CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2670|Reply: 17

[Dunia] 90 penggodam siber berkumpul di Tokyo

[Copy link]
Post time 9-2-2015 04:33 PM | Show all posts |Read mode


TOKYO - Kira-kira 90 penggodam dari beberapa buah negara berkumpul di Tokyo, Jepun, bagi menyertai pusingan akhir Pertandingan keselamatan 2014 (Seccon).

Menurut laporan AFP, penggodam muda Jepun diuji bersama pesaing antarabangsa yang disertai 90 penggodam dalam 24 pasukan dari tujuh negara dan wilayah iaitu China, Japan, Poland, Russia, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Menurut penganjur, pemenang pertandingan akan mara ke pertandingan berprestij Def Con CTF (Capture the Flag) yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini.

"Terdapat keperluan mengadakan sebuah forum di mana penggodam muda boleh mengembangkan lagi pemahaman mereka mengenai dunia luar. Ia juga penting bagi mengelakkan mereka daripada menyalahgunakan kemahiran dimiliki," menurut ketua jawatankuasa penganjur Seccon, Yoshinori Takesako.

Katanya lagi, penganjuran pertandingan itu turut mendapat sokongan agensi kerajaan, syarikat teknologi dan ahli akademik yang ingin mengubah imej media Jepun yang jauh ketinggalan berbanding negara lain dalam bidang keselamatan siber.

Seccon direka untuk membolehkan jurutera teknologi muda Jepun menunjukkan kemahiran mereka di pentas dunia, di samping menggalakkan lebih ramai menyertai dunia keselamatan siber.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 04:46 PM | Show all posts
malaysia ada penggodam x?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 04:46 PM | Show all posts
Adakah ini pengodam berlesen??
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah bestnya   those yg menang kemungkinan syarikat IT akn terus sambar
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 9-2-2015 04:46 PM
malaysia ada penggodam x?

Ramai sebenarnya. Kan setiap kali pemilik FB/blog ditangkap atas kesalahan menghasut perkauman, mereka memberikan alasan akaun mereka digodam?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 05:06 PM | Show all posts
India pun banyak hackers
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2015 05:27 PM | Show all posts
dulu anak bujang aku pernah hack email sorang hacker...
kat dlm email tu ada senarai email address mangsa2....

yg paling latest dia dpt hack FB kawan2 dia....tapi dia tak pedajal la.....saja main2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 05:31 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 9-2-2015 08:46 AM
malaysia ada penggodam x?

harus ada mdhelmi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 9-2-2015 05:03 PM
Ramai sebenarnya. Kan setiap kali pemilik FB/blog ditangkap atas kesalahan menghasut perkauman, me ...

Betul gak tu
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 05:37 PM | Show all posts
whitehackers ni byk yg bakal di"hire" oleh syarikat anti virus dll...

yg betul2 superb depa amik kirja ngan gomen mcm CIA, FBI or seangkatan mengikut negara masing2
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Falcon... best jer tgok citer pasal hackers ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalag fb digodam sebenarnya adalah silap sendiri sebab guna weak password. Lepastu mula tuduh akaun digodam phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 07:36 PM | Show all posts
masalah facebook di godam tak de kena mengena dengan password.. tapi di sebabkan oleh mulut longkang celupar berlagak jadi keyboard warrior, bila kena trace cakap fb kena godam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Fb kena godam tu alasan paling bongok yg boleh difikirkan oleh golongan laknat yg mulut puaka
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 07:41 PM | Show all posts
spammer kelapa dara tak participate ker???
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 9-2-2015 07:41 PM
spammer kelapa dara tak participate ker???

Ngan si Lava sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow!! I like!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:55 PM | Show all posts

si labalabalol tu ... considered tak sampai peringkat pro lagi ... asik kiok jer ngan momod ...

kalo ada perhimpunan hantu saka... haa.. gaydering cam ni sesuwai utk labalol tue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048964 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list