CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mahalnya

[Jenayah] Edisi Sadis: Anak Pukul Ibu Dgn Cangkul Sampai Mati

[Copy link]
Post time 10-2-2015 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 10-2-2015 06:02 AM
sah hang dah mental.. tula terperok sangat dalam gua ... huhu

Bisikan ghoib apa pulak yg sis dengar ni?????

Scaryyy....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 06:49 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 10-2-2015 02:47 PM
Bisikan ghoib apa pulak yg sis dengar ni?????

Scaryyy....

haha... masih membaghalkan diri lagi rupanya... hahaha .. mmg bahgal
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 10-2-2015 06:49 PM
haha... masih membaghalkan diri lagi rupanya... hahaha .. mmg bahgal

Masih dibisik bisik suara halus ke sis?

Ckp dgn siapatu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 08:56 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 10-2-2015 07:50 PM
Masih dibisik bisik suara halus ke sis?

Ckp dgn siapatu?

kesian.. dah tahap mental .. melayu teringin nak jadi yahudi... sabbath salom konon..  puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 10-2-2015 08:56 PM
kesian.. dah tahap mental .. melayu teringin nak jadi yahudi... sabbath salom konon..  puiiii

Suke sangat personal attack...puikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 11:50 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 10-2-2015 09:52 PM
Suke sangat personal attack...puikkk..

puii....   poyo nak jadi yahudi puii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2015 11:56 AM | Show all posts
masalah mental hingga bunuh ibu sendiri? gile betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 2-3-2015 11:50 AM
puii....   poyo nak jadi yahudi puii

Dosa ke?

Btw bogel orang dalam rumah Allah tak dosa besar kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 06:31 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 6-3-2015 05:44 PM
Dosa ke?

Btw bogel orang dalam rumah Allah tak dosa besar kan.

Apa tu badigol ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 6-3-2015 06:31 PM
Apa tu badigol ?

X dosa kann...

Berhudud-mudud jah lebih ko ni tapi baca koran x paham
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:12 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 6-3-2015 06:34 PM
X dosa kann...

Berhudud-mudud jah lebih ko ni tapi baca koran x paham

Apa2 je la labuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:23 AM | Show all posts
Changa replied at 7-2-2015 10:38 PM
Akak syak ummah melayu sunni?



..dan semestinya sunni versi shafie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 6-3-2015 08:12 PM
Apa2 je la labuu


X dosa kan...

Kena potong tangan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:10 AM | Show all posts
din_atos replied at 7-2-2015 10:52 PM
Believe me wanita lebih ramai mental dr lelaki

nehi.. lelaki lebih ramai mental dari perempuan

pompuan adalah rahmat dari Allah swt.. di cipta untuk temankan lelaki

dan lelaki di tuntut supaya contohi AKHLAK rasul

kalo lelaki ramai depa dapat contohi sikit je pun akhlak nabi , dunia ni lebih aman dari macam sekarang

bila lelaki aman , keluarga aman

bila keluarga aman, taman or kampung aman

bila kampung aman, negeri aman

bila negeri aman negara aman dan bila banyak negara aman so DUNIA PUN AMAN..di berkati Allah swt..di limpahi rahmatNYA

so poi lah blajo lagi dan rajinkan membaca dan rajinkan berfikir.. jangan jadi tipikal jantan malaya, dok mengulor main tloq sendiri kangkang tgk bola

kendian ada hati nak idup senang dunia akhirat.. elooooooooooo beruk kat hutan pun boleh di latih naik beskal..ni kan plak manusia ciptaan paling baik

kalo pompuan mental tu ADALAH KERANA LELAKI  gak

pompuan rosak kerana lelaki, asal nya perempuan ni fitrah tinggi malu dan bersih suci mulus kudus kendian di kotorkan oleh manusia LELAKI !!!

rosak susu kerana setitis nila dan rosak perempuan kerana lelakinya!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 01:47 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 7-3-2015 10:10 AM
nehi.. lelaki lebih ramai mental dari perempuan

pompuan adalah rahmat dari Allah swt.. di cipta ...

