CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5935|Reply: 22

Kawan aku putus harapan

[Copy link]
Post time 17-1-2015 11:28 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua forumers...Aku tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita , tapi aku harap forumers dekat sini boleh bagi pandangan dan nasihat supaya aku boleh bantu sahabat aku ini .
Aku bukannya nak aibkan dia , aku cuma nak tolong dia tapi aku dah tak tahu macam mana aku nak tolong .
Aku tak pandai nak pujuk orang , dan aku memang gagal dalam bab2 nak bagi kata2 semangat ni .
Aku ada seorang sahabat . Aku panggil dia N . Aku dengan N ni dah kawan lama , sejak daripada sekolah menengah lagi .
Habis sekolah menengah , kami berdua dapat masuk kolej , ambik bidang yang sama dan jadi roomates selama 3 tahun .
Masa mula2 aku kenal N , aku tahu dia ini pemalu dengan lelaki . Tapi masa tu aku ingat benda ni normal sebab kami budak2 berhingus masa tu .
Bila dah masuk alam kolej , perangai N masih tak berubah . Dia masih malu dengan lelaki .
Ada dua tiga orang lelaki cuba nak bercakap dengan N , tapi N cuma layan sepatah dua dan terus senyap .
Dia akan blah ke tempat lain dan tinggalkan kawan2 lelaki tu macam tu aje .
Disebabkan sikap dia ni , ada orang ingat N lesbian dan aku ni aweks dia .
Aku mula2 ada jugak tanya kenapa dia perangai macam tu , N cuma jawab dia geli dengan lelaki . Dia rasa tak selesa kalau bercakap dengan lelaki . Aku rasa pelik , sebab aku fikir nak geli apanya kalau bercakap dengan lelaki . Cakap ajelah . Buat macam bercakap dengan perempuan . Tapi N kata lain . Cakap dengan lelaki tak sama cakap dengan perempuan . N kalau dengan perempuan macam2 benda dia boleh cakap , tapi kalau ada seorang lelaki datang menyelit tiba - tiba , dia terus jadi kaku dan tengok2 dia dah blah ke tempat lain .
Aku cakap dengan N yang dia tak boleh terus berperangai macam ni . Dia kena atasi "masalah"dia tu . Susah nanti kalau dia nak masuk alam kerja . Tapi setakat ni , aku tengok kalau ada group assignment dengan lelaki , N boleh aje bagi commitment , tapi kalau rakan2 lelaki tu macam melencong cakap ke arah lain , N terus diam , senyum sikit dan  blah .
Aku tanya N dia tak teringin ke nak ada pakwe ? N cakap dia tak nak . Aku fikir okey...mungkin sebab kitaorang muda lagi , jadi N malas nak serabutkan kepala otak dia .
Bila aku jadi roomates N , aku dapat tahu dengan lebih mendalam pasal dia .
N kalau tidur waktu malam , kadang2 dia akan bangun tiba2 dan terus menangis .
Aku ingatkan dia kena rasuk , atau ada apa2 masalah , tapi bila aku tanya keesokan harinya dia cakap yang dia mimpi kena makan dengan raksasa .
Aku terima alasan dia , dan selalu suruh dia basuh kaki kalau nak tidur .
Tapi suatu hari tu aku terbaca diari dia..okey, bukan terbaca . Diari dia jatuh terbukak kat atas lantai . Aku ambik dan terpandang beberapa ayat yang aku rasa macam nak baca lagi..
Dalam satu muka surat yang aku baca tu , aku cuma boleh buat kesimpulan yang N diperkosa masa dia kecik . Bila aku dapat tahu , aku rasa macam tak lojik . Aku rasa macam apa yang aku baca tu salah . Aku nak tanya N tapi aku tak berani . Aku takut kalau dia tuduh aku yang bukan2 . Tapi dalam masa yang sama aku rasa sedih sebab aku ini sahabat dia . Dia patut share apa sahaja dengan aku kan ?
Suatu malam tu N terbangun daripada tidur dan menangis . Masa tu aku pujuk dia , hulur air masak dan suruhkan dia tenangkan diri .
Dia dah nak tidur balik masa tu , tapi aku tahan . Aku dah tak mampu nak simpan rahsia tu , aku tanya dia dan suruh N berterus - terang .
N macam terkejut , tapi lama2 dia mengaku .
Dia cakap yang dia diperkosa masa dia kecik dengan ayah mengasuh dia .
Masa dia kecik , mak ayah dia tinggalkan dia dengan sorang mak cik ni untuk tolong jaga dia .
Dia anggap mak cik ni macam mak dia sendiri , malah dia panggil mak cik tu ibu . Yang lelaki keparat tu dia panggil ayah .
Masa benda tu berlaku , dia tak tahu dia kena rogol . Dia cakap dia baru berumur 10 tahun .
Dia bodoh lagi masa tu , mana nak tahu apa yang jadi .
Tapi bila dah masuk sekolah menengah , dan diaorang pun dah berpindah ke tempat lain , baru dia tahu yang dia kena rogol .
Aku bila dengar dia cerita rasa macam nak tumbuk seseorang sebab aku tahu keluarga dia masih berhubung lagi dengan orang yang mengasuh dia ini .
Mak ayah N memang tak tahu apa2 sebab N cakap dia tak tahu macam mana nak cerita .
Tapi setiap kali dia tengok muka lelaki keparat tu , dia rasa macam tak boleh nak buat apa2 .
Benda dah lama..N pun sekarang dah besar .
Baru2 ni N cakap dekat aku , yang ibu dengan lelaki keparat tu nak pergi buat umrah..
N rasa macam tak adil...dia tak tahu kenapa dia yang jadi mangsa , dan sampai sekarang lelaki keparat tu tak kena apa2 bala daripada Tuhan .
N mula mempersoalkan kenapa dia ? Apa salah dia ? Dia kecik lagi masa tu , dan dia tak tahu apa2 pun.
N cakap dengan aku yang dia tak rasa nak kahwin , sebab dia rendah diri .
Aku pujuk dia , aku cakap benda dah jadi pasti ada hikmahnya..tapi N macam tak nak dengar cakap aku .
Aku takut kalau memang betul N tak nak kahwin , sebab aku kasihan dengan sahabat aku tu .
Dia duk membebel cakap mak ayah dia dah beberapa kali cakap pasal kahwin - memandangkan semua kengkawan yang lain dah kahwin .
Aku rasa N dah putus semangat dengan hidup . Apa yang patut aku buat ?
Patut ke aku biarkan aje N terus hidup macam sekarang ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2015 09:06 AM | Show all posts
macam raj dlm the big bang theory
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 10:41 AM | Show all posts
jenis nie suruh nikah paksa ja.. tp menikah ngan manusia budiman dan penyabar la.. bila dah nikah dah tanggungjawab dia boleh beza kot ketakutan dan kasih sayang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 07:25 PM | Show all posts
  sukar nak nasihat sebab dendam dari kisah lama tetap membara. kawan nko tu x bersalah. dia kena maafkan diri dia sebab bukan salah dia. dia mangsa. budak2 umur 10 tahun apa sangat yg boleh buat utk pertahankan diri. kesian. ditanya kenapa bala tak berlaku pada org tua tu.. setiap apa saja yg dibuat, baik atau buruk.. tetap akan diperhitung. dunia boleh lepas xpi di padang mahsyar kelak, berdepan mahkamah Allah SWT.. boleh ke lepas?

