Setiap kali puak pembangkang mahu melakukan perhimpunan haram, mereka akan memilih Sogo dan kawasan sekitarnya. Tentunya kawasan yang terlibat adalah Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut membawa ke Dataran Merdeka dan seterusnya Masjid Negara.
Itu adalah lokasi wajib yang menjadi kegemaran pembangkang. Baik isu kalimah Allah, GST, kes liwat, Ambiga - namakan apa saja, mereka akan berada di situ.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad bertanya mengapa mereka memilih Sogo dan bukannya lokasi lain yang lebih menjadi tumpuan seperti di segi tiga emas di Bukit Bintang atau pun di Petaling Street.
Berikut ialah persoalan Anuar yang dibangkitkan di laman Facebooknya hari ini:
"Sogo? Demo? Mengapa di Sogo? Mengapa tidak buat demo besar besaran di Petaling Street atau Bukit Bintang? Sebab Sogo dekat dengan Jalan TAR, sebab kat situ ramai peniaga Melayu?
"Biar orang Melayu tak boleh berniaga di Jalan TAR di hujung minggu? Biar semua pelanggan lari ke tempat lain? Atau sebab kamu hormat dan malu menganggu peniaga di Petaling Street dan Bukit Bintang? Atau sebab kamu takut kena marah buat demo di tempat mereka?
"Jawab dulu mengapa demo kamu selalu di Sogo? Sekali sekala cuba pergi demo di Bukit Bintang dan Petaling Street la pula," katanya. -- Malaysia Gazette