View: 11382|Reply: 105
|
[Jenayah]
Sirul: Saya tak pernah mengaku bunuh Altantuya
[Copy link]
|
|
Bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar berkata beliau tidak pernah mengaku membunuh Altantuya Shaariibuu, walaupun Mahkamah Persekutuan mensabitkannya bersalah.
Dalam wawancara melalui telefon dengan Malaysiakini, dia mengulangi kenyataan bahawa dia bertindak atas arahan dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.
“Saya faham bahawa keterangan mengikut keadaan tidak sekuat keterangan langsung,” kata Sirul (kanan), 43, bapa kepada dua orang anak itu.
Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan mensabit dan menjatuhi hukuman mati pada Sirul dan seorang lagi bekas komando polis Azilah Hadri ekoran kes pembunuhan pada 2006 itu.
Mereka berdua dikatakan menembak mati dan meletupkan seorang warganegara Mongolia di dalam hutan.
Bagaimanapun, mahkamah dan pihak pendakwaan tidak menentukan motif di sebalik tindakan itu.
Ia mencetuskan spekulasi apabila Razak Baginda, penganalisis politik dan rakan rapat perdana menteri, dikaitkan dengan perkara itu
Razak dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Datuk Seri Najib Razak, ketika itu timbalan perdana menteri, menafikan mempunyai sebarang kaitan dalam kes itu dan bersumpah dengan nama Allah.
Polis juga membersihkan namanya.
Najib (atas) pagi ini diminta oleh pemberita mengulas dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.
Najib hanya menjawab perkara itu “mengarut”.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Sirul tidak berpuas hati dengan prosiding undang-undang, termasuk kegagalan memanggil pegawai atasannya DSP Musa Safri.
Musa bekas pembantu Najib.
Kenapa polis dedah muka?
Sementara itu, bekas komando polis itu juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan gambarnya.
”Kenapa dedah gambar saya tanpa kebenaran? Sejak awal pendengaran hingga rayuan di Mahkamah Persekutuan, saya berjaya tutup muka.
”Apa tujuannya (dedah gambar saya),” soalnya.
Sirul tidak hadir ketika keputusan diumumkan kerana berada di Australia.
Dia kini ditahan oleh imigresen negara kanggaru itu di Sydney.
Undang-undang Australia tidak membenarkan pihak berdepan hukuman mati dieksradisi ke negara hukuman dijatuhkan.
Sirul sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan segala-galanya berhubung kes itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
perjuangan di saat akhir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dedahla cepat woiii.. Bukan setakat rakyat,sesame umno pon dah meluat dgn najib nieh |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul dia nak dedahkan. Beraninya dia. Kalau betul seperti dakwaan sesetengah pihak berhubung orang berprofil tinggi yang terlibat. Adakah negara akan mendapat malu. Bencana apakah ini. Itupun kalau benar seperti dakwaan. Tetapi kalau salah, yang pernah mengesyaki perlu minta maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dedah gambar saya tanpa kebenaran? Sejak awal pendengaran hingga rayuan di Mahkamah Persekutuan, saya berjaya tutup muka.
amboiii... ko siapa nak dedahkan gambar pon kena mintak kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
apa motif dia dedahkan benda ni sekarang?
nak elakkan org terlampau banyak cerita hal yg di sg. buluh tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sirul mencabar ingin mendedahkan kes altantuya.. apa komen pm.... " mengarut"
See. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 19-2-2015 10:33 PM
amboiii... ko siapa nak dedahkan gambar pon kena mintak kebenaran.
Tu la pasal.....
Perasan diva sgt uols......
Padahal, balaci kuli jadi org suruhan jerk.... |
|
|
|
|
|
|
|
aik? tak ngaku pulak dah ?..ari tu kata ye...jadi pak turut azilah kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosaklahh UMNOOOOO.... Vodo betolllllahhh korg neh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yayaji replied at 20-2-2015 12:01 AM
aik? tak ngaku pulak dah ?..ari tu kata ye...jadi pak turut azilah kot..
agak2nya Sirul dan Azilah akan dbebaskan tak demi nak tutup org vvip yg terlibat? Jika benarlah org vvip tu terlibat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi benarlah yg bagi order tersebut adalah musa safri? |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh x ngaku plak.... hbs tgn yg mbunuh tu tgn siapa. X kira lah walau.tu arahan dr sesiapa. Hukum ttp hukum, dosa ttp dosa krna mmbunuh |
|
|
|
|
|
|
|
takyah ckp byk mmg terlibat pun... cuma mastermind penguin tuh.....penyelamat kerjaya bijan n pemusnah kerjaya bijan...
|
|
|
|
|
|
|
|
kire altantuya golek2 naik bukit, psg c4, pstu letup sndiri ka?
sirul cume duduk tgk tepi aja.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya Allah maha berkuasa & kebenaran akan terbukti. RIP al tantuya |
|
|
|
|
|
|
|
Lps ni penjara mana pula pasang lilin virgil?
|
|
|
|
|
|
|
|
meh tgk rupa musa safri
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin part of the deal dgn pihak2 tertentu dia tak boleh dedah muka.tapi bila dia cabut gi ostolia deal tu off la kot.pasan muka dorg didedahkan bila sirul dah cabut lari..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|