Pejabat SSM Di Sunway Putra Mall Ditutup Mulai 27 Feb
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menutup pejabat cawangannya di Sunway Putra Mall mulai 27 Feb ini.
Menurut kenyataan SSM hari ini, pelanggan masih boleh melakukan urusan berkaitan di Menara SSM yang terletak di Kuala Lumpur Sentral atau di kaunter SSM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Puduraya.
Orang ramai juga boleh membuat urusan di Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan di Putrajaya atau mana-mana pejabat negeri dan cawangan di seluruh negara, menurut kenyataan itu.
Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000. – BERNAMA
|