CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5031|Reply: 42

[Tempatan] 90% Pencarum KWSP Tidak Mempunyai Wang Yang Cukup Selepas Bersara?

[Copy link]
Post time 18-3-2015 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Sebanyak 90 peratus daripada pencarum kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos sara hidup selepas lima tahun bersara. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, maklumat itu diperolehi daripada laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

Katanya, kos tempat tinggal, makan minum dan perubatan antara faktor mendorong menambah tekanan kepada golongan tua atau warga emas di hari kelak.

“Masalah peningkatan kadar penuaan di kalangan penduduk di negara ini bukan sahaja menjejaskan warga tua, malah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara

  “Negara seharusnya memanfaatkan warga emas yang kian meningkat  dan membuat persediaan awal menempuh negara tua.

“Negara yang mempunyai 15 peratus warga emas daripada keseluruhan penduduk adalah negara tua dan individu berusia 60 tahun ke atas adalah warga emas,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat Seminar Realiti Masyarakat Menua: Punca dan Cabarannya di Malaysia, di Dewan Besar IKIM, di sini, semalam.

Seramai 100 peserta daripada pelbagai jabatan kerajaan dan swasta hadir pada seminar selama dua hari bermula semalam, anjuran IKIM dan dirasmikan Nik Mustapha. Dalam pada itu Nik Mustapha berkata, dalam satu laporan dikeluarkan  PBB pada 2012, terdapat 2.43 juta atau lapan peratus warga emas di Malaysia dan dijangka meningkat 20 peratus pada 2050.

  “IKIM mengambil inisiatif menganjurkan persidangan ini bagi membincangkan topik ini secara serius dan mencari pendekatan  terbaik menghadapi cabaran  ini,” katanya. Menurutnya, di negara barat, selain daripada kebimbangan pertumbuhan ekonomi, peningkatan bilangan warga tua dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan awam.

“Kebimbangan ini asasnya kerana ketidakseimbangan dalam peningkatan warga tua yang tidak bekerja berbanding  golongan penduduk yang aktif bekerja  menyebabkan kos perbelanjaan pencen serta perubatan dan penjagaan bertambah,” katanya.

Beliau menambah, kesan kualiti hidup  terjejas kerana pihak kerajaan tidak mampu mengekalkan keseimbangan  antara perbelanjaan awam dan hasil pungutan cukai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:03 AM     - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37604#sthash.oo9goDN5.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 07:38 AM | Show all posts
itu bagi yang pilih kwsp...

kakitangan awam ramai pilih pencen...

ada suami isteri,pilih dua2..isteri ambk pencen,suami ambik kwsp..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 07:41 AM | Show all posts
sebenarnya kalau pandai merancang xde membebankan sangat..

rumah,kete dah selesai bayar..(xkan lepas pencen nak beli kete baru lagi)
anak2 dah habis sekolah..(xkan anak2 xmenyumbang)

yang yang perlu bil2 utilities..kos rawatan..
makan,
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:27 AM | Show all posts
xdn 55 pakat kluaqkn habeh dahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primemova at 18-3-2015 08:33 AM

Pakatan rakyat bakal mainkan issue kwsp pulak utk buat rakyat benci kerajaan .... Selepas isu gst dan 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:34 AM | Show all posts
mil aku dpt duit x sampai setahun abis....

joli sana sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2015 08:36 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 18-3-2015 07:41 AM
sebenarnya kalau pandai merancang xde membebankan sangat..

rumah,kete dah selesai bayar..(xkan le ...

yela dah tua2 anak2 la yg bg duit... biar mak ayah relaks je.... pencen dah ade... dok trg... amenda nak beli lg... stakat makan minum berdua je.....
sbb tu nak keje gomen....dah tua ade org tanggung lg....


