CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14246|Reply: 27

[Lain-Lain] KELUANG MAN LIVE ACTION 2017??!!

[Copy link]
Post time 25-3-2015 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Morning semua kaki wayang,


Terdengar ada desas desus mngatakan akan ada live action movie utk superhero kegemaran ak masa kecik2 dl....

KELUANG MAN.......xpasti la sama ada akan dijadikan live action ataupun hanya 3D animation...

Mohon2 kaki2 wayang sekalian yg ada mengtahui agar berkongsi2 info...



p/s: harap2 mmg ada la filem utk keluangman ni...xla asyik nk nengok cicak kobing je....heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 01:18 PM | Show all posts
wah, kalau betoi la mmg ada live action Keluang Man ni best lah. Aku mmg suka tgk cita ni kecik2 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 04:31 PM | Show all posts
sapekah heronya


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Knapa dorang x siarkn blik siri ni kt tv..
dia..bagaikan seorang perwira.....
kluang man..kluang man

Nma kluangman x ingt la plak... ingat inspektor sahab jer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:39 PM | Show all posts
hihi.. best juga kalau ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 12:27 PM | Show all posts

Kalo tgk dari cita katun dia....hero dia biasa2 ja....sapa la yg sesuai bawa watak org sakit mental lepak dlm pusat tahanan...huhuhu..

My opinion is >>>>> Remy Ishak...hahaha....nampak kemelayuan dia tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2015 12:32 PM | Show all posts
Keluang Man merupakan sebuah cerita yang tidak mengamalkan konsep stereotaip seperti cerita adiwira yang sedia ada. Watak adiwiranya yang bersahaja dan tidak menggunakan kuasa ajaib selain daripada panduan naluri dan kejujuran telah memukau penonton. Pengarah animasinya, Encik Kamn Ismail yang sebelum itu pernah mengarah siri animasi Usop Sontorian, bersama-sama 37 orang tenaga produksi tempatan yang kurang dari segi pengalaman dan pengetahuan khusus dalam bidang animasi.

Raja Zaharuddin Shah telah menghasilkan papan ceritanya yang pertama. Olahan ceritanya dan 13 sinopsis awal siri ini dihasilkan dalam masa seminggu oleh Kamn Ismail hasil bantuan Wan Ayumi Wan Yusof. Sebelum memulakan penerbitan, satu kajian telah dilakukan berkaitan dengan suasana kehidupan dan perwatakan "Tetamu" di Taman Bahagia Tumpoi.

Walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan, tetapi jalan cerita dan konsep penceritaannya unik serta mengangkat tema kehidupan pesakit mental. Jalan ceritanya juga mampu memberi kepuasan kepada penonton serta mudah dihayati. Keluang Man merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D. Kesukaran menghasilkan gerak animasi dan gerak kamera dalam animasi yang lebih menarik telah menyebabkan Encik Kamn mencuba kaedah gabungan tersebut. Walaupun hasilnya tidak begitu kemas dan kadangkala menampakkan keganjilan dalam sesetengah babak, tenaga pekerjanya wajar mendapat pujian atas kesungguhan dan semangat dalam menghasilkannya. Episod pertamanya yang bertajuk "Pengenalan Keluang Man" berjaya dihasilkan dalam tempoh dua bulan.

Krisis ekonomi sekitar tahun 1997 hingga 1998 memberi kesan yang agak ketara kepada seluruh warga penerbitan Keluang Man. Akhirnya, setelah lebih tiga tahun dibentuk, akhirnya siri Keluang Man terpaksa dihentikan dan para karyawannya berhijrah ke syarikat animasi yang lain bagi meneruskan kesinambungan dalam kerjaya masing-masing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 12:34 PM | Show all posts
Sumber Dari Wikipedia.

Tapi...perenggan yg terakhir tu agak menyedihkan....maybe sbb tu dh xda lg usaha nk naik kan kembali martabat adiwira yang tidak bergantung pada kuasa batu ka..kuasa suntikan ka...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2015 12:37 PM | Show all posts
hanasensei replied at 29-3-2015 12:43 PM
Knapa dorang x siarkn blik siri ni kt tv..
dia..bagaikan seorang perwira.....
kluang man..kluang m ...

