CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2360|Reply: 15

[Tempatan] Susah ke sekolah

[Copy link]
Post time 10-2-2015 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by missdara at 10-2-2015 10:12 AM

DAIF: Keadaan Jalan Hulu Julau memerlukan perhatian pihak berkuasa.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/02/10/susah-ke-sekolah/#ixzz3RItlFEYu
PAKAN: Murid dan guru di lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dayu, SK Semawang, SK Hulu Entaih, SK Nanga Kara dan SK Nanga Kota menghadapi kesulitan apabila terpaksa berhadapan jalan raya becak di Hulu Julau.

Dickson Dilem dari Rumah Ragai, Rantau Jerenang, Dayu berkata selain pihak sekolah, jalan tersebut turut digunakan penduduk dari kira-kira 20 rumah panjang di Hulu Julau.

“Kami menghadapi masalah itu sejak sekian lama apatah lagi sekarang musim hujan.

“Jalan raya Hulu Julau ini merupakan satu-satunya penghubung kami ke kawasan luar.

“Sekarang jalan ini tidak dapat digunakan kenderaan kecil dan sangat berbahaya,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penduduk serta warga pendidik termasuk murid sangat berisiko ketika menggunakan jalan itu tetapi mereka tiada pilihan lain.

Katanya jalan itu berisiko tinggi pada waktu malam.

“Disebabkan keadaan jalan becak, ramai tidak berani memandu kerana takut tayar kereta terperangkap dalam lumpur,” ujarnya.

Justeru, mereka merayu pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan segera terhadap jalan terbabit.

“Tidak tahu sampai bila kami terus menghadapi masalah ini.

“Namun, ia dapat diselesaikan sekiranya ada pihak tampil membantu kami.

“Disebabkan keadaan jalan ini juga ekonomi kami di sini turut terkena impaknya,” jelas beliau.

Sementara itu di Kuching, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug kini kehilangan satu-satunya kemudahan penting untuk pergi ke sekolah apabila jambatan yang menjadi laluan utama mereka roboh sepenuhnya.

Keadaan itu juga menyebabkan mereka terputus laluan penghubung untuk pergi ke sekolah.

Menurut Penolong Kanan 1 SK Kambug Mogun Batai, jambatan berkenaan roboh pada 6 Februari lepas setelah ia mula senget akibat runtuhan tanah semasa banjir pada 18 Januari lalu.

Namun, apa yang menyedihkan mereka ialah harapan agar jambatan itu diperbaiki segera seakan-akan dipandang sebelah mata oleh pihak berkuasa bertanggungjawab.

“Jambatan sudah menyembah bumi tetapi belum juga apa-apa tindakan diambil,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Mogun menjelaskan bahawa keadaan jambatan tersebut pada awalnya sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan segera namun ia terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami berasa terkilan kerana perkara ini tidak dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Disebabkan keadaan itu, beliau memberitahu bahawa guru dan murid termasuk ibu bapa yang menghantar anak-anak terpaksa mengharungi laluan berdenai dan titi buluh untuk pergi ke sekolah.

Tambahnya, walaupun hampir semua murid tinggal di asrama, keadaan itu tetap menyukarkan mereka lebih-lebih lagi bagi murid prasekolah di mana mereka tidak tinggal di asrama dan perlu dihantar oleh ibu bapa setiap hari ke sekolah.

“Dalam keadaan seperti ini, kami terutama guru, murid prasekolah dan ibu bapa mereka berasa sedih apabila perlu mengharungi laluan yang becak, licin dan sukar untuk pergi ke sekolah setiap hari,” katanya.

Sehubungan itu, Mogun berharap agar perkara berkenaan mendapat perhatian segera daripada pihak bertanggungjawab.

“Saya berharap masalah ini diatasi segera dan minta supaya pemimpin turun padang untuk melihat keadaan sebenar,” katanya.

SK Kambug yang terletak di daerah Padawan dekat sini, mempunyai seramai 146 murid dan 14 guru.

MENYEMBAH BUMI: Sebuah jambatan yang menjadi laluan murid dan guru SK Kambug kini roboh sepenuhnya.



BECAK, LICIN DAN SUKAR: Beginilah keadaan jalan denai yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung dan guru sebagai laluan untuk pergi ke sekolah.



TIADA PILIHAN: Ibu bapa dan anak masing-masing terpaksa meniti titi buluh untuk pergi ke SK Kambug disebabkan jambatan yang menjadi laluan mereka sudah roboh.





Read more: http://www.theborneopost.com/2015/02/10/susah-ke-sekolah/#ixzz3RItU3AQk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 10:13 AM | Show all posts
lerrr... dulu Amir naik beskal OK jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 10:18 AM | Show all posts
CikguSuraya replied at 10-2-2015 10:13 AM
lerrr... dulu Amir naik beskal OK jer..

