Dah ada mohon delete
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki ditahan untuk kali yang ketiga selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi. Pelakon berusia 37 tahun itu ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, di sini, pada jam 9.30 malam itu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan ke atas bilik pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu turut menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi.
Sebelum ini pelakon berkenaan ditahan atas kesalahan sama selain turut pernah ditahan kerana memiliki makmal pemprosesan dadah di kediamannya di Kepong, Sentul, beberapa tahun lalu.
|