CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

[Tempatan] Hasrat hadiri anugerah kecemerlangan tak kesampai, maut terkena renjatan

[Copy link]
Post time 6-3-2015 11:34 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Hasrat seorang kanak-kanak untuk menerima hadiah pada majlis anugerah pelajar cemerlang sekolahnya minggu depan tidak kesampaian selepas maut terkena renjatan elektrik di rumahnya di Taman Puteri, Pokok Sena hari ini.

Mangsa, Mohd. Azmar Tahkim Mohd. Asri, 8, yang merupakan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, Pokok Sena ditemui terbaring di bilik tidurnya oleh ibunya, Sarinah Akob, 40-an kira-kira pukul 4.50 petang.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dipercayai cuba mengecaj bateri motosikal mainan miliknya dengan menggunakan pelompat (jumper) yang disambung pada soket elektrik.

Ekoran itu, berlaku litar pintas sehingga menyebabkan mangsa terpelanting.

Ibu dan abang mangsa yang ketika itu sedang tidur di dalam rumah telah mendengar jeritan mangsa sebelum segera mendapatkannya.

Bagaimanapun, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik telah meninggal dunia.

Seorang guru mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Mohd. Azmar Tahkim merupakan antara penerima hadiah pada majlis anugerah pelajar cemerlang di sekolah tersebut yang bakal diadakan pada minggu hadapan kerana kecemerlangannya pada sesi persekolahan lalu.

"Arwah berjaya mendapat nombor ketiga ketika peperiksaan akhir tahun di tahun satu selain turut cemerlang dalam Bahasa Arab.

"Sepatutnya majlis itu diadakan hari ini namun ditangguhkan kepada minggu depan.

"Nampaknya arwah tidak berpeluang meraikan kejayaanya itu bersama keluarga dan rakan-rakan sekolahnya yang lain," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Rohana Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Kata beliau lagi, kes itu disiasat di bawah mati mengejut.

Jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya dan difahamkan telah dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Padang Serai, Pokok Sena. - KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 7.htm#ixzz3TZaJ5G8m
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078162 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list