Hubungan dia dengan lelaki, aku rasa x perlu nk paksa dia. klu dia rasa x selesa, biarkan je. nko temankan dia je. Dia perlukan kawan tu. Isikan diri dgn nilai agama, solat jgn tinggal, mengaji selalu... jika tidak jiwa kosong akan tetap kosong.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 10:21 PM | Show all posts
aduh.. kesiannya.. x terkata..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 02:16 PM | Show all posts
once dia dah jumpa jodoh dia, dia akan berkahwin.

ko jangan jgn risau. Insya Allah. Allah Yang Maha Menentukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2015 03:06 PM | Show all posts
ask her to make peace with the past.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 01:57 AM | Show all posts
when baca u say kawan u ada prob ngn laki and dia x les,
i dah terfikir she is a victim, and i was rite..
siannye dia.
im not that good to give advice, and ni just pandangan sy..

u cant forced her utk berkawan ngn laki sebab dia ada rasa takut dlm diri dia,fobia, trauma..
so, the best thing u can do just teman dia and be with her,
or maybe u can make group study xpun mkn2 ke ngn kwn2 and mix with laki
to build her relationship with kawan laki, tp jangan sesekali tinggalkan dia sorg ngn laki.
she still scared and u must be with her..

tendency dia still wondering kenapa dia..? dll..?
tu normal sebab mcm u kata the bad guy still xkena apa2 tindakan. so, yang dia nampak kesan tu hanya pada dia and tu yang buat dia tertanya2 and blame diri dan takdir dia..
kalau dia nak laki tu terima hukuman, she should be brave utk wt report, paling x pun just inform her family. so, u as kawan dia mungkin boleh discuss pasal ni dgn dia but kalau dia xnak jugak better stop paksa dia..

just remind her, bila2 dia rasa nak blame diri dia or keep on asking why
suruh dia banyakn zikir, selawat, baca quran and doa..
Allah tu sentiasa ada dengan kita cuma kita je yg jauh dr DIA.

perasaan kat laki tu xpayah layan sgt, xpyh pikir pasal kawen pun lagi.
eloknye u try to bring back kepercayaan dia utk kenal and kawan ngn laki.
atleast to make she think not semua laki macam tu and buat dia rase selesa nak berkawan ngn laki..
pasal kawen tu when the rite time, she will meet her soulmate.
janji Allah tu pasti kan. so it will come suatu hari nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Kesiannya...
Cerita jerlah dgn mak dia... Harapnya laki tu gi mekah Allah balas cash kt sana..

