CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11793|Reply: 54

[Tempatan] Tumbuhan liar berbau hasilkan makanan komersil

[Copy link]
Post time 14-2-2015 08:35 AM | Show all posts |Read mode


TUHAU. Nama yang cukup pelik, aneh dan asing bagi sesetengah orang yang tidak mengenali tumbuhan ini, lagi-lagi masyarakat di semenanjung tanah air.
       
        Tuhau (nama saintifiknya E coccinea) adalah sebutan bagi bahasa Kadazan dan Dusun. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai ulam yang tumbuh meliar di hutan hujan di Kepulauan Borneo, terutamanya di Tambunan, Ranau dan Keningau.
       
        Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa pokok tuhau, bagi masyarakat di semenanjung tanah air, tuhau boleh dikatakan umpama sejenis tumbuhan menyerupai pokok kantan.
       
        Bagi suku Kadazan dan Dusun, jeruk tuhau merupakan makanan tradisional yang popular di Sabah.
       
        Baru sahaja hidu bau jeruk ini, ia sudah pasti 'membuka selera'. Rasanya pedas masam dan pasti akan terkenyit mata kerana rasa masam yang ada padanya.
       
        Ia juga sedap dimakan dengan nasi panas bersama ikan bakar atau ikan goreng mahupun ikan masin.
       
        Namun, mungkin ada yang tidak berapa gemar dengan baunya yang tidak begitu menyenangkan.
       
        Dari hanya makanan tradisional kampung, kini siapa sangka tuhau telah dipelbagaikan dan diinovasi mengikut cita rasa semasa.
       
        Pemilik produk inovasi tuhau, Wasinah Kuntagil, yang juga bekas guru sekolah agama tampil membawa kelainan kepada produk itu selepas berhadapan dengan keluhan rakan-rakan kampung yang sukar membawa makanan itu menaiki kapal terbang.
       
        "Pada 2008, saya cuba mencari penyelesaian kepada masalah itu dengan cuba untuk mengeringkan dan siapa sangka usaha itu akhirnya berjaya.
       
        "Pada mulanya, produk kami hanya dijual di sekitar kampung," katanya yang menetap di Kampung Marakau, Ranau.
       
        Menurutnya, produk keluarannya kini boleh didapati dalam lima jenis iaitu jeruk, sambal, belacan, serunding dan popia," katanya.
       
        Wasinah berkata, selain rasanya yang sedap, tuhau juga dipercayai mempunyai khasiat kesihatan tetapi usaha merekodkan kandungan nutrisi produk tersebut masih belum disiapkan sepenuhnya.
       
        Menurutnya, beberapa penyelidik telah memaklumkan kepadanya bahawa tuhau mempunyai khasiat daripada segi kesihatan.
       
        "Ia dipercayai mempunyai anti kanser dan buang angin," katanya yang juga dalam proses untuk membukukan khasiat tuhau.
       
        Selepas hampir lima tahun berkecimpung dalam perniagaan, usaha Wasinah dalam mengkomersilkan produk berasaskan herba daripada pokok tuhau itu akhirnya dicapai apabila Wasinah telah dua tahun terpilih mewakili Malaysia dalam The World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) sejak 2013.
       
       
        Tuhau tembusi pasaran luar
       
        Wasinah yang berasal dari Tambunan dan kini menjalankan perniagaan di Ranau secara sepenuh masa itu berkata, produknya hanya dikenali ramai selepas Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berjaya menjejakinya menerusi Jejak Inovasi pada 2011.
       
        Bermula daripada situ, produk tuhau telah berkembang dan bukan sahaja dikenali di sekitar Sabah tetapi di luar negara.
       
        "Kelima-lima produk kami sudah boleh diperoleh menerusi ejen-ejen tertentu di seluruh negara.
       
        "Bukan itu sahaja, kami juga berada di luar negara seperti Filipina, Singapura, Indonesia dan Brunei," katanya.
       
        Disebabkan kekurangan modal, Wasinah hanya membuat pengeluaran secara kecil-kecilan di rumahnya menggunakan mesin dan kelengkapan asas.
       
        Sebelum ini, Wasinah hanya menghasilkan produk bersama suami dan anak-anaknya.
       
        Katanya, dalam sehari menerusi syarikatnya Nur Kasih Enterprise berjaya menghasilkan antara 300 hingga 500 botol sehari.
       
        "Namun, sejak dikenali ramai, bekalan sedia ada masih tidak dapat memenuhi permintaan di Sabah.
       
        "Oleh itu, kami mengharapkan bantuan untuk membeli mesin dan membesarkan bengkel atau kilang sedia ada untuk menampung permintaan yang tinggi," katanya.
       
