View: 79521|Reply: 148
|
Persediaan dalaman wanita sebelum berkahwin
[Copy link]
|
|
Hi uolss,
Nk tnye tips utk penjagaan diri or persediaan dalaman bg wanita sblom bkahwin. Contoh nye nk bby cpt..tp kite x tau kite ni sbur n leh dpt bby cpt atau x..feel free to share jamu or ubat suplemen sesuai utk ank dara yg akn berkahwin x lama lg..
Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
anak dara perlu jamu ke..........
kot dah bolos, janda anak 6 kot la kena overhaul... anak dara x perlu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Elle_mujigae at 14-1-2016 01:36 PM
Assalamualaikum... I nak share apa yg kita belajar kat ceramah di atas... Ceramah tu tajuk presentation slidenya, Ilmu Si Pingitan...cewah..hehe..
Ceramah dimulakan dengan kerisauan yang anak dara zaman sekarang boleh ada cyst/fibroid .Ini berbeza dengan anak gadis zaman dahulu di mana senario ini jarang didengari...
Seterusnya Kak Aishah menerangkan maksud Gadis dan memberitahu Gadis ada 3 kategori mengikut budaya Melayu; Gadis sunti, gadis perawan dan gadis pingitan.
- Gadis Sunti : budak perempuan yang mula menunjukkan ciri2 seorang gadis. dah akil baligh...
- Gadis Perawan : Perempuan yang masih dara
- Gadis Pingitan : Gadis yang telah melalui proses berkurung untuk menjadi seorang wanita. Tempoh berkurung boleh berlangsung selama 8 hari 8 malam,ni ikut adat setempat. Masa tempoh ni, anak gadis itu diajar ilmu seperti ilmu agama, adat dan budaya, cara menjaga kebersihan dan kecantikan diri dan gadis yang telah melalui tempoh ini dikira sudah layak untuk mendirikan rumah tangga... Ni amalan zaman dulu, zaman sekarang kita rasa macam dah takde je benda macam ni..huhu
Next in my note, I tulis;
Apakah batu ukur kesihatan seorang gadis?
Jawapannya ialah putik rahim/cervix yang sihat.
Orang lama panggil kuntum..
boleh google cervix yg tak sihat macam mana rupanya....
ada wanita yang beranak sepuluh tapi masih boleh ada kuntum yang macam anak dara, asbab dengan menjaga pemakanan dan berpantang betul2 lepas bersalin.
Masalah rahim yang dialami gadis masa kini;
- Faraj berbau - sebab tak jaga kebersihan tempat sulit/ pemakanan yg kacau bacteria balance in vagina--> infections.
- Keputihan - Di sini penceramah nasihatkan kurangkan makan ayam yg disuntik hormon. ayam kampung okay utk dimakan. Manakala ikan pula bukan yg dibela sebab makanan ikan tu(dedak) ada hormon utk tumbesaran ikan...Contoh ikan bela seperti ikan keli, talapia, patin & siakap.
- Ketidaklawasan period - Hormone imbalance . Balancekan hormone dengan makan ulam-ulaman seperti cekur. Di sini penceramah menyarankan, kalau siapa yg ada period tak lawas tu/spotting..try tukar pad kepada cloth pad. Boleh google pasal sanitary pad dioxin.
- Kegatalan bahagian alat sulit
- Masalah sakit puan - fibroid, cyst
- Gangguan period - akan kacau kesuburan bila kahwin nanti. Bila period tetap setiap bulan , kita senang tahu waktu subur.
So persediaan sebelum kahwin, ialah berusaha untuk dapatkan kitaran haid yang tetap.
Masalah kesihatan gadis masa kini (luaran) ;
- Obesiti - jaga makan, workout , makan herba. Bukan makan ubat kurus yg ada steroid
- Jerawat - darah kotor/toksid
- Body odour
Highlight note :
- Grocery shopping untuk anak gadis tak patut ada pantiliner (keputihan) dan deodorant ( Body odour).