Tak faham. Kaitannye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hermhhhhh bila hasil bumi x diselaras ke arah yang sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 10:19 AM | Show all posts
padawan ni bukan swak ke?? mana adenan satem??? tadi da cakap Keputusan bijak pisahkan dua pentadbiran Kuching...ni ape jadi???
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Atau....KM nya tidur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2015 10:25 AM | Show all posts
alinone78 replied at 10-2-2015 10:18 AM
Hermhhhhh bila hasil bumi x diselaras ke arah yang sepatutnya

Hmmm.. Susah nak cakap. Kawasan pedalaman, kalau dari segi transportation mmg jauh sgt mundur.

Tapi yg aku suka kat news ni adalah betapa semangatnya bebudak and ibu bapa hantar anak diorang pegi skolah walaupun byk halangan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 10:27 AM | Show all posts
kentel replied at 10-2-2015 10:19 AM
padawan ni bukan swak ke?? mana adenan satem??? tadi da cakap Keputusan bijak pisahkan dua pentadbir ...

Perlu lalui byk protokol katanyee..

Sekolah rujuk kat Jabatan Pendidikan.. Pastu pas pulak pegi JKR..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 10:38 AM | Show all posts
missdara replied at 10-2-2015 10:27 AM
Perlu lalui byk protokol katanyee..

Sekolah rujuk kat Jabatan Pendidikan.. Pastu pas pulak pegi ...

birokrasi menyusahkan!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 10:41 AM | Show all posts
kentel replied at 10-2-2015 10:38 AM
birokrasi menyusahkan!!

That's why..

Bila dah main pas2 camni, alamatnya tunggu beberapa bulan/tahun la, baru la jalan ok & jambatan dibuat..

Yang jadi mangsa, cikgu2,murid2 and ibu bapa kat area situ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 11:08 AM | Show all posts
hadoi siannya
tp diorg gigih jugak g skolah
bukan mcm budak kat semenanjung ni
semua kemudahan ckup tp suka ponteng
rempit sana sini menyusahkan mak bapak
tetiba aku emo plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 11:13 AM | Show all posts
sbnrnya org ramai bole pakat2 ratakan jalan utk sementara...letak kayu ke utk kemudahan laluan pejalan kaki
tp biarla JKR yg setelkan sepenuhnya utk hasil yg lebih baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 11:19 AM | Show all posts
musangcomel replied at 10-2-2015 11:08 AM
hadoi siannya
tp diorg gigih jugak g skolah
bukan mcm budak kat semenanjung ni

Huhuhu

Memang kesian tengok betapa byk halangan dorg demi mencari ilmu pengetahuan..

Tapi memang salute kat dorg la..

Ibu bapa pun buat anything asalkan anak dorg bersekolah..

Masih ingat cerita budak perempuan Tahun 1 tinggal asrama ka?

Kalau kat area saya, itu situasi normal..

Bukan kat semenanjung je kes budak2 ponteng, Borneo sini pun ada..

Kes ni biasanya berlaku kat kawasan bandarla..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 11:20 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 10-2-2015 11:13 AM
sbnrnya org ramai bole pakat2 ratakan jalan utk sementara...letak kayu ke utk kemudahan laluan pejal ...

Betul jugak suggestion awak..

Tapi itu lah kan, biarkan JKR buat keje sepenuhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 11:28 AM | Show all posts
missdara replied at 10-2-2015 11:19 AM
Huhuhu

Memang kesian tengok betapa byk halangan dorg demi mencari ilmu pengetahuan..

btol la, kat kawasan bandar
klu kat kg2 ni semangat nak belajar tu kuat sikit sbb diorg nak ubah hidup jd lebih baik
tp kat bandar2 ni budak2 slalu take for granted je kemudahan yg ada
sbb dah biasa senang, nak gi sekolah pon takyah bersusah payah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 11:33 AM | Show all posts
musangcomel replied at 10-2-2015 11:28 AM
btol la, kat kawasan bandar
klu kat kg2 ni semangat nak belajar tu kuat sikit sbb diorg nak ubah  ...

Betul betul...

memang semangat nak belajar kat kwsn kpg lagi tggi..

Sebabnya masyarakat kat kpg lebih erat kot silaturahim..

Jadi bila budak2 tengok anak jiran2 pegi sekolah, perasaan nak pegi sekolah tu memang tinggi.

tapi kalau kat bandar, kat kwsn perumahan pun you you,ai ai..

Jadi, budak2 nak pegi sekolah pun you you, ai ai.. kecuali yg pakai van sekolah kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071789 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list