KEHEBATAN pengaruh lagu 'Sakitnya tuh disini' bak lagu 'Oppa Gangnam style', meninggalkan legasi adaptasi dan parodi oleh mereka yang mempunyai banyak masa lapang.
Antara adaptasi yang menarik perhatian sebahagian besar pelayar adalah 'Sakitnya tuh disini' versi kadet polis dalam bentuk video yang dimuatnaik ke laman sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit dan 48 saat berkenaan, sekumpulan kadet polis difahamkan melakukan persembahan senam seni atau senamrobik dengan menggunakan lagu popular tersebut sebagai penggerak rentak.
Dekat 300,000 pelayar Facebook menonton video ini dan 7,000 daripadanya berkongsi video tersebut dengan rakan-rakan mereka di laman sosial.
Adaptasi lagu 'Sakitnya tuh di sini' termasuklah versi Chipmunk, Korea, tema kru penerbangan dan lain-lain.
'Sakitnya tuh di sini' merupakan hasil nyanyian artis Indonesia, Cita Citata.
ianya menjadi fenomena sbb ada ummah yg pantang dpt mende pelik kat wasap grup or wall FB nak share nak like, then nak jadi antara yg terawal yg AMIK TAU laa kiranya nak kasi nampak aptudet dgn buka tred yg berkaitan di CI nih.......tu jer
Post time 27-3-2015 10:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bebudak ngan mak pak bebudak suka ngan lagu ni..smp anak den yg baru setahun jagung kalau nampak hp asik sebut atit, atit..maknanya nak dgr lagu sakitnya tuh di sini..
Post time 27-3-2015 11:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
laaa ni dok ngeji sgt pasal apa.. udah udah la tu iri hati.. dah mmg lagu tu catchy.. nk wat camne.. korang pon x mampu nk wat.. apapon penyanyinya kiut banget