- Fikir kesihatan utk jangka masa panjang. Jangan makan benda merepek-repek seperti minuman/suntikan untuk putihkan kulit. Tak elok untuk buah pinggang. Nanti dah berkeluarga, kita memerlukan kesihatan yang baik untuk menjadi seorang isteri dan ibu..Jangan kerana kesilapan kita masa muda memberi kesan pada kehidupan kita bila dah meningkat umur nanti.
- Fast food, fast go.. >.<
|
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah, sambung nota next time.. |
|
|
|
|
|
|
|
thank you chuols!
|
|
|
|
|
|
|
|
Most welcome uolsss...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Elle_mujigae at 14-1-2016 04:01 PM
Sambungan...
Remarks : Ini amalan berpantang ikut tradisi masyarakat Melayu lama ye, ada amalan berpantang tu takde bukti saintifik cuma diakui keberkesanannya secara turun-temurun gitu. Nanti ada pula yang kecam amalan ni mengarut, tak logik, #perangmelawanmitos ke..>.<...
Senarai makanan yang perlu dipantang
- Minuman berais / sejuk - menyebabkan muka dan badan rasa lesu/ nampak penat/sembab
- Air gas
- Air kelapa - kembang urat . Kalau demam panas, baru boleh minum air kelapa+garam kasar sebagai ubat.
- Jambu batu - boleh makan waktu mengandung,untuk anak dara is a no-no..
- Sayur menjalar,sejuk seperti timun, kangkung,sayur keladi,petola,petai,jering,terung..etc... (detail sayur2 kategori ni I ambil dari buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu)
Amalan pantang sunti sepanjang hayat..
- Minum air ais
- Mandi malam - 6.00~6.30pm ke atas. Boleh lap,gosok badan dengan tuala basah. Kesan orang suka mandi malam -kembang urat --> lutut,tumit sakit bila dah masuk umur 30an ke atas.
Minum air ais dan mandi malam, boleh menyebabkan badan lesu,lemau,muka sembab, asyik nak tido je di waktu siang.... Ia juga menyumbang kepada kedinginan hubungan suami isteri bila dah berkahwin nanti.. Penceramah mencadangkan untuk mereka yg suka mandi malam, try selama seminggu dua tak mandi malam, tengok badan jadi macam mana..Kalau ada perbezaan yg baik,badan rasa sedap, teruskan pantang tu..
◊ Part elak mandi malam ini, I dah try..dan yes, for me ada perbezaan..badan rasa cergas sepanjang hari.. cuma takde la I ikut sebelum pukul 6.30pm,awal sangat tu for me..>.< so I ambil 8pm sebagai waktu paling lewat nak mandi..
- Sepanjang tempoh haid , mandi air panas atau air serum(air rebusan daun-daun)
Ramuan mandi air serum : daun pandan, serai wangi, daun inai, daun sireh, daun lengkuas, daun kunyit, daun halia, jintan hitam+halba+garam kasar segenggam. Rebus ramuan ni pastu buat mandi, tahan 7 hari ramuan ni.....Kat Spa BBC ada jual mandian Herba Ratu namanya kalau taknak buat sendiri.
Untuk gadis yang ada masalah senggugut teruk, petua penceramah beri ialah jangan mandi pada hari yang heavy flow..huhu....boleh lap,gosok badan dengan tuala basah.
◊ Yang ni,personal opinion I, walaupun I takde masalah senggugut yg teruk, tapi ia diakui sangat sukar nak ikut..sebab tak selesa kan tak mandi masa heavy flow tu.. tapi ini amalan orang2 dulu, so ikut preference masing2 ...kita hormat amalan penjagaan diri seseorang individu tu..
- Sepanjang tempoh haid, elakkan makan ikan bisa. Contoh Ikan bisa : Ikan Cencaru, Ikan Kembung.....
Ikan yang elok dimakan : Ikan Merah,Ikan Selar,Ikan Senangin
- Untuk awet muda, muka dengan kepala elakkan basuh guna air panas especially bila guna water heater. Basuh guna air sejuk atau room temperature.
Amalan rawatan kecantikan gadis pingitan
- Berurut tanpa sengkak - melancarkan peredaran darah badan
- Berlulur
- Berendam faraj pada hari 6,7,8 tempoh haid.
