Edited by abbyhoney at 13-3-2015 12:14 PM
Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram? RESPOND Ust Zaharuddin Abd Rahman (UZAR): Bezanya adalah :- 1- ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atautidak, tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru,pencarum tidak berdosa atas apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana iabukanlah pilihan mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan ataspilihan tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan. 2- ASB adalah instrument yang disediakan dengantujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orangyang menyertainya adalah dengan niat melabur, serta menggunakan aqad pelaburan(secara sedar atau tidak) dan ingin mendapatkan untung hasil darinyakelak.
KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit didalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad simpanan wadi'ah (safekeeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnyasendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah'dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikandengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkanfakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asaladalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalahboleh dimanfaatkan. |