CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6049|Reply: 6

[Tempatan] Definisi Universiti Awam (UA) dan IPTA--definisi baru

[Copy link]
Post time 14-3-2015 01:34 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi akan digunakan untuk merujuk universiti awam, sebaliknya akan diganti dengan istilah Universiti Awam (UA) berkuat kuasa serta merta.
          
         Ini diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan Rektor (JNCR) hari ini dalam usaha memartabatkan status universiti-universiti awam dalam negara.
          
        Pengerusi JNCR Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, jawatankuasa itu sebulat suara mahu istilah IPTA ditukar kepada UA bagi memberi pengiktirafan status yang lebih berprestij kepada universiti awam.
          
        "Setelah mendapat persetujuan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan baru-baru ini, semua universiti awam yang terdapat di seluruh negara selepas ini akan dikenali sebagai UA manakala istilah IPTA pula akan diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik," kata Kamarudin selepas mempengerusikan mesyuarat JNCR di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.
          
        Pelaksanaan istilah ini akan melibatkan sebanyak 20 buah universiti awam dan  lebih 60 Kolej Komuniti dan Politeknik.
          
        Ini termasuk Universiti Malaya, UTM, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).
          
        Terdahulu, jawatankuasa itu turut memaklumkan penggunaan Penyata Kelayakan Malaysia di kesemua 20 UA.
          
        Kamarudin berkata, penyata itu yang memberi nilai tambah kepada skrol dan transkrip graduan mengandungi maklumat terperinci berkenaan pelajar termasuk kemahiran insaniah yang dimiliki mereka.
          
        "MQS lebih terarah kepada ciri sahsiah yang tidak dinyatakan dalam skrol atau transkrip," kata Kamarudin, yang juga Naib Canselor Unimap.
          
        Ia termasuk penglibatan para graduan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilihat penting untuk mengimbangi graduan dengan pencapaian akademik terutama pada ketika mereka hendak memohon pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke luar negara, katanya.
          
        Mesyuarat JNCR, yang mempunyai empat siri setahun itu, dihadiri 16 Naib Canselor dan Rektor universiti awam.
          
        Siri kedua mesyuarat itu dijangka berlangsung di Universiti Malaysia Sabah Mei ini. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2015 01:35 PM | Show all posts
kalau dah ada boleh delete ye tuan/puan MOD
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 02:16 PM | Show all posts
noted with thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Teda kualiti
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 03:12 PM | Show all posts
istilah digunakan jer...abis tu U swasta jd US la yer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bguslah lg teratur...kalau boleh pecat semua staff2 bimbo kerja slow persis siput babi skali..baru up sikit uni lokal tanpa set2 kelayakan diploma spm tapi hadap nk rubberstamp bagai.choiii sis!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2015 03:36 PM | Show all posts
Wahh menarik sekali!
Haii abg @famri7 !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.088445 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list