CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1838|Reply: 2

[Tempatan] Wayang kulit dibawa ke pentas antarabangsa

[Copy link]
Post time 24-2-2015 02:43 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA - Persembahan epik Ramayana berdasarkan Sanskrit Hindu melalui wayang kulit dari Malaysia akan diadakan di beberapa tempat di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu akan datang.

Dalam persembahan "Wayang Kulit: The Shadow Play of Kelantan" itu, satu bentuk persembahan teater menggunakan prinsip cahaya dan bayang-bayang dengan patung-patung kulit yang dipancarkan ke skrin, diangkat daripada cerita epik Ramayana.

Persembahan itu akan dipentaskan oleh sekumpulan pemain wayang kulit dan ahli muzik dari Kelantan.

Mereka akan mengadakan persembahan di Houston (22-28 Feb), Atlanta dan beberapa kawasan di Georgia (1-7 Mac), Gainesville (Florida) (8-14 Mac) dan telahpun mengadakan persembahan di Crockett (Texas) pada 21 Feb lepas.

Negarawan Hindu Rajan Zed, dalam kenyataan di Nevada hari ini, memuji pihak penganjur, peminat dan mereka yang menjayakan persembahan wayang kulit itu kerana menonjolkan warisan Hindu.

Zed, selaku Presiden Universal Society of Hinduism, menyeru universiti-universiti utama di dunia termasuk Universiti Harvard, Oxford, Stanford, Cambridge, Princeton, UC Berkeley, Yale, Columbia, Toronto, Tokyo, Melbourne, dan lain-lain supaya kerap menganjurkan pameran-drama-filem-media lain, bagi  berkongsi falsafah, konsep dan tradisi agama antara yang tertua itu, dengan seluruh dunia.

Jika mereka memerlukan bantuan, beliau atau sarjana Hindu yang lain sedia membantu dengan senang hati, kata Zed.

Diterbitkan oleh Arts Midwest dengan kerjasama University of Florida, Georgia State University, Houston's Society for the Performing Arts dan Piney Woods Fine Arts Association of Crockett (Texas): "Wayang Kulit: The Shadow Play of Kelantan" mendapat sokongan daripada Doris Duke Foundation for Islamic Art dan Remo, iaitu pengeluar barangan drum. - Bernama


abisla...kedutaan malaysia di indon siap siaga

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 03:06 PM | Show all posts
Cerita popia arituh senyap jer? Lepas demo terus balik jah gitu.. takder adegan baling2 taik ker aper ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 03:12 PM | Show all posts
bertambah sentot yindon....sama cam kes kuda kepang dengan kuda lumping....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.507703 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list