        Daripada kesemua jenis produk itu, Wasinah berkata, tuhau belacan dan serunding merupakan produk paling laris.
       
        Walaupun serunding tuhau keluarannya dapat bertahan sehingga enam bulan, Wasinah masih mengkaji bagaimana untuk membolehkan produk keluarannya supaya boleh tahan lebih lama dan boleh dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.
       
        "Namun, daripada segi bau, bau tuhau akan tetap boleh dihidu walaupun telah dimasak atau ditambah dengan belacan mahupun cili," katanya.
       
        Wasinah juga masih dalam proses menghasilkan produk baharu iaitu sos tuhau dan mi segera tuhau.
       
        "Kedua-dua masih dalam proses kajian dan penyelidikan (R&D) dan kami juga sedang menyiapkan kertas kerja untuk mendapatkan bantuan membeli mesin dan peralatan yang diperlukan untuk membuat produk tersebut," katanya.
       
       
        Buka peluang pendapatan kepada penduduk kampung
       
        Tuhau banyak tumbuh meliar sekitar kampungannya dan Wasinah berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bahan mentah.
       
        Bagi memberi peluang kepada penduduk setempat, dia mengalu-alukan penduduk untuk menanam pokok berkenaan berikutan permintaan produk itu semakin meningkat saban hari.
       
        Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan jangka panjang, beliau menyatakan hasratnya untuk membuka kilang pemprosesan tuhau seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada ibu-ibu dan remaja kampung.
       
        Di samping itu, Wasinah juga mahu status halal produknya diperakui memandangkan pendaftaran produk halal memerlukan tempat dan tapak pemprosesan khusus untuk produk berkenaan.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2015 08:50 AM | Show all posts
Kat Sarawak kami panggil upak kecala..

Masak campur ngan daun ubi yg dah ditumbuk.. sedapnye...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
missdara replied at 14-2-2015 08:50 AM
Kat Sarawak kami panggil upak kecala..

Masak campur ngan daun ubi yg dah ditumbuk.. sedapnye...

Bestnya nama dia..upak kecala...pucuk ubi ai selalula mkn..yg ni mmg tak pernah jumpa..mesti sedap kalau masak lemak campur keledek ke kan..or..kentang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan iols ckp tuhau nih sedap cuma ade di sabah je
tgk rupa dia mcm serunding je
nmpk mcm bunga kantan yg dimayang halus tp bkn bunga kantan.. tringin gak nk rasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:10 AM | Show all posts
magnus replied at 14-2-2015 09:01 AM
Bestnya nama dia..upak kecala...pucuk ubi ai selalula mkn..yg ni mmg tak pernah jumpa..mesti sedap ...

Hehehe.. iye.. unik namanye kan..

Upak kecala or nama lain kat sabah "tuhau" ni akan mmbuatkan lauk bau harum..

Hmpir sama fungsi ngan lemon grass/serai la..

Cuma xsmua lauk sesuai dimasak dgnnya..

Kalau masak ikan sungai dalam buluh,pastu bubuh lagi tuhau ni,mmg sdap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:11 AM | Show all posts
Suchi replied at 14-2-2015 09:04 AM
kawan iols ckp tuhau nih sedap cuma ade di sabah je
tgk rupa dia mcm serunding je
nmpk mcm bunga k ...

Kat Sarawak pun ada Suchi..

Cuma nama je lain..kat sarawak kitorg panggil upak kecala (Iban name)..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-2-2015 09:04 AM
kawan iols ckp tuhau nih sedap cuma ade di sabah je
tgk rupa dia mcm serunding je
nmpk mcm bunga k ...

Kalau Sabah ada pueraria mirifica tentu dpt generate lebih bnyk income..dekat utara Thai yg sejuk sesuai dgn pueraria...mgkin di Sabah kawasan tinggi dpt tanam..di UK dan us famous  pueraria ni dan berpusu company sana ambik product Thailand ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
missdara replied at 14-2-2015 09:10 AM
Hehehe.. iye.. unik namanye kan..

Upak kecala or nama lain kat sabah "tuhau" ni akan mmbuatkan  ...

Oooo..dia penambah rasala ya..ai ingat dia mcm sayur ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2015 09:19 AM | Show all posts
magnus replied at 14-2-2015 09:16 AM
Oooo..dia penambah rasala ya..ai ingat dia mcm sayur ..

Kalau kat Sarawak, dia hanya sbgai penambah perasa je..

Tapi kalau kat Sabah, lagi la unik..

