Edited by yipun_78 at 30-1-2015 06:54 AM
Pelakon utama Manisnya Cinta Di Cappadocia, Fazura, 31, meluaskan lagi perniagaannya dengan menawarkan suplemen pelangsingan badan jenama FazFit yang mana ia adalah ilham darinya sendiri. Keberkesanan produk tersebut diakuinya sendiri apabila berat badannya turun sebanyak 3kg dalam masa 10 hari. Menurut Fazura, suplemen pelangsing badan tersebut perlu diikuti dengan senaman. Baginya, mengharapkan ubat semata-mata untuk kurangkan berat badan adalah cara hidup yang tidak sihat. “Saya dah amalkan produk ini selama 4 bulan dan Alhamdullilah ia berhasil. Disamping itu juga saya turut bersenam bagi membantu mempercepatkan lagi proses pembakaran kalori dan lemak. “Sejak itu, saya kurang selera makan dan badan pula semakin ringan. Apa yang penting adalah produk ini perlu banyak minum air. “Saya harap ia dapat membantu orang ramai dengan izin Allah untuk kekal langsing,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk pelangsingan FazFit di J.W. Mariott Hotel, Kuala Lumpur, petang tadi. Formulasi FazFit ini turut memperoleh kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Produk tersebut menggabungkan pelbagai ramuan berkualiti yang telah digunakan secara tradisional dalam membantu mengurangkan berat badan serta mampu membuang angin dalam badan. FazFit ditawarkan dengan harga RM119 (Semenanjung Malaysia), RM129 (Sabah dan Sarawak) dan $51 dolar (Singapura dan Brunei). Ia mengandungi 30 biji kapsul dan boleh didapati daripada stokis yang dilantik bermula 2 Februari depan.Maklumat lanjut mengenai produk pelangsingan badan ini boleh menghubungi Encik Rozam Abdul Rahman di talian 019-2538057 atau melayari laman web www.dolldomination.com.my.
|