Edited by koliba at 13-2-2015 02:48 PM
[size=0.75em]Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Foto Ihsan Instagram Siti Nurhaliza.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram milik selebriti tanah air pada Jumaat dipenuhi dengan mesej dan gambar bagi berkongsi kesedihan terhadap berita kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira 9.45 malam pada Khamis.
Kebanyakan artis tempatan menyampaikan takziah dan simpati terhadap kehilangan bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad itu.
Malah ada di antara mereka turut berkongsi rasa kagum terhadap kepimpinan Allahyarham selama mentadbir negeri Kelantan.
Nik Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan selepas sekian lama menghidap kanser prostat.
[size=0.98em] [size=0.98em]Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Pulau Melaka, Kota Baharu pada pukul 9.45 malam Khamis. [size=0.98em]Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baharu kira-kira pukul 10.55 pagi pada Jumaat.
Pengacara Faizal Ismail menerusi Instagram miliknya berkongsi pengalaman bersama pemimpin terkenal itu apabila berpeluang menghubungi dan menemubual Allahyarham tanpa melakukan sebarang temu janji terlebih dahulu.
[size=0.98em]
Kata Faizal, temubual yang dilakukan pada tahun 2010 itu pada awalnya hanya sekadar mencuba nasib dan dia terkejut apabila tidak sukar untuk bercakap dengan pemimpin terkenal berkenaan.
"Saya tidak pernah berpeluang untuk bersua dengan ulama tersohor ini namun memori paling indah ketika saya mencuba nasib menelefon Pejabat Menteri Besar Kelantan pada tahun 2010.
"Tanpa saya sangka saya berjaya bercakap dengan beliau untuk bertanyakan pandangan beliau tentang perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang ketika itu Kelantan menentang Negeri Sembilan diperingkat akhir.
[size=0.75em]Faizal Ismail.
[size=0.98em]"Saya terharu kerana sebelum membuat panggilan tiada sebarang temu janji perlu dibuat untuk menghubungi beliau dan kini rakaman tersebut masih terdapat di YouTube dan ia kekal menjadi sejarah dan kenangan indah buat saya," katanya.
Tambah Faizal, dalam perbualan tersebut, Nik Aziz sempat menceritakan aktiviti sukan beliau semasa muda dan cukup mesra ketika berbual.
[size=0.98em]
Sementara itu, pelakon dan usahawan, Fizo Omar pula menerusi Instagram miliknya memberitahu sempat menziarahi Allahyarham ketika berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tidak menyangka itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan idolanya itu.
Jelas Fizo, dia akan sentiasa mengingati kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan Nik Aziz kepadanya dan akan merindui pemimpin itu.
[size=0.98em] [size=0.98em]Fizo memberitahu sempat menziarah Nik Aziz. [size=0.98em]"Petang tadi (Khamis) pada pukul 5 petang saya sempat menziarahi Tuan Guru, seorang ahli ulama yang amat saya sanjungi di HUSM dan macam tidak percaya itu adalah pertemuan terakhir bersama idola sepanjang zaman saya itu.
[size=0.98em]
"Kata-kata nasihat dan semangat dari Tuan Guru Nik Aziz masih segar dalam ingatan saya dan yang pasti kami akan merinduinya," katanya.
Fizo juga meminta agar semua rakyat Malaysia mengenepikan sentimen politik dan sama-sama mendoakan Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmat.
[size=0.98em]
Antara artis lain yang turut memberikan penghormatan kepada Nik Aziz adalah Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Afdlin Shauki, Amy (Search), Norman Hakim, Ifa Raziah, Eja dan Fizz Fairuz.
[size=0.98em] [size=0.98em]Neelofa berkongsi gambar kenangan bersama Nik Aziz di Instagram. [size=0.98em]Siti Nurhaliza dan Neelofa turut memuat naik gambar kenangan ketika bertemu dengan Nik Aziz dalam Instagram dan meminta semua rakyat Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. [size=0.98em]
"Al-Fatihah... Tokoh ulama yang dihormati, disegani dan disayangi pergi menemui Pencipta-NYA. Mari sedekahkan bacaan surah Yasin buat Allahyarham di malam Jumaat yang indah ini," kata Siti menerusi Instagram pada malam Khamis.
|