CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2757|Reply: 8

[Dunia] Bayi lahir tanpa hidung

[Copy link]
Post time 2-4-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode


AMERIKA SYARIKAT, (MLP) - Seorang bayi di Alabama dilahirkan tanpa hidung, namun setakat ini bayi lelaki itu menjalani hidup dengan normal.

Eli Thompson yang dilahirkan 4 Mac lalu, disahkan doktor mengalami masalah congenital arhinia, sejenis kecacatan rupa paras yang sangat jarang ditemui.

Menurut artikel yang dikeluarkan Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika, masalah kecacatan ini hanya dikesan pada 43 orang bayi semenjak tahun 1931.

Eli yang bernafas melalui mulut sebaik dilahirkan telah menjalani pembedahan tracheotomy untuk membantunya bernafas.

Kerana pembedahan itu, Eli tidak boleh mengeluarkan bunyi apabila menangis. Justeru, ibu dan bapanya perlu sentiasa memantau Eli.

Ibu bapa Eli juga telah membuat keputusan untuk tidak membuat pembedahan plastik, sebaliknya mahu menyerahkan pilihan itu pada Eli apabila dia dewasa kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 04:04 PM | Show all posts
JADI ACTOR AVATAR LA DEWASA NT. . KONFIRM MELETOPS
NATURAL TAK PAYAH NAK SOLEK LAGI . .
APE PON ADE KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KELAK. . MOGA BBY NH SIHAT DAN MENJALANI
KEHIDUPAN NORMAL NANTI. . COMEL EVEN TAK SEMPURNA

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik lahir kat negara kokesen..kalau kat negara gagak hbsla kena angkat jd tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 04:18 PM | Show all posts
Besar nanti akan jadi manusia yang paling kuat.

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 04:58 PM | Show all posts
kesiannya baby tu..comel sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 05:01 PM | Show all posts
wlau x sempurna tp ttp comel pandangan mata aku..subhanallah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2015 08:05 PM | Show all posts
comel...cm xde hudung je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 08:19 PM | Show all posts
Comelnye..
klu xbuat pembedahan xlehke
Dh sejak azali dia bernafas dr mulut
knp nk ubah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 10:30 PM | Show all posts
cutenye dia. geram i tengok. rasa nak picit picit je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061790 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list