View: 6251|Reply: 34
|
[Edisi Relevant Ke?] Liyana Jasmay Tidak Tergugat Kehadiran Pelakon Baharu
[Copy link]
|
|
Pelakon Liyana Jasmay tidak berasa tergugat dengan kehadiran pendatang baharu dalam bidang lakonan kerana percaya rezeki cukup luas untuk setiap orang.
Liyana, 26, berkata, sebagai seorang pelakon berpengalaman dia positif dengan kehadiran pelakon baharu kerana ia mampu merancakkan lagi industri di negara ini.
"Sepatutnya kehadiran pendatang baharu dalam industri kita pandang dari sudut positif kerana rezeki itu akan ada untuk semua orang.
"Pada saya lebih meriah industri hiburan kita dengan wajah baharu dan pelakon yang sudah lama dalam industri tidak perlu rasa tergugat," katanya kepada mStar Online.
Pelakon itu bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Isyarat Cinta arahan Bade Azmi yang turut menampilkan Adi Putra dan Fizo Omar.
Liyana bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Isyarat Cinta.
Isyarat Cinta mengisahkan percintaan pemuda bisu dan pekak dengan gadis buta itu bakal berada dipawagam bermula 19 Mac depan.
Malah kata Liyana, pada tahap sekarang populariti bukan lagi menjadi keutamaannya kerana ingin lebih memfokuskan kepada karya terbaik selain ingin mengorak langkah sebagai pengarah dan penerbit berjaya.
"Saya bermula dalam industri sejak berusia sembilan tahun dan telah merasai pelbagai pahit manis sebagai anak seni. Populariti atau ingin bersaing dengan orang lain bukan lagi keutamaan saya.
"Paling penting sekarang saya mahu menjadi lebih matang dan memperbaiki diri agar dapat memberikan terbaik dalam projek yang saya lakukan," katanya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai penglibatannya menerusi filem Isyarat Cinta, Liyana menjelaskan mengakui bukan mudah untuk membawakan watak sebagai seorang gadis buta dan itu adalah cabaran terbesar buat dirinya.
Bagaimanapun kata Liyana, sebelum memasuki set penggambaran dia sempat mempelajari sistem Braille di Youtube selain meninjau untuk menyelami kehidupan golongan tersebut.
"Persediaan itu pada saya sangat penting dalam menjayakan sesuatu watak dan tidak terkecuali untuk Isyarat Cinta yang memperlihatkan saya membawa peranan sebagai gadis buta.
"Saya belajar Braille dan melihat sendiri kehidupan golongan ini untuk menyelami watak saya dalam filem berkenaan dan berharap penonton dapat merasainya," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Okey la..at least cerita pasal career bukan pasal mengidam nak peknen lagi or anak dah tumbuh gigi |
|
|
|
|
|
|
|
aku..tak pernah fkirkan cinta...sekadar mengusik kamu..tiada cinta yang datang padaku
hey!hey!hey!hey!
aku tak percaya cinta! |
|
|
|
|
|
|
|
relevan lagi ke dia nih... jaga anok udoh le |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ok je berlakon. X kayu. Welcome back liyana! Muka sheols iras2 adik ipar fs yg twin tu. Korg perasan x |
|
|
|
|
|
|
|
Muka takde market. Jaga anak sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni blakon best...tp personalitt dia tu yg out sikit... tu yg naik sekejap je pastu cepat suam...
Amani, lisa, tizz tu sebaya2 dia jugak tp pandai carry diri dgn personaliti yg matured |
|
|
|
|
|
|
|
apasal asal berita pasal LJ ni je iols rasa macam ni
ok nexttttt |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa.. glemer ke sheolsss.. |
|
|
|
|
|
|
|
sheols ni mmg ada bakat..tapi kadang2 mcm ade benda tak kena la..
tak tau la nak describe camne..tapi mmg terhibur tgk dia berlakon..
cuma dia ni kalu nak speaking..tak perlu la gulung lidah sgt..cakap besa2 sudah |
|
|
|
|
|
|
|
LJ ni mmg talented ...so dia x kisah pun psl retis2 baru dr kampung or yg stay kat flat pprt KL...
.sbb family sheols kaya and ada production house sendiri and dia ada good networking dgn byk stesen tv...so senang nk jual drama2 kompeni dia
So sukati LJ la nak panggil sapa pun belakon
LJ x rasa tergugat dan tak rasa insecure pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari belum kawin , sampai dah kawin dan beranak lakunan masih gedik okeh! |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls suka je lakonan dia..personal life dia, just put aside |
|
|
|
|
|
|
|
lek ar rezeki memasing... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon fail.. Penyanyi lg la... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni jalan kengkang |
|
|
|
|
|
|
|
wpun lj ni gedik tp aku suka lakonan dia tak la kayu mcm plakon2 baru skang ni..tak phm aku nengok depa blakon kat segala mcm TV skang nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka jek klu lakonan LJ yg mbawa watak gedik. lakonan sheols pun ok. Even aku karatz TZ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|