Adeline Tsen Pelakon Suam-suam Suku Makin Cantik + Hot
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusat pengajian tinggi.
Agama bukan penghalang untuk saya berkawan atau mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Apa yang penting ialah kejujuran untuk menerima saya sebagai seorang yang istimewa di hatinya.
Bagi keluarga saya ia bukan sesuatu yang ganjil sebab abang sulung saya juga sudah memeluk agama Islam. Bagaimanapun, niat untuk memeluk sesebuah agama biarlah lahir dari hati bukan kerana sesuatu yang lain, ujarnya.
Wanita berusia 24 tahun ini juga memberitahu pengalaman rakan-rakannya yang sudah memeluk Islam memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama itu.
Saya berani bercakap begitu kerana ramai rakan saya yang sudah memeluk Islam. Tapi mereka tukar agama bukan kerana ingin berkahwin semata-mata.
Ada sepasang suami isteri bukan beragama Islam tetapi mengambil keputusan selepas berkahwin untuk memeluk Islam, katanya yang mempunyai darah keturunan Melayu Brunei.
Adeline juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan komersial. Dia sering menerima tawaran persembahan nyanyian dan modelling sebagai pendapatan sampingan.
Sejak kecil saya aktif menyanyi berbanding berlakon tapi rezeki saya lebih ke bidang lakonan. Saya sedar untuk menyanyi bukan sesuatu yang mudah buat masa sekarang.
Saya masih lagi menyimpan impian untuk menyanyi dan mungkin tahun depan saya akan keluar dengan single pertama bersama seorang rakan artis, katanya.
Jom layan gambar Adeline yang memang cantik dan menawan .