Borhan / Keluang Man
Keluang Man
Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis istilah bagi seekor kelawar besar. Borhan akhirnya menghilang selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung. Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan.

Samad / Tiong Man
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Watak Tiong Man adalah berdasarkan watak pembantu Batman, iaitu Robin. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan.

Dialog popularnya ialah ; "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" iaitu kata-kata Samad kepada Aishah yang masih lagi mahu berjumpa dengannya di hospital berkenaan. Babak menarik yang lain bagi watak Aishah adalah apabila Samad secara tidak sengaja terlucut sarung tangannya ketika cuba menyelamatkan Aishah. Kejadian itu telah menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuannya, Aishah sudah mengetahui identitinya. Selepas Borhan menghilang cerita Keluang Man diteruskan dengan cerita Samad tetapi Borhan/Keluang Man sudah tiada dalam episod tersebut.

Samsir Jauhari
Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tumpoi.

Inspektor Sahab
Seorang polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang Man. Apabila tiba di tempat penyiasatan didapati penjenayah telah diikat oleh Keluang Man dan Tiung Man. Suaranya amat lucu. Dia membenci Keluang Man kerana sering meganggu penyiasatannya, sehingga dia mengarahkan supaya Keluang Man ditangkap tetapi tidak berjaya.

Ated
Pekerja Pusat Mental Tumpoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo.

Sarip & Dol
Mereka berdua merupakan pesakit mental di pusat tersebut. Seringkali membuli pesakit yang baru masuk ke pusat tersebut.Mereka berdua menyuruh pesakit baru masuk memakan sampah dan mereka juga mengatakan kucing adalah kambing. Sarip dan Dol selalu bergaduh dengan Borhan namun ditenangkan oleh Ated. Mereka begitu menghormati Ated dan juga takut kepadanya.

Dr Ramoo
Seorang doktor pesakit mental di pusat itu. Borhan dan Samad memanggilnya abang janggut. Merupakan boss kepada Ated. Selalu bersabar dengan kerenah pesakitnya.



Sumber dari Wikipedia...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 12:39 PM | Show all posts
Juga sumber dari Wikipedia....



Keluang man di bawah arahan Afdlin Shauki yang dterbit oleh Vision Works akan di tayangkan di 5.6.2017.lakonan Jep Sepahtu sebagai Keluang Man dan Shuib Sepahtu sebagai tiong man.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 08:01 AM | Show all posts
Jep? Dari gaya2 tu mmg macam dah kena dah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:52 PM | Show all posts
perghhhh...dan akhirnyerrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
first baca mmg terus terpikir jep kot sesuai jadi keluang man..haha bila scroll lagi..eh mmg terkejut gak..mmg jep yg jadi?dgn shuib..mmg sesuai la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 08:36 AM | Show all posts
hanna88 replied at 6-4-2015 10:19 PM
first baca mmg terus terpikir jep kot sesuai jadi keluang man..haha bila scroll lagi..eh mmg terkeju ...

watak samsir, org jahat yg pukul borhan/keluang man sampai dia jadi mental tu sesuai bagi kat sharnaaz


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 10:37 AM | Show all posts
bg aku kluang man bukan best sangat, tp lebih pada nostalgia
mian di tv tahun 1998, main maghrib, masa ending dan muzik dia keluar tu, sayu rasanya teringat balik
zaman remaja, mak aku meniaga di kedai makan, bapak aku baru balik maghrib2
aku duduk rumah aja jaga adik
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 01:01 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 31-3-2015 12:37 PM
Borhan / Keluang Man
Keluang Man
Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah adalah seorang pes ...

nice2
sambil baca sambil t'bygkan watak2 dorang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 05:07 PM | Show all posts
alphawolf replied at 1-4-2015 08:01 AM
Jep? Dari gaya2 tu mmg macam dah kena dah...

aku setuju jep jadi keluang man...gaya memang betol ada. Wahhhh ini memang aku nanti2kan lah... sangat favourite masa awal2 remaja dulu...hahaha

dia...bagai seorang pahlawan.....

mana boleh lupa....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:31 AM | Show all posts
tiongman ada sekali?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 05:31 PM | Show all posts

kalo ikut dari sumber2 dari internet....watak tiongman pn ada gak...side kick utk kluangman..kalo xda rsanya xcukup sifat filem ni nanti...hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.348963 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list