Ambil dari thread lepas..

Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan maklumat bahawa pesakit  mental yang menerima rawatan di Hospital awam telah meningkat ke 15.6%.  iaitu seramai lebih 400,000 orang. Malah angka ini dikatakan telah  meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Membaca kenyataan ini  rakan sekerja saya tersenyum lebar sambil berkata "hai sebenarnya banyak  lagi diluar sana yang dok tunggu giliran nak masuk hospital mental ini,  cuma dia orang tak sedar". Dan beliau terus ketawa terbahak-bahak.  Walaupun kenyataannya itu nampak seperti bergurau, tetapi mengikut  beberapa kajian yang dilakukan di negara kita, komen itu ada  kebenarannya. Ini kerana ramai yang mengalami stres tetapi tidak  menyedarinya.

Dwi kerjaya

Amnya ramai yang menghadapi masalah mental dikaitkan dengan masalah  kekeluargaan dan ketidakpuasan di tempat kerja. Kini, 50% dari tenaga  buruh adalah wanita dan 70% dari dari mereka sudah berumah tangga. Oleh  yang demikian, salah satu golongan yang berhadapan dengan gejala  penyakit mental ini ialah pasangan dwi kerjaya. Dwi kerjaya bermaksud  individu itu mempunyai dua peranan iaitu di rumah dan di tempat kerja.  Realitinya ialah pasangan dwi kerjaya kini adalah satu keperluan  memandangkan kos hidup yang semakin meningkat.

Benarkah wanita lebih stres?

Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati  wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi  berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?

Status kesihatan

Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa  berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah.  Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus  dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.

Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut,  migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang,  kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan  tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat  badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila  stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh  penggunaan komputer.

Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan  71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat  dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah  satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.

Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung  pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan  selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai  Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam  kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih  dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili  sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?

Konflik dalaman

Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman  disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami,  anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian  menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk  menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.

Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur  mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada  yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari.  Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.

Kerja Rumah

Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja  rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu  isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah  dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka  tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila  berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi  masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di  tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga  akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.

Bersama Anak dan Ibu Bapa

Ramai wanita (70%) dalam kajian ini mengalami konflik dalam diri  kerana merasakan tidak berlaku adil dalam menjaga kebajikan anak anak  mereka. Beban ini lebih terasa kerana hampir 90% wanita dalam kajian ini  tidak ada pembantu rumah atau keluarga terdekat untuk membantu menjaga  anak anak mereka.

Malah wanita ini juga mengalami dilema bukan sahaja mereka tidak  dapat memberikan penjagaan yang secukupnya pada anak anak tetapi juga  untuk ibu atau bapa mereka yang uzur. Wanita kerjaya seumpama ini  dikenali sebagai "wanita generasi tersepit", kerana mereka terpaksa  mengimbangkan antara tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak. Di  negara China disebabkan terlalu banyak sangat kes pengabaian orang tua,  maka satu polisi telah digubal dimana ibubapa dibenarkan untuk membawa  anak-anak ke muka pengadilan jika mengabaikan kebajikan orang tua  mereka. Namun jika dilaksanakan di negara kita, apakah cara ini dapat  melahirkan sebuah masyarakat penyayang?

Masa untuk diri dan Bersama Kawan

Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa  untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah  mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita  mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke  Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam  kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres  bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk  membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan  membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk  diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah  pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal  tetapi juga mental bagi wanita tersebut?

Bersama suami

Dalam hal suami pula, seramai 55% bersetuju mempunyai masa yang  terhad untuk bersama pasangan mereka, kerana terlalu banyak kerja rumah  maupun urusan pejabat yang perlu di laksanakan. Seramai 15% menjawab  mereka tidak ingat bila kali akhir mereka bermesra dengan suami mereka.  Seperti kata salah seorang responden "terlalu banyak tugas overtime di tempat kerja sehingga suami dirumah menjadi part time".

Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan  tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan  yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih  banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata  kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun  berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat  kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim  dengan suami mereka.

Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional  juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan  pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama  ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.  
Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.

Dengan adanya ramai graduan wanita, kini di tempat kerja kebanyakan  jawatan pengurus atau pentadbir mula dipenuhi dengan wanita. Sebuah  kajian yang dijalankan pegawai kerajaan menunjukkan bahawa jika ada  pilihan, 90% dari responden, tidak kira lelaki atau perempuan lebih suka  berkerja dengan bos lelaki. Antara sebabnya ialah bos lelaki dipandang  sebagai lebih memahami masalah pekerja, tidak atau "angin pasang surut"  boleh berkomunikasi secara berhemah. Tidak kurang juga yang memberikan  pelbagai gelaran pada bos wanita mereka seperti singa betina, Hitler dan  seumpamanya. Apakah ini petanda wanita lebih stres di tempat kerja?  Atau permintaan ditempat kerja yang menjadikan mereka stres?

Wanita dan kerja

Seterusnya 50% wanita dalam kajian ini menyatakan hasrat mereka untuk  berhenti kerja jika diberi peluang kerana kesukaran untuk mengimbangi  tanggungjawab antara kerja dan keluarga. Tetapi pada hakikatnya 80%  mengatakan mereka merasa gembira jika mempunyai kerjaya serta dapat  membantu dalam ekonomi keluarga. Lebih lebih lagi yang mempunyai anak,  kerana perlu mengasingkan sekurang kurangnya 7% dari pendapatan untuk  perbelanjaan anak-anak. Jelas sekali menunjukkan bahawa wanita akan  mengalami stres kerana tersepit antara dua keadaan

Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran  iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah  dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Mengatasi pesakit mental tanggung jawab siapa?

Menurut Institut Kesihatan Mental di Amerika Syarikat dianggarkan 17  juta penduduk atau seramai 10% dari penduduk golongan dewasa mengalami  kemurungan setiap tahun. Namun jika mereka diberi bantuan seramai 70%  menunjukkan perubahan yang positif dalam masa beberapa minggu sahaja.

Malaysia adalah salah sebuah Negara yang memperuntukkan belanjawan  untuk tujuan kesihatan yang besar untuk rakyatnya. Namun pesakit mental  bukan tanggungjawab kerajaan ataupun majikan sahaja, malah setiap ahli  keluarga. Ini kerana kerajaan dan majikan boleh mewujudkan pelbagai  bentuk bantuan untuk kesejahteraan pekerja seperti perubatan, bantuan  kaunseling, pusat penjagaan anak-anak, potongan cukai untuk ibu bapa dan  sepertinya.

Tetapi satu perkara penting yang perlu diingat ialah bahawa setiap  keluarga itu berbeza. Oleh itu adalah tanggungjawab setiap individu  dalam keluarga untuk mencari resipi tersendiri dalam mencari  penyelesaian bagi keluarga. Umpamanya kerajaan hanya boleh memastikan  kesemua rakyat mendapat bekalan beras yang cukup, tetapi untuk  memastikan nasi tidak menjadi hangit, keras ataupun bubur bergantung  pada individu itu sendiri.

Oleh: Dr. Sabitha Marican
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 02:11 PM | Show all posts
mahalnya replied at 7-2-2015 10:57 PM
sedikit info tentang suara berbisik

kadang2 ganguan syaitan pon boleh jadi jugak.. org yg emosi tak stabil dan lemah,,,senang kene rasuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 02:36 PM | Show all posts
din_atos replied at 9-3-2015 01:47 PM
Ambil dari thread lepas..

Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan maklumat bahawa pesakit  m ...

kalo pompuan lagi stress dari lelaki pasai pa nabi kata kalo di izin Allah swt dia mahu para isteri sujud (hormat) kat suami?

kalo pompuan lagi stress dari lelaki pasai pa para penceramah bebas cam setad roti jala cicah kari tu kata pompuan mudah masok sorga?

depa taat suami, dirikan solat, berposa dan buat kebajikan pada orang tua..so masuk ler sorga dari pintu mana sekali pun..haaaa

kalo pompuan lagi stress dan mental dari lelaki, penjara pusat serenti yang meragut merogol membunuh bergaduh jadi samseng berkongsi gelap yang buat jenayah yang isap dadah yang sebarkan hiv yang langgan pelacoq yang trafficking pompuan untuk di lacurkan yang jadi penipu tipu aniaya duit oang seme

pasai pa ramai kaum jantan? depa stress apa

lagi pun tuhan cipta pompuan sudah ada kaedah secara natural or fitrah depa boleh senang ALLEVIATE stress depa..

umum tau satu dunia tau umoq orang pompuan LEBIH PANJANG dari lelaki, tapi masa depa bayi umoq depa lagi pendek or lebih ramai mati berbanding bayi lelaki

so kenapa pompuan lebih durable, bleh endure pahit maung perit susah idup berbanding lelaki?

ibu2 tunggal peneroka, aku baca di majalah dewi jelita mak aku masa kecik2 dulu banyak kisah ibu2 tu anak punya ramai tapi akhirnya semuaaaaaaaa anak depa berjaya..ayah dah mati tinggal ibu tapi ibu tekun tabah siang malam dok pikio camna nak make sure anak2 berjaya..berbelas oang anak semua berjaya..cukup bangga dia, berhasil despite semua setbacks. ce cite ada bapa tunggal cam tuh? bini mati hari ini kuboq merah lagi dah berbini baru..btuii dak?

so cukup2 lah tabur cite tak btui pasai kaum ibu.. cite ler apa sebenar depa macam apa depa di cipta

oang lelaki yang MAKIN STRESS sebab kemajuan dan terkehadapan oleh kaum ibu, yang merebut peluang setiap zaman untuk kebaikan diri depa

dah ler tu sikap BERKORBAN soang wanita itu tahap mengadaikan nyawa nya , misal nak melahirkan anak..takat keje kuat abiskan seme duit untuk keluarga..itu dah jadi nyawaaaaaaa setiap ibu or wanita

kaum jantan ni seme patut mula hari ini rasa malu sikit..kalo ada malu laaa..esp yang tau agama seme tu..cite ler sebetui nya  , bukan dok cite yang buat pompuan itu sendiri merasakan dia patut jadi kadam or hamba abdi si jantan or suami dia

berapa ramai pompuan or para isteri makan hati dek PERANGAI OR AKHLAK SUAMI?  beraoa ramai anak gadis sendiri, anak kandong jadi mangsa rakus hawa nafsu soang ayah , soang jantan?  pun macam tu sang ibu memaafkan, buat ler camna siksa la camna , aniaya lah camna..seoang perempuan itu fitrah dia tabah sabar dan endurable dan dari sepatutnya kaum bapak syukur dan layan dengan baik , balas budi macam tu malah depa take for granted dan buli dan melampiaskan hawa nafsu yang tak kemana pun tuh

soang ayah wajib ajar anak jantan dia menghormati wanita bermula ibu nenek macik adik akak pompuan seme tuh..waaaaaajib dan wajib ke atas diri dia dulu berakhlak macam tuh bila dengan isteri tersayang..kalol bab ni tak di beri perhatian.. tanggunglah musibah di simpang jalan yang menanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 02:54 PM | Show all posts
mesti lelaki melayu islam...
bangsa lain x pernah kena ke benda2 ghaib nih

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 03:30 PM | Show all posts
kuantan byok kain hitam.plus saka. So, tak heran klo jdi cmni. Saka bisik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.136854 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list