Ramuan rendaman : Garam kasar,daun sirih, daun inai direbus dengan air. Air rebusan dibiar sehingga suhu panas menggigit. Diletak dalam satu bekas dan kita duduk dalam bekas tu.. sehingga suhu air turun ke suhu bilik. Rendaman ni yang ada masalah keputihan,kegatalan di bahagian alat sulit pun boleh try amalkan..
- Bertangas kering . Untuk anak dara, elakkan ramuan bertangas yang ada manjakani.
- Pakai girdle
- Makan sekadar rasa, bukan melantak... Makan small portion tapi kerap.
- Buat senaman regangan seperti Yoga, Pilates.
- Makan herba. Ada beza herba dengan jamu. Herba ialah rempah-ratus yang kita boleh buat masak. seperti bunga lawang, jintan-jintan,pelaga, kulit kayu manis...Jamu pula ada campuran tumbuhan seperti manjakani,tongkat ali, kacip fatimah di mana tumbuhan ini kita tak gunakan untuk masak makanan seharian. Herba tak beri effect panas badan seperti jamu.
Penutup
- Penceramah beri nasihat nanti dah bersalin, cari ubat yang merapikan,membersihkan,menyihatkan rahim kita bukan merapatkan semata-mata.
- Wanita yang cergas dapat menjaga rumahtangga dengan baik. So, kesihatan kena dijaga sejak kita anak dara. Bagaimana nak cergas kalau badan lemau,lesu.
- Penting untuk memastikan hormone dalam badan kita balance. Hormone yang balance membantu kita jadi wanita yg sihat,ceria,tenang.
- Isteri yang sihat mendatangkan kebahagiaan pada suami. Isteri yang sihat bukan maksud isteri yg sedap. Sihat tu maksudnya siuman; Tak suka marah-marah,menengking bila berbicara. Kalau tak amalkan penjagaan pantang selepas bersalin, tak balancekan balik hormone lepas 9 bulan mengandung, boleh buat diri kita suka marah-marah (meroyan).
- Ibu yang ceria mendatangkan sinar kasih buat anak.
- Wanita yang cantik adalah wanita yang tenang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae replied at 14-1-2016 11:45 AM
Assalamualaikum... I nak share apa yg kita belajar kat ceramah di atas... Ceramah tu tajuk prese ...
Tqvm for your generous sharing!!! Iols dah screenshot utk reminder. Huhu thanks sangatttt2 |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la petua2 nih... huhu.. boleh buat persiapan raja sehari nanti, tapikan i memang ada masalah yang listed kat atas... risau semua ada... masa bujang boleh sorok2 nanti dah kawen macam mana.... part bau tu i risau sikit...
part nak control makan ni pon susah hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
You;re most welcome evlinne...
|
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu awakk
|
|
|
|
|
|
|
|
thank you sangatttttt
i ada pm you tau heee
|
|
|
|
|
|
|
|
welcome jojoe..
|
|
|
|
|
|
|
|
okay..dah reply...
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh info bgune..tq uolss! |
|
|
|
|
|
|
|
thank you for sharing, bagus info-info ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak hemo makan jamu sejak usia 12 tahun sehingga sekarang. Asalnya dipaksa, sekarang dengan rela.
Kesannya? Very good.
Jamu ni yang bgusnya ialah untuk cleanse tubuh kita, terutama bahagian rahim, contoh mcm keputihan, senggugut, improve kesihatan rahim, wangikan badan and paling akak setuju ialah untuk awet muda
Having said this, lifestyle dan pemakanan main peranan penting.
Since kak hemo mmg makan jamu dari dulu sehingga sekarang, so kak hemo highly recommend anak-anak dara amalkan jamu seawal yang boleh sebab kesannya nanti kita akan rasai dan lihat paling ketara bila semakin meningkat usia. Cuma pesanan akak ialah jangan overdose, ikut saranan betul-betul, pilih types of jamu betul-betul sebab jamu ni ada yang sangat panas yang boleh juga beri kesan mudarat kalau tubuh tak sesuai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|