View: 3742|Reply: 14
|
[Tempatan]
Di Malaysia ada 73 logo halal sah – JAKIM
[Copy link]
|
|
Bercakap tentang halal, apa yang tertanam di minda masyarakat Islam di negara ini hanyalah logo yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).
Tanpa logo tersebut, persepsi masyarakat terus meletakkan produk yang menggunakan logo lain sebagai tidak halal atau menjadi was-was untuk dimakan.
Masyarakat tidak akan peduli untuk melihat produk tersebut dikilangkan di mana kerana apa yang penting, logo halal mesti daripada Jakim.
Seperti yang dilaporkan MalaysiaGazette semalam, tiga produk makanan daripada jenama sama yang dijual di pasar raya menggunakan tiga lago berlainan.
Yang menjadi pilihan adalah produk yang menggunakan logo halal Jakim manakala dua lagi menimbulkan keraguan.
Menjawab persoalan ini, Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Nadia Zammil berkata, masyarakat Islam di negara ini tidak perlu was-was untuk membeli barangan yang tidak menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana semua logo adalah dari negara pengeluar yang diiktiraf halal oleh Jakim.
Kata Nadia, terdapat 73 logo halal dari seluruh dunia yang boleh digunapakai di Malaysia untuk semua produk yang diimport.
"Hanya produk yang dikilangkan di dalam negara sahaja yang akan menggunakan logo halal yang dikeluarkan Jakim dan pengguna beragama Islam kena tahu hal itu.
"Kalau nampak logo yang bukan dikeluarkan Jakim, tengok siapa pengeluar produk tersebut. Jika dari negara lain, itulah logo halal negara asalnya dan Jakim telah sahkan ianya halal," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.
Menolak logo dari negara luar sebagai tidak asli, Nadia menjelaskan, semua produk yang dibawa masuk untuk pasaran negara ini telah dipantau sepenuhnya oleh Jakim.
"Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai sijil halal Jakim, orang ramai boleh melayari laman web Jakim dan rujuk ruangan halal," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tepek sikit gamba logonye |
|
|
|
|
|
|
|
P cek kt portal halal jakim tu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak ingat
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena print letak dlm beg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai kene laminate sekali ni....gantung kat tengkuk hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama kan ada attachment pdf file kat website jakim tu.. mmg standby je hardcopy dlm beg and softcopy dlm henpon bila p supermarket, senang nk check luar negara punya logo yg jakim iktiraf..
hehe, tp kene slalu check sbb document tu ada version, kdg2 JAKIM ada disqualify some logo, and ada yg tambah logo baru.. mmg ikot by country, sgt senang nk check n confirm which product yg bole beli dgn senang hati tanpa ragu dan was was |
|
|
|
|
|
|
|
igt malaysia je ke ade.org islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kuasa jakim sampai ke luar negara ker nak pantau makanan yg dimport. |
|
|
|
|
|
|
|
Gunakan tanpa was was.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|