Edited by maxim at 24-3-2015 12:47 AM
Mas Anizan bukan madu saya - Lynn Alkhaired
SHARIFAH Haslinda kini dikenali dengan nama Lynn Alkhaired. - Foto ihsan Haslinda
KUALA LUMPUR: Bekas aktres, Sharifah Haslinda, 43 yang kini lebih mahu dikenali dengan nama Lynn Alkhaired menegaskan bahawa pelakon lama era 90an, Mas Anizan bukan madunya seperti yang pernah tersebar sebelum ini.
Cerita ini timbul apabila Mas Anizan berkahwin kali kedua dan selamat melahirkan anak perempuan pada 7 November tahun lalu. Sebelum ini pun, suami Lynn iaitu Datuk Seri Reezal Merican dikatakan sudah berkahwin kali ketiga secara senyap-senyap dengan Mas.
Bagaimanapun Reezal yang juga ahli politik menafikan perkara itu dan memberitahu beliau hanya ada dua orang isteri.
DATUK Seri Reezal Merican. - Foto Danial Saad
PELAKON lama era 90-an, Mas Anizan. - Foto fail NSTP
"Mas memang bukan madu saya. Semua yang timbul hanya spekulasi. Saya secara peribadi menyukainya. Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya selain mempunyai hati yang baik. Sesama wanita saya mendoakan supaya kehidupan rumah tangganya dirahmati dan bahagia.
"Saya tidak mengenalinya secara rapat tetapi tahu menerusi kawan baik beliau iaitu Zarina Zainuddin. Saya harap selepas ini tak ada lagi yang membangkitkan hal ini kerana ia memang tak benar," kata kakak kepada Sharifah Sakinah itu. Lynn yang sudah berhenti berlakon kira-kira 10 tahun kini lebih menumpukan perhatian kepada rumah tangganya. Perkahwinannya bersama Reezal dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
|