Dorg buat tuhau ni macam sayur. Pernah dulu rasa time kawan Sabah bawa balik asrama tuhau ni.. Memang sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
missdara replied at 14-2-2015 09:19 AM
Kalau kat Sarawak, dia hanya sbgai penambah perasa je..

Tapi kalau kat Sabah, lagi la unik..

Ai see...kena pandai masakla ni kan..tak boleh sebarang masakan..kalau dpt kat ai mesti tak tahu nak masak apa tuhau ni..:-)
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:37 AM | Show all posts
magnus replied at 14-2-2015 09:22 AM
Ai see...kena pandai masakla ni kan..tak boleh sebarang masakan..kalau dpt kat ai mesti tak tahu n ...

Apa yg saya lihat camna mak kawan saya masak, i think mcm masak tumis belacan tu kot..

hehehe..

letak minyak, tumis bwg merah,bwg putih & ikan bilis..

pastu,lepas naik bau, tumis pulak tuhau sama2..

lepas naik bau selama 5 minit, hidangkan..hehehe..

Resepi missdara..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 14-2-2015 09:12 AM
Kalau Sabah ada pueraria mirifica tentu dpt generate lebih bnyk income..dekat utara Thai yg sejuk  ...

itu herba tuk mantapkn tetek kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
missdara replied at 14-2-2015 09:37 AM
Apa yg saya lihat camna mak kawan saya masak, i think mcm masak tumis belacan tu kot..

hehehe.. ...

Kalau nak kick lg letak belacan...cili api....eh pepandai plak ai tambah resepi..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-2-2015 09:40 AM
itu herba tuk mantapkn tetek kan.

Aha...juga sangat bagus utk hilangkan effect monopos dan hitamkan rambut...mcm fountain of youth gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 07:58 PM | Show all posts
sesiapa yg ada gambar tuhau tu boleh tempekkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 08:09 PM | Show all posts
Tuhau ....

my feverete ulam ......
cam rebung ... lapisan luar keras tu kena buang dulu ... lapisan dalam tu yang dijadikan ulam ....
cecah ngan sambal belacan ... makan ngan nasik .... nyummmiesssssssssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2015 08:13 PM | Show all posts
missdara replied at 14-2-2015 09:10 AM
Hehehe.. iye.. unik namanye kan..

Upak kecala or nama lain kat sabah "tuhau" ni akan mmbuatkan  ...

deng ... mun makan kedak ya ajak pun nyaman ko ...
kedak makan ulam .... sik payah dimasak ... direbus.. makan mentah2 kedak ya...

mun kamek tercium bau ulam tok... nang kecur terus aik liur kamek ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 08:15 PM | Show all posts
Cikjah pernah dengar perkataan Tuhau? atau perkataan Umbut Tepus?
Haaaaa! kalo orang Kedah depa panggil umbut tepuih...hahaa
Sebenarnya tuhau dan umbut tepus adalah benda yang sama. Kami pun baru taw.
Percutian kami ke Sabah recently [nanti kami citer....best!], telah banyak memberi kami ilmu baru.
Setelah lebih 20 tahun tak berjumpa atau makan umbut tepus, rupanya kat Sabah nun melambak-lambak!
Mana-mana pasar tamu wajib ada. Memang makanan orang Sabah.





Sewaktu balik Kedah last weekend, alangkah surprise-nya kami bila terjumpa tuhau atau umbut tepus di pasar pagi.
Happy!!! Kalo di Kedah, umbut tepus yang dijual sudah siap dikupas seperti di atas.
Kulit atau bahagian keras pada batang tepus dibuang dan hanya umbut yang lembut sahaja dimakan. Sebab tu lah namanya umbut tepus.
Seikat hanya RM1. Toink!!!

Bacer lanjut :
http://pienkcat.blogspot.com/2015/01/umbut-tepus-adalah-tuhau.html

Sabah = Tuhau
Sarawak / Iban = Upak Kecala
Sarawak / Melayu = Umbut Tepus
Kedah = Umbut Tepuih

FC panggil lengkuas putih rupa macam lengkuas tapi warna putih




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeruk bambangan jua lah yg ttp jd pujaan iols..tuhau ni mkn gak..tp klu letak tuhau n bambangan , aku amek bambangan dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 08:36 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-2-2015 08:15 PM
Cikjah pernah dengar perkataan Tuhau? atau perkataan Umbut Tepus?
Haaaaa! kalo orang Kedah depa pan ...

apooo...waiiiiii...
nyamai nyamai amai.....
manehh manehhh ...
balit kpg next month, mesti mencari ulam tepus tak... arap2 adalah dijual kat pasar tamu sia ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.110514 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list