View: 8657|Reply: 6
|
Berkenaan Cukai Taksiran, Cukai Pintu dan Cukai Tanah Rumah Persendirian
[Copy link]
|
|
Tumpang tanya porumer2 cari yang arif lagi bijaksana..saya budak baru nak belaja pasal rumah. Alkisahnya saya dan hubby ada beli rumah area Perak. Yang nak tau nye, bape banyak cukai kene bayar la..saya pun da xtau..rasanya baru tahun lepas dapat surat bayar cukai pintu. So, saya da bayar cukai pintu untuk tahun 2014 sebanyak RM175.00 macam tu la. Tibe2 kami dapat surat lagi kene bayar pulak cukai taksiran RM545 yang katanye tertunggak dan akan ambil tindakan untuk rampas rumah. Soalan saya adalah:-
1.Apa beza cukai pintu dan cukai taksiran?
2.Da google cukai taksiran,dan maksudnya sama dengan cukai pintu. Pastu kenapa pulak ade tunggakan kalo benda yang sama. Bayar elok je tahun lepas sampai habis.Tertunggak celah mane?
3.Cukai tanah tu bile pulak nak kena bayar.. karang da bayar semua, ada pulak tuntutan cukai lagi..minta pencerahan yang arif..tenkiu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 26-2-2015 12:11 AM
Cukai pintu selalu 2 kali setahun. Cukai tanah sekali setahun. Kalau ada tertunggak tanylah tertunggak sejak bila. Apa jenis tunggakan? Tanya sendiri dengan pejabat tu. Tapi Sepatutnya masa beli rumah tu, owner lama kena settlekan semua tertunggak. Kena free from encumbrances baru boleh tukar nama semua. Lawyer you tak check ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta: kami beli rumah baru..xde owner lama..saya baru je bayar cukai pintu september 2014..tu yg pelik mane dtg tertunggak tu..ade kwn ckp kalau bayar online,majlis ni selalu xupdate..name pn gomen..mmg nk kene telefon n sound orang majlis sekejap lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
majlis mana tu,pegi la kat PBT tu clearkan benda ni..kang umah kena sita naya,
cukai tanah setahun sekali byar kat PTG,
|
|
|
|
|
|
|
|
betoi dah apa yg @munchkin ckp tu.. bila nak buat ownership transfer lawyer kena pastikan free of all encumbrances..
sila lah TT pi check dgn loyer klu Majlis insist kate ada lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
i see!!! rumah baru rupanya. ha ah kan? celah mana tertunggaknya. better bawa sekali bukti bayar online dan bersemuka terus di sana. sepatutnya lepas bayar kena check balik. ada KIV or tertunggah tak. betul kata cekenit tu.
munchkin pernah bayar tnb. credit card pun dah reflect amount. pastu credit card pun clear (sebab kita orang bayar terus lumpsum credit amount : 2-3 hari bayar terus credit card ; hutang credit card RM0). tapi kat tnb kata terunggak. bila ke sana, mereka cakap or pusing suruh kita check ngan credit card cam kita ni dungu sangat. itulah yg pertama kita orang buat. check ngan credit card centre. rupanya sistem tnb problem. ada orang orang lain pun terkena. siap kata kot you tak bayar hutang credit card (big insult to us!). told them off sambil tunjuk hutang credit card RM0.
now bila dah bayar online, kena check balik. kalau tertunggak jugak lepas 5-7 hari kena rectify cepat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Ada beza antara cukai tanah dan cukai pintu/taksiran (assessment). Perbezaannya adalah:-
Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.
Untuk maklumat lanjut leh refer thread di bawah:-
APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|