View: 3208|Reply: 6
|
Muzium Kentang Goreng Di Bruges Belgium
[Copy link]
|
|
Edited by Nusantara77 at 27-2-2015 07:37 AM
Muzium Kentang Goreng Di Bruges Belgium (11 Gambar)
Lagi muzium Makanan
Mari kita sambung tema muzium dan makanan. Sebelum ini ada aku paparkan muzium mee segera oleh Nissin. Hari ini kita pergi ke Muzium Kentang Goreng atau Frietmuseum di Bruges Beligium. Tahukah anda walaupun kentang goreng dipanggil FRENCH FRIES, ianya dipercayai berasal dari Belgium? Mengikut pendapat para pengkaji sejarah kentang mula digoreng sekitar 1680. Sebabnya ialah masalah kekurangan ikan di Lembah Meusse Belgium. Kentang dipotong menyerupai ikan yang difillet dan digoreng secara deep fried. Kentang goreng pun secara tak langsung tercipta.
Jadi kenapakah kentang goreng kini dikenali sebagai FRENCH FRIES? Menggoreng makanan secara deep fry dipopularkan oleh orang Perancis. Suatu ketika dahulu bila kentang digoreng ia dikatakan French Fried Potatoes. Lama-kelamaan jadi French Fries. Muzium kentang goreng ini sudah dibuka sejak 2008 dan mempamerkan alatan-alatan yang digunakan bagi mengahsilkan dan memasak kentang goreng sejak zaman berzaman. YUM! Rasa macam nak pergi McD beli fries sepam tetiba
Laporan asal Frietmuseum
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu makanan kegemaran ramai serata dunia |
|
|
|
|
|
|
|
panas2 sedap..sejuk x best.. |
|
|
|
|
|
|
|
selepas mee segara... datang pulak kentang goreng |
|
|
|
|
|
|
|
kt nugara kita ni patutnya buat muzium ubi kayu besar2 |
|
|
|
|
|
|
|
aduh..dan2 telan liur nak makan kentang mcd.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|