CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 0

[Dunia] Saudi hantar senjata berat ke sempadan

[Copy link]
Post time 26-3-2015 11:11 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah menghantar kelengkapan senjata berat ke kawasan bersempadan dengan Yaman, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS), semalam.

Langkah itu dibuat selepas menerima arahan daripada Menteri Pertahanan, Putera Mohammed Salman al Saud yang turut mengarahkan pangkalan tentera diwujudkan di sepanjang sempadan.

Sumber tersebut turut mendedahkan Saudi tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan udara jika kumpulan pemberontak Houthi mengancam keselamatan Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi yang sebelum ini mendapatkan perlindungan di bandar pelabuhan Aden.

Dalam perkembangan lain, pemberontak Houthi didakwa memasuki Aden selepas kumpulan tersebut menawan pangkalan tentera udara al-Anad terletak kira-kira 50 kilometer di utara bandar selatan terbabit.

Susulan daripada itu, Abd Rabbuh telah dibawa ke sebuah lokasi rahsia dengan menaiki helikopter.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Mahmoud al-Subaihi telah ditahan oleh pemberontak Houthi dan dihantar pulang ke Sanaa. - Press TV
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.290593 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list