CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

RaBun di CEREKARAMA

[Copy link]
Post time 27-1-2004 10:24 PM | Show all posts
SN said...
Aku tgk citer ni macam iklan TV jer..
kaler pun mcm iklan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2004 10:45 PM | Show all posts
..criter nie memang ringan.. masalah pun benarnyer ringan gak tapi diberatkan dengan.. gaya penceritaan disebalik criter yg ringan macam.. kiter pun tak tau lah cam ner nak sebut camner, kiter pun tak pandai nak review

.. tapi yg pasti .. kebanyakkan org tak tak menghayati jln criter nie akan boring... termasuk nenek kiter yg tengok samer malam tuh...

.. anyway IMO kiter gaya persembahan drama nie memang berbeza dari kebiasaan drama melayu... lebih pada gaya filem oversea yg menggunakan satu topic simple dan sgt subjektif  dlm kehidupan tapi dipersembahkan oleh si pengarah dgn  mesej yg lebih padat..  

    jadik kl org tak tumpukan perhatian memang tak paham dan cepat rase boring..  sbb lambat muncul klimaks criter ataupun kl tak paham penonton akan rase tak der klimaks lansung criter rabun nie..dan tak der bende.. tak tau aper yg hendak disampaikan...

.. apesal tv3 byk potong?

*kiter suker rabun,lain dari yg lain.. mungkin tak memenuhi selera kebanyakkan penonton melayu sbb tak der klimaks.. @klimaks tak ketara*
Reply

Use magic Report

latifdaud This user has been deleted
Post time 28-1-2004 12:54 AM | Show all posts

rabun not bad

cerita ni melanggar konvensi filem melayu. camera work yang kebanyakkannya statik dan dalam long syot.  setiap visual beri terjemahan yang kuat.  bahasa filem rabun bagus.  saya terangkan sedikit, contohnya sewaktu mamat tiga suku tu asah parang.  sebelum itu ditunjukkan bulan mengambang. bulan itu simbol pada kegilaan atau kejahatan. selepas imej bulan, lalu ditunjukkan mamat ni tgh asah parang dan kat tepi dia ada besen yg juga bulat. bulat beri imej yg kuat pada niat mamat ni selepas itu.  permulaan cerita ini menunjukkan garisan bulat, saya tak pasti apa nama permainan ini tapi ia simbolkan pada pemasalahan org melayu yg kurang kita sedari tapi kita ketahui.  kita rabun sebenarnya.  yasmin banyak bermain dgn syot yg statik mungkin kerana ia cuba memotretkan segala kenangan dan kasih sayang utk ibu bapanya.  maka dapat kita lihat syotnya seperti sekeping gambar.  kita mendengar suara saja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by Satria-Naga at 27-1-2004 10:24 PM:
SN said...
Aku tgk citer ni macam iklan TV jer..
kaler pun mcm iklan..



static cam stage show....

ok la
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 09:34 AM | Show all posts
tak sengaja tertengok cerita ni..tak nak komen tentang ceritanya..tapi lokasinya..kampung dalam cerita tu dikatakan di Muar..tapi lokasinya di buat di Kg Gamin, Seri Menanti, NS...kampung nenek aku..semua tempat kat lokasi kampung tu tempat aku bermain waktu kecik kecik dulu..pun ada termasuk rumah nenek aku..nasib baik tak diselitkan gambo taik lembu...pun bulat gak..mesti tambah rabun..atau adegan lembu tido atas jalanraya..
Reply

Use magic Report

kay_k This user has been deleted
Post time 28-1-2004 10:35 AM | Show all posts
Pandangan aku tentang cerita ni .....

Idea/tema/message yg cuba disampaikan memang menarik coz jarang atau mungkin tak pernah ada citer tentang kemesraan orang-orang tua. Memang kemesraan tak semestinya ditunjukkan dgn sebutan cam panggil 'sayang' tapi ada ditunjukkan kemesraan dr segi perbuatan cam mandi bersama & naik basikal bersama.

Tapi aku tak berkenan sebab ada beberapa adegan yg cameranya static spt masa anak Orkid belajar nak bawa kereta ngan pakwe dia. Shotnya dr belakang kereta je...tak best coz tak nampak reaksi muka diaorang.

Lagi satu masa Mak Inom cakap kat telefon ngan emak tiri Yem tu. Entah apa butir perbualan tak dpt nak tangkap coz subtitle utk dialog mak tiri Yem tu pun tak ada. Boleh dengar clear suara Mak Inom jer...

