View: 2663|Reply: 18
|
[Tempatan]
Jackie Chan janggal dipanggil Datuk
[Copy link]
|
|
PELAKON terkenal Hong Kong, Datuk Jackie Chan mengakui masih berasa janggal dengan gelaran Datuk yang diterima pada Hari Wilayah Persekutuan.
Ujar aktor berusia 60 tahun ini, dia hampir terlupa bahawa sudah bergelar Datuk dan berasa janggal apabila disapa dengan panggilan Datuk sejak tiba di Malaysia pagi tadi (semalam).
“Sejujurnya saya memerlukan sebulan dua lagi untuk membiasakan diri dengan panggilan tersebut dan saya sangat hargai apabila dikurniakan gelaran Datuk.
“Lucunya, saya rasa janggal apabila orang memanggil saya dengan panggilan Datuk apabila tiba di sini pagi tadi. Tapi saya tidak kisah sama ada orang mahu memanggil saya dengan panggilan Datuk atau tidak,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media filem terbaru lakonannya, Dragon Blade.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah barisan pelakon Dragan Blade, yang terdiri daripada pelakon terkenal Hollywood; John Cusack dan Adrien Brody, bersama bintang K-Pop, Choi Siwon, berserta dua pelakon cina, Ling Peng dan Mika Wang.
Tambah Jackie lagi, dia juga tidak kisah andai masih ada yang memanggilnya dengan gelaran taiko (abang) seperti kebiasaannya.
“Datuk pun ok, taiko pun ok. Tapi kalau panggil taiko, lagi saya suka kerana panggilan itu lebih lama dan lebih dekat dengan saya,” jelasnya.
Sebelum memulakan sesi sidang media, Chan atau nama sebenarnya Chan Song Kang sempat menegur wakil media dengan memberi salam dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada 1 Februari lalu, Jackie Chan menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah.
Filem Dragon Blade merupakan filem terbitan kerjasama dua negara, Korea dan China. Naskah ini berlatar belakang zaman Dinasti Han. Ia mengisahkan pengembaraan Komander Huo An bertemu Putera Roman.
Filem Dragon Blade dijadualkan berada di pawagam pada 19 Februari ini sempena Tahun Baharu Cina.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
60 tahun dah umor die...?? tak nampak cam 60... |
|
|
|
|
|
|
|
The ORIGINAL TAIKO! Not so so Aaron Aziz. |
|
|
|
|
|
|
|
panggil Latok baru tk janggal |
|
|
|
|
|
|
|
wowww.. dia blakon cter baru! teruja nk g tgk di pawagam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum memulakan sesi sidang media, Chan atau nama sebenarnya Chan Song Kang sempat menegur wakil media dengan memberi salam dan bertutur dalam bahasa Melayu.
>> WArtawan dari media mana tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar jugak nak tengok. tak pernah miss 1 pun cerita jackie chan.
paling sebak tgk new police story |
|
|
|
|
|
|
|
itik_kuning replied at 12-2-2015 11:41 AM
tak sabar jugak nak tengok. tak pernah miss 1 pun cerita jackie chan.
paling sebak tgk new police ...
Walaupun Datuk Jackie tak ada kualiti lakonan bertaraf Oscars, namun filem-filem beliau cukup memberikan impak yang besar kepada penonton dan peminatnya melalui adegan aksi ngeri dan komedi spontan yang dilakonnya sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau nama sebenar Jackie Chan |
|
|
|
|
|
|
|
waaa...
ada adrien brody , pemenang best actor oscar tu (the pianist)
dgn john cusack...oh my
best nya
hr tu tertgk jackie chan dlm running man
kelakar & aktif orgnya
klh yg muda2 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia buat lagi filem area KL
30 tahun kemudian dia akan dapt Tan Sri
busuk2 pun Dato' Seri |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan Latuk Jackie Chan kat Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
dia pandai bermain dengan emosi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku pggl dia jc je padulik aku..
welkem to mesia |
|
|
|
|
|
|
|
samala..baru tau gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 12-2-2015 09:34 AM
panggil Latok baru tk janggal
Hehehe.. lawak lak rasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow siap ada john cusack n adrien brody. best la sapa yg dapat pegi sidang media tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|