View: 11489|Reply: 139
|
[Tempatan]
Mungkinkah Iriz Mampu Lonjak Semula Nama Proton?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Proton Iriz, kereta kompak terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd sudah menerima 17,000 tempahan sejak dilancarkan September lalu dan kini hampir 10,000 sudah berada di jalan raya.
Selepas memandu uji model ini di Borneo baru-baru ini, mungkinkah kereta ini usaha terbaik Proton untuk memulihkan semula bisnes syarikat itu yang dilaporkan sudah menurun? Atau ia juga tidak akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Proton mengkaji semula strategi syarikat untuk membolehkannya menempatkan diri sebagai sebuah daripada syarikat pengeluar kereta yang berdaya saing dalam pasaran automotif.
Langkah ini dilihat perlu untuk mengubah imej syarikat yang sebelum ini sering dikaitkan sebagai pengeluar kereta yang tidak berkualiti dengan ciri-ciri yang tidak menarik.
Dengan kemunculan Iriz yang memaparkan kualiti serta ciri terkini, kereta ini membuktikan Proton berada pada tahap kematangannya. Model ini dilengkapi enjin ‘Variable Valve Timing’ (VVT), kotak gear CVT, kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek antikunci (ABS), traction control dan kawalan casis.
Ketua pereka bentuk, Azlan Othman, berkata Iriz adalah hasil usaha pembangunan selama empat tahun sejak kereta itu dipamerkan di Geneva Motorshow pada tahun 2010.
Iriz juga kereta segmen-B pertama syarikat pengeluar kereta nasional itu yang selama ini kepakarannya adalah untuk kereta bahagian-C dan sedikit bahagian-D (Proton Perdana) serta SUV (Proton Exora).
Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Kejuruteraan Proton, Tengku Azizan Tengku Ahmad, berkata enjin VVT dan transmisi CVT menyumbang kepada kecekapan bahan bakar Iriz berbanding pesaingnya.
Sewaktu uji pandu media, kereta Iriz 1.6 liter yang digunakan mencatat penggunaan bahan bakar paling rendah iaitu 4.9 liter untuk 100 kilometer sementara penggunaan bahan bakar paling rendah untuk model 1.3 liter manual ialah 5.2 liter untuk 100 kilometer.
Walaupun Iriz mungkin membuka lembaran baru untuk Proton, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian syarikat kereta nasional ini. Mungkin teknologi bukan masalah besar untuk bersaing dengan syarikat pengeluar kereta yang lain, tetapi Proton perlu memberi perhatian kepada ekonomi bidangan untuk terus maju.
Ini bermakna Proton perlu mengembangkan sayapnya ke pasaran eksport di mana ia perlu bersaing dengan syarikat pengeluar kereta yang sudah lama bertapak dalam industri automotif. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat apa2 pun berkaitan proton!!! |
|
|
|
|
|
|
|
vios setaraf ngn saga sebenarnya.arap maklum.. |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 27-2-2015 07:45 PM
vios setaraf ngn saga sebenarnya.arap maklum..
Ya kita mmg maklom...haha...harga pun setarap |
|
|
|
|
|
|
|
Over price ...kalau harga mcm blm confirm aku beli...huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
mak tak mampu dah... biarlah mak ngaku kalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai iriz baru la urban bak kata sorang porumer tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada duit beli la iriz
kalau sengkek pki la myvi or axia |
|
|
|
|
|
|
|
go peyno go |
|
|
|
|
|
|
|
alamak...macm mulut ikannn..
|
|
|
|
|
|
|
|
peYno replied at 27-2-2015 10:08 PM
ada duit beli la iriz
kalau sengkek pki la myvi or axia
Adoi...makan dalam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang je kan iriz ngan myvi hargenye..
btw, proton mmg ade perjanjiian ke dgn mitsubishi? sbb semua model proton adalah dari mitsubishi punya model termasuk iriz. |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 27-2-2015 07:34 PM
Tak minat apa2 pun berkaitan proton!!!
kalau tak mampu... perodua je laa |
|
|
|
|
|
|
|
vender replied at 28-2-2015 12:09 AM
lebih kurang je kan iriz ngan myvi hargenye..
btw, proton mmg ade perjanjiian ke dgn mitsubishi? ...
hahahhaahhaha
makkkk nak terekencing
yg penting keyakinan diri ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mmg nampak sleek n modern
akai pprt mmg tak leh brain |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|