Anggota polis sesat bersama tunang diselamatAhmad Tarmizi dan tunangnya Noor Hassu Diyana diselamatkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jalan Perak. - Foto Facebook
[size=100%]GEORGE TOWN, 11 Februari: Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis kontinjen (IPK) Pahang bersama tunangnya berjaya diselamatkan selepas mereka dikatakan tersesat selama sejam ketika menuruni kawasan mendaki di Bukit Jambul, Sungai Nibong di sini malam semalam.
Anggota tersebut, Ahmad Tarmizi Muriza, 27, dan pasangannya, Noor Hassu Diyana Basir, 27, dikatakan tersasar pada trek laluan mendaki semasa cuba melarikan diri daripada dikejar beberapa ekor anjing yang sedang berkeliaran di puncak bukit berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilapor selamat turun ke bawah kira-kira jam 10.30 malam dengan dibantu sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jalan Perak.
Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Fauzi Suid berkata, pihaknya menerima laporan daripada polis berhubung orang sesat pada jam 8.10 malam dan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Katanya, pasukan penyelamat bertindak mendaki bukit tersebut dan berjaya mengesan mereka di ‘check point‘ lapan berdekatan kawasan kebun buah-buahan.
“Kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dialami. Namun usaha membawa turun mangsa terbabit mengambil masa hampir sejam berikutan laluan yang gelap,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu katanya, kedua-dua mangsa turut diberikan minuman air kotak bagi menghilangkan rasa dahaga setelah tersesat hampir sejam di dalam hutan.
TRP
|