CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1922|Reply: 18

[Tempatan] Golf Bakal Jadi Sukan Marhaen?

[Copy link]
Post time 9-2-2015 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cemolot at 9-2-2015 08:05 AM

Golf harus jadi sukan rakyat - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan sahaja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf, kata beliau sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf terkemuka pada masa akan datang.

"(Dalam hal ini) saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf di peringkat sekolah dengan 11 buah sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini.

"Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Anirban Lahiri dari India menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang trofi dan AS$500,000 yang disampaikan Najib di lubang ke-18 lapangan golf KLGCC.

Mengenai kejohanan itu yang bermula Khamis lepas, Najib berkata ia menarik minat kira-kira 450 juta penonton di seluruh dunia untuk menyaksikan permainan yang amat menarik itu.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada pemain golf negara Danny Chia yang muncul sebagai pemain terbaik Malaysia pada kejohanan itu dan Gavin Kyle Green yang dinobatkan sebagai pemain amatur terbaik kejohanan itu.

"Kita melihat semakin ramai pemain profesional Malaysia bersaing pada peringkat tertinggi pada masa akan datang," katanya.

Najib juga memuji Maybank kerana menjadi penaja utama yang sangat baik sejak 10 tahun acara itu diadakan.

"Tahun ini, hadiah wang tunainya lebih banyak dan saya berharap ganjarannya menjadi lebih besar pada tahun-tahun mendatang," kata beliau.

- Bernama



http://www.malaysiakini.com/news/288684



Single Polls, Total 10 Users voted

Poll is finished

10.00% (1)
20.00% (2)
70.00% (7)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodol harap macai2 penjilat tegar bijan @Modngengade @d'zeck @Anak_Nogori dapat join club golf 1malaysia dan tunjukkan contoh teladan baik kpd seluruh rakyat malaysia dgan memenangi tournament2 yg dianjurkan demi menyahut seruan moliya bijan ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 9-2-2015 08:21 AM
Dodol harap macai2 penjilat tegar bijan @Modngengade @d'zeck @Anak_Nogori dapat join club golf 1mala ...

Dah memang terer main golf pun dodol gemuk...akan sarankan ko pun main golf supaya nick boleh bertukar menjadi dodol slim...mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 9-2-2015 08:23 AM
Dah memang terer main golf pun dodol gemuk...akan sarankan ko pun main golf supaya nick boleh bert ...

Bijan main golf tu slim ke?kahkahkah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:28 AM | Show all posts
berkat main golf ngan obama.. aminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 9-2-2015 08:26 AM
Bijan main golf tu slim ke?kahkahkah....

Slim sikit dari dodol gemuk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2015 08:32 AM | Show all posts
Kepit ker tak tu...? Ker silang kaki....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:34 AM | Show all posts
Lepas ni boleh gali lubang atas padang bola sekolah. Nak main golf katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat ke main byk lubang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil replied at 9-2-2015 08:46 AM
Penat ke main byk lubang?

Orang lain tak pasti tapi kalau Spidey memang penat. Lagipun Spidey cuma setia dan puas pada satu lubang yang sama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:02 AM | Show all posts
amboi.. suci murni nye jibby sanggup kuorkan rm2juta dari poketnye utk golf1mesia
sengih sinis aja uols
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:03 AM | Show all posts
atira replied at 9-2-2015 09:02 AM
amboi.. suci murni nye jibby sanggup kuorkan rm2juta dari poketnye utk golf1mesia
sengih sinis aja ...

lu bagus ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:03 AM | Show all posts
seriously, golf utk org2 elit ke? iols laki bini idok ler elit pun, tp laki iols slalu main golf, idak la pulak iols rase elit dr dlu.. semorang pun blh main golf.. bukan kira elit ke marhaen..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:12 AM | Show all posts
jibby ingat kedai 1mesia ada jual batang golf kot

singgit 3 batang
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:17 AM | Show all posts
molianya hati bijan sanggup derma wang sendiri rm2 jota kepada MGA.
nak lebih pun, dia sanggup menderma lagi....Alhamdulillah. Dermawan macamni lah yang kita cari..

aku bila main golf, derma lebih kepada caddy2 yang comel je....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:28 AM | Show all posts
macai2 sila masuk ahli2 ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 09:43 AM | Show all posts
nantikan saranan dari kaki kipas pasni
1 dun 1 padang golf
lepas 3 taun padang golf ke mana hapa ke mana...yg ada cuma papan tanda yg dah berkarat 1 lagi projek kerajaan barisan nasional....masalah kelulusan tanah...kontraktor bermasalah....dan 10001 alasan lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:52 AM | Show all posts
Aku cuba menjinakkan diri dlm arena golf bila posting kat Pahang 4 tahun lepas. Bos pun memang golfer. Sampai dah belajar dgn Pro kat club. Beli Golf set dari member. Tapi bila nak try main kat padang x leh nak menjiwai sukan ni. Last2 simpan golf set continue main bola dgn futsal balik. Bukan jiwa aku nampaknya. Aku tgk golfer ni memang jiwa dia lain skit. Panas terik kat padang golf tu dia boleh kata tenang dan damai. Kalau aku la... memang x main la tgh panas terik camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 10:13 AM | Show all posts
GOLF: Golongan Orang Lemah Fikiran...

Mainan paling sendu skali.....


Tak paham Nex GOLF di kategori kan sebagai SUKAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.903159 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list