Yang lain-lain memang menarik...aku suka part naik basikal keliling kampung tu...'jaga depan ada kereta' ...'bukan kereta la yang...itu lembu'...
dan satu lagi part masa kejar-mengejar sambil usung bangkai tikus...syok jer tengok kemesraan diaorang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2004 10:40 AM | Show all posts
suka yg kat jln raya / highway...

yg tetiba jer keluar gambar divider
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 03:58 PM | Show all posts

:)

nampaknya semua ada persepsi sendiri... apapun, aku nak tgk Sepet lak lepas ni... tp kalau bleh, TV3 jgn byk sgt potong scene... bg aku scene yg terlalu byk dipotong mengurangkan pemahaman penonton terhadap drama tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2004 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by latifdaud at 2004-1-28 00:54:
cerita ni melanggar konvensi filem melayu. camera work yang kebanyakkannya statik dan dalam long syot.  setiap visual beri terjemahan yang kuat.  bahasa filem rabun bagus.  saya terangkan sedikit, contohnya sewaktu mamat tiga suku tu asah parang.  sebelum itu ditunjukkan bulan mengambang. bulan itu simbol pada kegilaan atau kejahatan. selepas imej bulan, lalu ditunjukkan mamat ni tgh asah parang dan kat tepi dia ada besen yg juga bulat. bulat beri imej yg kuat pada niat mamat ni selepas itu.  permulaan cerita ini menunjukkan garisan bulat, saya tak pasti apa nama permainan ini tapi ia simbolkan pada pemasalahan org melayu yg kurang kita sedari tapi kita ketahui.  kita rabun sebenarnya.  yasmin banyak bermain dgn syot yg statik mungkin kerana ia cuba memotretkan segala kenangan dan kasih sayang utk ibu bapanya.  maka dapat kita lihat syotnya seperti sekeping gambar.  kita mendengar suara saja.

cool...suka baca pandangan yang dalam dan berbeza....thanks
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 11:27 PM | Show all posts
sedar tak sedar dah 4 pages thread rabun ni ya....hangat juga topicnya...hampir semua topic tak meleret sembang benda lain sebaliknya persepsi masing2 terhadap filem Rabun itu sendiri...

BTW...aku perasan ramai juga forumnis yg aku kenali sebagai bukan seorang yg gemarkan filem berat2 tapi dapat menerima Rabun dengan baik...seperti yg dikatakan ia bukanlah filem berat pun walauapun ada tanda2 simbolik yg cukup seni dan sukar dibaca penonton....ini perkembangan yg baik sebenarnya...menunjukkan generasi muda di malaysia nie masih ada hati dan keinginan mahukan pembaharuan dalam filem2 terbitan negara ini....sokongan generasi inilah yg bakal merevolusikan filem2 Malaysia dimasa akan datang.....mungkin kita boleh menghasilkan filem yg lebih bagus dari Rabun suatu masa nanti...sebuah filem yg lebih jelas/clear/tidak Rabun dan mampu diterima ramai orang dan dalam masa yg sama tidak mengabaikan nilai2 artistik....dengan kata lain filem yg mampu disukai oleh penonton dari pelbagai golongan samda penonton2 biasa atau penonton2 yg gemarkan nilai2 artistik......Filem Not One less dari China misalnya, aku fikir sebuah filem yg cukup bagus...ia juga kisah mengenai orang2 biasa....seorang guru dari kalangan masyarakat desa yg terpencil di pendalaman, istimewanya cerita tersebut menunjukkan jalan cerita yg cukup menarik, mampu membuatkan kita bergelak ketawa dan membuai emosi disamping menonjolkan ciri2 artistiknya tersendiri......
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 11:46 AM | Show all posts
Yang celik tetap celik, yang rabun terus rabun
Sabtu 24 Januari 2004
Cerekarama, TV3


Ulasan TeleFilem Rabun Oleh : Sultan Muzaffar (http://sultanmuzaffar.blogspot.com/)

Ini kali pertama saya menonton tayangan Rabun setelah menunggu sekian lama ia ditayangkan di saluran televisyen. Beberapa kali tertangguh angkara keputusan yang tidak menentu. Saya terlepas menyaksikan tayangannya di Dewan Bahasa dan Pustaka satu ketika dahulu dan terus mengharapkan ia cepat-cepat ditayangkan di televisyen.

Tatkala TV3 menayangkan teaser tentang Rabun, saya sudah mengagak Rabun yang saya tunggu-tunggu akan muncul di TV3 Sabtu ini. Lama saya menunggu.

