CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3454|Reply: 0

[Jenayah] Sorok dadah dalam bekas gula-gula elak dikesan

[Copy link]
Post time 23-2-2015 10:00 AM | Show all posts |Read mode


KUANTAN - Tindakan dua lelaki menyorok dadah dalam bekas gula-gula terbongkar apabila pemeriksaan polis ke atas bekas yang ditemui dalam beg sandang salah seorangnya mendedahkan isi kandungannya itu sebenarnya pil kuda.
       
        Susulan penemuan bekas tersebut, polis menemui dan merampas 68 biji pil berwarna kemerahan bertulis WY dianggarkan seberat 7.25 gram dengan nilai kira-kira RM680.
       
        Berikutan itu, polis bertindak menahan dua suspek berusia 21 dan 23 tahun dari Taman Berjaya Permai, PPD Sungai Soi dan Kempadang Perdana, dekat sini untuk siasatan lanjut.
       
        Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Polis Kuantan dibantu lapan anggota pasukan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) menjalankan rondaan sempena Ops Selamat di kawasan
        Kempadang Perdana kira-kira jam 2 pagi, kelmarin.
       
        Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah dan bertindak menahan dua lelaki terbabit untuk siasatan.
       
        “Hasil pemeriksaan, polis menemui bekas gula-gula dalam beg salah seorang daripada mereka dan di dalamnya didapati berisi dadah.
       
        “Siasatan awal ke atas mereka mendapati, pil kuda tersebut tersebut dibeli daripada seorang pengedar di Indera Mahkota dengan harga RM10 sebiji,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
       
        Abdul Aziz berkata, hasil semakan rekod mendapati, suspek berusia 23 tahun itu tersenarai sebagai individu dikehendaki polis atas satu kesalahan dadah pada 2011 manakala seorang lagi tiada rekod lampau.
       
        “Kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah,” katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list