View: 3781|Reply: 20
|
[Tempatan]
SKMM tidak dapat kawal iklan seks
[Copy link]
|
|
Laporan The Rakyat Post mengenai sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik premis rumah urut kini beralih kepada media sosial untuk mempromosikan khidmat seks.
KUALA LUMPUR, 5 Mac:
Rangkaian maklumat komunikasi yang tidak terkawal menjadi penyebab mengapa aktiviti persundalan yang kini beralih modus operandi dengan menukar strategi pengiklanan menggunakan kaedah itu sukar dipantau oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Bahagian Peraturan Industri SKMM, Toh Swee Hoe yang memberitahu, hari ini orang ramai telah menggunakan kecanggihan teknologi untuk mempromosi dan memasarkan apa sahaja produk atau aktiviti perniagaan mereka menggunakan internet.
Katanya, ini termasuk pelbagai bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh mereka ekoran keberkesanan pengiklanan menggunakan kaedah itu yang dirasakan lebih cepat untuk mendapat pelanggan daripada mengiklankannya secara manual.
Selain itu katanya, pengiklanan dengan cara itu juga adalah lebih murah dan tidak menggunakan modal yang banyak sebaliknya, mereka hanya perlu membayar bil terhadap perkhidmatan komunikasi yang digunakan.
“Kita tahu mereka menggunakan kaedah ini kerana ia lebih mudah dan memberikan kesan baik terhadap aktiviti yang dilakukan.
“SKMM memang ada memantau perkara-perkara yang melibatkan pelacuran dan persundalan ini berdasarkan kepada perbincangan pengguna laman sosial yang tersebar luas.
“Bagaimanapun, kita hanya akan melakukan gerak kerja sekiranya sesuatu perkara itu melibatkan pengagihan tugas seperti penyiasatan polis atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post pada Khamis.
Menurut Swee Hoe, SKMM akan menyerahkan segala maklumat kepada polis jika pengiklanan yang dibuat itu terlalu sensitif atau melampau seperti melibatkan pornografi atau perkara-perkara yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat di negara ini.
“Kalau polis minta maklumat, kita akan beri. Dalam hal ini SKMM akan bantu dari segi aspek teknikal dan penyiasatan forensik terhadap maklumat pengiklanan yang didapati menyalahi undang-undang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan khas portal ini yang menyiarkan pembongkaran satu sindiket aktiviti pelacuran yang beroperasi di sebalik premis rumah urut dengan cara pengiklanan yang dibuat melalui aplikasi wechat sebagai modus operandi terbaru bagi mendapatkan pelanggan.
Menurut laporan itu, aplikasi wechat menjadi platform mereka untuk menyenaraikan pelacur seperti ‘katalog’ boleh diakses oleh orang awam tanpa sebarang sekatan dan kawalan.
Beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan boleh diterima di telefon bimbit yang mempunyai akses aplikasi itu.
Difahamkan, pengiklanan seperti itu mampu menarik ramai pelanggan kerana bagi lelaki hidung belang mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari pemuas nafsu kerana kecanggihan telekomunikasi pada hari ini mampu menghubungkan mereka terus bagi tujuan itu.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Swee Hoe menolak bahawa SKMM tidak sesekali menjadi agen dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pihak tertentu itu.
“Jangan ada pihak yang cuba mengaitkan SKMM menjadi dalang dalam aktiviti seperti itu sebaliknya kita hanya memantau dan akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sekiranya ada penyiasatan dilakukan,” tambah beliau.
Pautan artikel laporan khas berkenaan sindiket pelacuran menggunakan media sosial di :
http://bm.therakyatpost.com/beri ... wechat-makin-parah/
http://bm.therakyatpost.com/beri ... elanggan-di-lokasi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi laman porno boleh sekat tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
dah sekat dah pun ...semua |
|
|
|
|
|
|
|
bapak ayam pon dah pandai guna semakfon
|
|
|
|
|
|
|
|
Camne ye , adblock tak jalan |
|
|
|
|
|
|
|
alang yang neh ....skmm tak leh buwek apoh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
nk wat jahat.. mcm2 cara leh pikir..
nk wat baik.. payah tul nk pikir..
asyik xleh aje kn |
|
|
|
|
|
|
|
Habis lah , SKMM telah kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini boleh aje block...
|
|
|
|
|
|
|
|
laman web ape tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 posted on 11-3-2015 02:04 PM
Yang ini boleh aje block...
ni kickass torrent ... sekarang dah boleh, tapi kena pakai address proxy.
atau kalau minat yify punya uploads, boleh masuk terus yify punya site. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by karlmax8 at 15-11-2024 07:20 PM
.... |
|
|
|
|
|
|
|
tahihidungmasin replied at 11-3-2015 03:13 PM
ni kickass torrent ... sekarang dah boleh, tapi kena pakai address proxy.
atau kalau minat yify p ...
i baru bukak yify..kenapa tak available dah |
|
|
|
|
|
|
|
themobilebay pon takde dah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org kutuk najib cepat je kau carik smpai dpt kan? Cilake sial tol anjing upahan jibby: |
|
|
|
|
|
|
|
vpn, tor browser, etc...... boleh aje kalu nak.. |
|
|
|
|
|
|
|
https://kat.cr/
ok je ... x kena blok pun .... bole cari yify di kat ni.....
info
kalu yify 720p 1080p video codec dia guna x264 avc .....
cari torrent yg guna x265 hevc lagi efisien punya video codec ... size sama dgn x264 tp video quality yg lebh baik ......
HEVC x265 is the future ...
|
|
|
|
|
|
|
|
laman apa... redtube, lubetube, yellowtube ke.... iolss tgok page tumblr zara tu ok je jual diri.. huhu xde plak skmm sekat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|