CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3004|Reply: 7

[Dunia] Bukan Sukhoi 
tembak jatuh MH17

[Copy link]
Post time 14-3-2015 07:26 AM | Show all posts |Read mode

Insiden MH17 ditembak jatuh, didakwa pakar bukan dilakukan oleh jet tempur Su-25 (gambar kecil) yang dicipta untuk pertempuran altitud rendah dan sederhana kurang 3,000 meter. – AGENSI -

BERLIN 12 Mac - Ketua pereka pesawat tempur Su-25, Vladimir Babak mendakwa, kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Julai tahun lalu, bukan ditembak jet tempur itu seperti yang didakwa Rusia.

Dalam wawancara bersama akhbar tempatan Jerman, Suddeutsche Zeitung, Babak berkata, beliau telah terlibat dalam pembinaan pesawat tempur buatan Rusia tersebut sejak 30 tahun lalu dan percaya jet itu tidak mampu melancarkan serangan pada ketinggian tertentu.

Jelasnya, jet Su-25 boleh menyerang sebuah pesawat Boeing pada ketinggian 3,000 atau 4,000 meter, tetapi tidak boleh menembak jatuh pesawat lain pada ketinggian 10,500 meter di udara.
Advertisement

Tambah beliau, pa­sukan pereka yang diketuainya, mencipta pesawat itu supaya boleh digunakan hanya pada ketinggian rendah dan sederhana.

“Pesawat Su-25 boleh mencapai altitud tinggi, tetapi untuk menembak jatuh pesawat Boeing MH17 yang meletup di udara ketika kejadian, peluru berpandu berkuasa tinggi perlu digunakan oleh jet tempur itu.
Advertisement

“Malah, peluru berpandu udara ke udara hanya boleh menyebabkan kerosakan pada pesawat milik MAS itu, tetapi tidak disabitkan sebagai punca tragedi tersebut,” kata Babak yang dilahirkan di Ukraine dan bekerja sebagai Ketua Pereka Bentuk di syarikat penghasilan pesawat milik Rusia, Sukhoi.

Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan penggunaan peluru berpandu permukaan ke udara untuk menembak jatuh pesawat MH17 termasuk sistem pertahanan BUK.

“Saya percaya semua dakwaan yang melibatkan pesawat Su-25 milik tentera udara Ukraine dalam insiden itu adalah cubaan menghilangkan bukti,” katanya.

Laporan sebelum ini yang dikeluarkan oleh Moscow, mendakwa sebuah pesawat Su-25 digunakan oleh tentera Ukraine untuk menembak jatuh MH17 pada 17 Julai lalu sehingga mengorbankan 298 penumpang dan krew, kebanyakannya rakyat Belanda.

Namun pihak berkuasa Ukraine menuding jari kepada Rusia dengan mendakwa pesawat terbabit ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan BUK yang disalurkan oleh Moscow kepada kumpulan pemberontak di timur Ukraine.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat yang diketuai kerajaan Belanda dijangka mengeluarkan laporan akhir tragedi tersebut pada Oktober ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 12:38 AM | Show all posts
cakap aku dulu org tak mau percaya, maybe cakap ketua pereka su25 ni org boleh percaya kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:33 AM | Show all posts
orang yg menembak ada agenda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
putin jhat

us gak yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 02:05 PM | Show all posts
Bukan sukhoi, tapi sakai.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 08:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 09:54 PM | Show all posts
Edited by zainmahmud at 13-10-2015 09:56 PM

Report dah keluar. Pakar2 cari forum harap dapat terima hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:57 PM | Show all posts
Edited by zainmahmud at 13-10-2015 10:10 PM



http://youtu.be/KDiLEyT9spI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.342680 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list