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:38 AM | Show all posts
md.jie replied at 18-3-2015 08:27 AM
xdn 55 pakat kluaqkn habeh dahhh...

biasa beli rumah kan.... klau tak dlu beli computer pun guna duit kwsp.... pastu kawtim ngan taukey komputer.... buat bil palsu.... komputer takde pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 08:38 AM | Show all posts
kalau tak pandai urus memang cepat habislah...
ader jer kawan aku dah 5 tahun bersara
duit beratus ribu dalam bank/asb

nak beli keta dah ada 3 bijik
nak beli rumah pun dah ada 2 bijik
anak2 pun dah pandai beri dgn orang tua

dia cakap mintak sihat tubuh badan jerlah sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:40 AM | Show all posts
Vellfire replied at 18-3-2015 08:38 AM
kalau tak pandai urus memang cepat habislah...
ader jer kawan aku dah 5 tahun bersara
duit beratus ...

klau hbis psl ade anak2 yg gedik p mintak ngan ayah tu lg haru.... tak malu sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
primemova replied at 18-3-2015 08:28 AM
Pakatan rakyat bakal mainkan issue kwsp pulak utk buat rakyat benci kerajaan .... Selepas isu gst da ...

Seolah olah kalau depa jadi  fed gov masalah tu semua akan hilang. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
erm.. kdg2 mkbpk terlebih manjakan ank ank pndai mujuk gigih la beli keta ank dgn duit epf..sponser kenduri kwen ank la..min angin ..mana x hbs duit..klu epf cecah jutaan ok la jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:53 AM | Show all posts
dino replied at 18-3-2015 08:36 AM
yela dah tua2 anak2 la yg bg duit... biar mak ayah relaks je.... pencen dah ade... dok trg... amen ...

kalau anak yang jenis mengenang budi...
fikir susah payah parent tanggung meke dulu,
time ni la nak balas jasa..
biar makpak rileks,buat aktiviti yang meke suka


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:53 AM | Show all posts
dino replied at 18-3-2015 08:40 AM
klau hbis psl ade anak2 yg gedik p mintak ngan ayah tu lg haru.... tak malu sungguh

hmm memang banyak sebab
dah dpt kuar habis nak beli keta mahal lah
beli perabot, bini kat rumah minta beli emas besar rantai kapal la
anak2 yang dah keja mintak lagi, beradik pun nak pinjam jugak
byk kes sebenarnya...

kalau duit hari tua tu cukup2
apalah yg tinggalkan?
sebab tu kena pandai urus

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:56 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 18-3-2015 08:44 AM
erm.. kdg2 mkbpk terlebih manjakan ank ank pndai mujuk gigih la beli keta ank dgn duit epf..sponser  ...

kalau duit banyak tak apa nak bantu anak2

tapi ramai jer anak2 sekarang ni
seronok jer dpt bantuan mak ayah
dah dapat tak ingat dan mcm tak hingin nak bayar balik
yerlah saguhati dari orang tua kan...
ingat banyak sangatlah duit yg dapat tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:59 AM | Show all posts
lepas nie....pakat beli khemah je laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 09:01 AM | Show all posts
orang melayu ni bila ada duit banyak depan mata memang nafsu terus menguasai diri..sepatutnya semua bakal2 pesara kena la pergi kursus khas sebelum bersara untuk ajar macamana nak manage duit atau bagi nasihat kepada diorang tak kira la walupon orang tu keje sektor kerajaan ke kilang ke..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 09:01 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 18-3-2015 08:53 AM
kalau anak yang jenis mengenang budi...
fikir susah payah parent tanggung meke dulu,
time ni la  ...

kite tgk mak ayah rasa sayu je.... umur pun dah nak cecah 70...
tp tak tahu la org lain mcm mana.... hulur jela brp yg mampu....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 09:02 AM | Show all posts
primemova replied at 18-3-2015 12:28 AM
Pakatan rakyat bakal mainkan issue kwsp pulak utk buat rakyat benci kerajaan .... Selepas isu gst da ...

Tapi IKIM ni pro pakatan ka kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 09:06 AM | Show all posts
Vellfire replied at 18-3-2015 08:56 AM
kalau duit banyak tak apa nak bantu anak2

tapi ramai jer anak2 sekarang ni

klau ayah nak bg pun patutnya anak2 tolak.... duit kwsp ayah pun sibuk nak merasa...
klau bg harta pusaka tu lain cite....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 1.455890 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list