Demi Peminat Dato Siti Jadi Ketua Pengawas, Datuk K Pula Sebagai Guru Disiplin
Kelab peminat penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Sitizone telah menyambut majlis ulang tahun ke- 11 penubuhan kelab tersebut baru-baru ini.
Dato’ Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti juga turut hadir memeriahkan lagi acara itu.
Apa yang menarik perhatian ialah majlis yang bertemakan ‘Back To School’ itu menampilkan Dato’ Siti sebagai Ketua Pengawas yang comel manakala suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) pula digelar cikgu disiplin.
Dato’ Siti tampil dengan berpakaian serba biru lengkap dengan tanda nama dan lencana seperti Ketua Pengawas Sekolah.
Rata-rata peminat terpegun dengan kecomelan penyanyi kesayangan mereka malah Tok Ti juga cukup ‘spoting’ melayan karenah peminatnya.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi kemeriahan majlis tersebut melalui foto-foto yang diambil menerusi akaun Instagram Dato’ Siti (@ctdk) dan juga @rozisangdewi.
|