhkan lagi kredibiliti kerajaan di mata rakyat.

- Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.XLOoa05K.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:04 PM | Show all posts
alien3d replied at 6-4-2015 12:54 PM
adik aku cakap hotel naik 10 to 20% .. mesti pening korang nak buat costing..

costing tak pening ... hotel dulu harga +6% +10%  ( sama je sekarang 6+10 juga )
mmg biasa hotel nail harga april sebab most hotel contract are 1 Apr  - 31 Mar , cuma few hotel je contract Jan - Dec .

Kenaikan yg ada tu mmg standard yearly nyer increased.
hotel  tgk agak2 dlm sebulan tak de sale baru dia revised rate  back to old rate

yg pening bila nak invoice dlm 21 hari dari tarikh arrival tu , biasa nya dok 3-4 hari , 2 minggu ok lagi sempat nak close file, collect payment
kalau org dok sebulan, dua bulan (esp yg service apartment tu) , takkan tak habis business nak tutup file dah, payment for sure org dah balik baru leh invoice client.. so soklan pasal tu kastam tak jawab lagi ..   





Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:07 PM | Show all posts
dewi replied at 6-4-2015 02:04 PM
costing tak pening ... hotel dulu harga +6% +10%  ( sama je sekarang 6+10 juga )
mmg biasa hotel ...

kalau hotel, melancung naik harga...saya pi hotel dan sykt pelancungan sebelah..apa susah..kita ada pilihan wat...lu punya bisnes..wa punya duit..wa suka lah.lu boleh paksa ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:23 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-4-2015 02:07 PM
kalau hotel, melancung naik harga...saya pi hotel dan sykt pelancungan sebelah..apa susah..kita ad ...

hotel x de beza AN.. sebab dr dulu ada tax 6% tu .. semua hotel pun sama
tapi kalau rumah tumpangan / homestay ,  i tak tau la ... diorang layak ker daftar GST ni


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:25 PM | Show all posts
Air teh O RM1 segelas, lontong ada telur sebiji harga RM4.

Gue jarang sangat makan luar, lontong + teh O untuk breakfast berharga RM5 murah tak?

No GST.

Lokasi bandaraya JB.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:26 PM | Show all posts
yang aku faham gst ni telah menggantikan sst..

sebagai contoh org rakyat marhaen tahap tadika mcm aku, ni kira2nya

sebelum gst :

10% sst
5% gov tax

after gst :

no more 10% + 5%, only 6%..

kira-kiranya, sepatutnya, banyaklah barangan yang turun harga..
tapi yang terjadi, sebaliknya pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:29 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 6-4-2015 01:05 PM
Tegas laksana GST
DR . ROHAMI SHAFIE  |  29 Mac 2015 1:34 AM

err ni level pensyarah reply ka ?
Jangan compare dengan negara orang lain.Baca specifikasi dari kastam dan buat keputusan adakah berbaloi atau tak ?
Update la sikit yer pensyarah . xlbr is comming.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:32 PM | Show all posts
dewi replied at 6-4-2015 02:04 PM
costing tak pening ... hotel dulu harga +6% +10%  ( sama je sekarang 6+10 juga )
mmg biasa hotel ...

hehe.. patut buat style cam air asia.. hari biasa diskaun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 02:34 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 6-4-2015 02:26 PM
yang aku faham gst ni telah menggantikan sst..

sebagai contoh org rakyat marhaen tahap tadika mcm ...

jawapan ialah alirang wang tunai..
bileh dikatakan double tax sekarang.. sebab aliran tunai syarikat tak stabil.. kalau kukuh single tax jer.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.644400 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list