CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 6

[Tempatan] Kuasa guru merotan murid telah ada sejak 1959

[Copy link]
Post time 2-2-2015 12:58 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957 yang memberi kuasa kepada guru untuk merotan murid.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, KPM perlu melihat semula peraturan sedia ada sama ada boleh ditambah baik atau diubah kerana situasi sekolah pada hari ini berbeza dengan zaman dahulu.

“Pekeliling tersebut digubal pada tahun 1959 yang mana pada ketika itu merotan tidak menjadi isu seperti sekarang.

“Guru-guru turut melahirkan kebimbangan bahawa mereka akan dikenakan hukuman sekiranya merotan disenaraikan sebagai satu jenayah, walaupun dalam pekeliling itu membenarkan guru untuk merotan murid,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Berdasarkan peraturan itu, KPM memberi kuasa kepada pengetua atau guru besar untuk menjalankan hukuman merotan bagi menjaga disiplin murid-murid yang juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 05:35 AM | Show all posts
zaman tok aku...dah ado public canning lah....dibuek maso assembly ...hanya guru besar yang lakukan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 2-2-2015 06:30 AM

Sama ada  madam lok ni xbaca pekeliling terbaru atau wartawan tulis xhabis..lapor sekerat2.. Sbb seriusly sbg guru madam lok patutnya mm sedia maklum dah pasal hukuman rotan ni..tatacara dan siapa yg boleh rotan... Mustahil dia xtahu.. Tu yg saspek laporan ni ditulis xsepenuhnya .... Ce kabo skit guru mn yg boleh rotan n tatacara merotan ikut pekeling terkini? Sama ke mcm zmn 60 an dulu? Jgn kt 60 an.. 80 an 90an?

Wartawan jgn tulis ikut sedap jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak-budak skrg mengada-ngada....nanti jentik pun tak blh...klu marah , dikata penderaan mental pulak...


Biar je dorang nk buat apa....
Pasangan ideal ni mesti setuju kan @razhar @dino kannnn.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mdm Lok x buat homework ni.. Dah bertahun guru x dibenarkan gunakan rotan. Semua kena guna psikologi... Tp cikgu anak2 akak semua akak dgn suami beri rotan diawal tahun utk diaorg gunakan utk mendidik. Setakat ni, rotan tapak tgn aje. Yang sulung je kena kat punggung sbb agak nakal.   Alhamdulillah, skrg dah OJT dan jadi trainee yg dicontohi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayah pn, jgn over protective... Ada tu cikgu suara tinggi sikit, x blh.. Dah kalau cikgu suara biasa, mana la bebudak naknak dpt dengau. Jentik x yah citer la.. Kalau kena jentik, cepat aje dtg sekolah marah cikgu. Kena selidik dulu kenapa dijentik anak tu... Jgn melulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2015 10:24 AM | Show all posts
kalau guru pun lembik cmne la murid nk dengar cakap.
ak perasan guru sekarang mcm lembut sgt. x mcm dulu kalau x hinggap pembaris besi kt tangan tak sah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.498712 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list