Tema kasih sayang sering menjadi topik utama garapan oleh Yasmin Ahmad yang sememangnya sudah sinonim dengan iklan-iklan Petronas. Siapa boleh melupakan iklan 揔enapa saya suka rumah saya ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 01:52 PM | Show all posts
ulasan oleh sultan muzaffar...

Fotografi filem ini amat mudah. Banyak adegan-adegan simbolik yang cukup meyakinkan. Selain memerlukan otak gred A untuk mencernakan maklumat-maklumat tergantung dalam banyak adegan. Penonton-penonton filem yang sudah terbiasa menonton arahan Prof Madya A Razak Mohaideen dan Datuk Yusof Haslam dinasihatkan agar tidak menonton filem ini...

maknanya penonton cerita razak mohaideen n datuk yusof haslam bukan otak gred a...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 01:58 PM | Show all posts
satu lagi, boleh tak sesaper bagitau, kalau betul la yem yg tarik rambut kak nor, kenapa dia mesti buat mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 02:08 PM | Show all posts
Sbb dia bengang dia kena baling ngan kayu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 02:18 PM | Show all posts
ye ke? bukan kak nor pun yg baling kan...yem ni sakit mental kot...

korang tak pernah terpikir ke tah2 pak atan yg tarik rambut kak nor..hehehe

satu lagi, sapa sembelih kiah? takkan pak atan dgn mak inom kot, tah2 elvis, saja nak kasik diorang gaduh...ke ada tunjuk sapa yg sembelih?:stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 02:50 PM | Show all posts
Biasalah tu..sesetengah org..kalau tgh bengang...tiba2 sorang tu yg dia rasa dia leh belasah...mesti dia belasah kan? Takpun kalau org tu tanya pa pe..mesti kena tengking atau marah.

Kiah just mati....takleh ke kalau kiah tu nak mati? Sbb termakan racun ke, sbb kucing bunuh ke. Tu la realiti kehidupan...kadang tak semestinya ada sebab musabab...dah nak jadi...jadik la.  Kadang2 penyebab keadaan tu takde kaitan pun dgn kita.

Dia just nak menunjukkan...kalau org tu tgh marah...mesti dah tak dpt berfikir straight, terus tuduh org yg dia tak suka yg buat benda tu. Itulah mentaliti si Yem yg nak ditunjukkan...berfikiran singkat dan sentiasa buruk sangka kat org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2004 03:42 PM | Show all posts

erm..

yem tu bengang sbb tak dpt nak buat khianat kat keluarga Mak Inon... sbb tak tau nak lepaskan bengangnya tu, dia lepaskan kat Cik Nor, mak tiri dia.. dia pun bukannya menghormati Cik Nor tu betul cam mak dia... Aku pun rasa Ayam Kiah tu mati mungkin kena langgar ke sakit ke atau bebudak nakal saja nak memainkan ayam tu... Si Yem lak otomatik fikirkan mungkin itu disebabkan nasib malang yg dia dpt dr Keluarga Mak Inon..

Bg aku citer Yusof Haslam dan A. Razak Mohideen tu lebih kepada komersial.. saja nak meringankan otak penonton.. kiranya, dia org buat filem berdasarkan market...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 04:33 PM | Show all posts
satu benda tu...tak semestinya hanya ada satu jawapan je Sumbu. filem yg mendidik penontonnya akan selalu membuat penontonnya lebih krikitikal dan lebih memerhati.

Cth mudah, tgk citer The Sign...nampak cam poyo je kan makhluk asing dia, ramai org tak puas hati...tapi adakah makhluk asing tu fokus utama cerita tu? Apa kaitannya dgn paderi yg dah hilang kepercayaan pada Tuhan tu? Apakah "petunjuk" yg nak difokuskan dlm cerita ni? Petunjuk crop circle tu ke? Atau "petunjuk" dari segi lain?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by SPACE COP GABAN at 29-1-2004 14:50:
Biasalah tu..sesetengah org..kalau tgh bengang...tiba2 sorang tu yg dia rasa dia leh belasah...mesti dia belasah kan? Takpun kalau org tu tanya pa pe..mesti kena tengking atau marah.

Kiah just m ...


logik jugak...

tapi utk citer mcm ni yg tak tunjuk betul2 apa yg jadi sebenarnya n suruh penonton teka sendiri, kalau penonton ada jawapan yg lain dpd yg dia nak sampaikan, rasanya dia tak boleh nak salahkan penonton....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 04:45 PM | Show all posts
server problem, tunggang langgang jadi posting aku...sori arr...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086420 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list