Geram pulak bc...me rasa biar jerlah dia.. Dia masih trauma... Insyaallah 1 day mende tu sumer akn hilg..tp u sbg kawan jgn putus asa bg sokongan kt dia... Insyaallah 1 day akn ada jodoh utk dia..u sbg kawan doa dia dpt jodoh yg baik.. Buat sementara ni u biar je dia...n teruskn tenangkn dia bila mlm2 dia nangis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:26 PM | Show all posts
please get your friend tu proffesional help, bawa dia pegi jumpa kaunsellor/ustazah yg ada kelayakan dlm bidang kaunselling  sebab obviously dia ni trauma...
try call befrienders and ask how to get help.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 09:11 PM | Show all posts
childhood trauma nie bukan senang nak hilang...

nak paksa2 dia kawin ke, paksa2 ade bf ke i dunno if its a good solution for her.

if me, i'll encourage her to seek for professional help. pegi hospital minta jumpa counselor. try tanya kat hospital kerajaan. sebab kadang2 benda2 macam nie kita pun taktau ape tindakan yang sesuai yang boleh kita buat kan. better dengar nasihat yg pakar.

kalau u nak jumpa doktor klinik/ counselor pon boleh jugak, cerita masalah kawan u nie lepas tue tanya doktor klinik /counselor tue, sebagai kawan ape yang patut u buat utk tolong kawan u. doktor klinik kdg2 dia ade networking luas, boleh refer kawan u kat the right channel.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah sedihnye kisah hidup N tu,
Sebak aku bace...

yg dy tjage tgh malam lpas tu
menangis tu, mesti dy mimpi saat2
dy kene rogol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 11:40 AM | Show all posts
panjang plak cite ko...nti aku smbg baca ek
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 05:34 PM | Show all posts
Aku pun pernah kena rogol.

Tapi  orang yang rogol aku tu dah mati eksiden 20 tahun lepas.

Effectnya sampai sekarang lah.

Life goes on, aku cuba hidup macam orang normal walau pun................................................................................................................... biarlah rahsia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 07:52 PM | Show all posts
kawan aku pergi rumah mengasuh dia tempoh hari sebab diaorang akan berangkat dalam hujung minggu ni..
aku tak berani nak tanya samada dia okey atau tak , tapi bila dia balik bilik dia terus tidur dengan tak mandi apa..
aku tengok dia selebung satu badan dengan selimut , dan aku tahu dia tengah nangis sebab dia mana pernah pakai selimut kalau nak tidur..
esok pagi dia tanya aku samada patut ke dia layan perasaan dendam dia ?
aku sendiri tak tahu apa patut aku jawab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 07:53 PM | Show all posts
kawan aku pergi rumah mengasuh dia tempoh hari sebab diaorang akan berangkat dalam hujung minggu ni..
aku tak berani nak tanya samada dia okey atau tak , tapi bila dia balik bilik dia terus tidur dengan tak mandi apa..
aku tengok dia selebung satu badan dengan selimut , dan aku tahu dia tengah nangis sebab dia mana pernah pakai selimut kalau nak tidur..
esok pagi dia tanya aku samada patut ke dia layan perasaan dendam dia ?
aku sendiri tak tahu apa patut aku jawab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 09:46 PM | Show all posts
Hanya dgn mengingati Allah, hati dan jiwanya akan menjadi tenang.  TT ajaklah dia kembali kpd ajaran agama Islam sbb dari cara dia mempersoalkan itu ini, dikhuatiri aqidahnya akan lari.  Beritahu pdnya tiada guna berdendam kerana duni ini hanya sementara, yg kita kejar ialah kehidupan di akhirat.  Ajaklah dia solat tepat pd waktu, solat dgn kusyuk, baca Al Quran, beristighfar, bertahajud dll.  Hanya TT yg tahu rahsianya sekarang maka TT jadilah seorg sahabat yg baik, yg boleh memimpinnya ke jannah.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:03 AM | Show all posts
jangan putus harapan..
ok saya bgtau awak ya... ramai sebenarnya yg senasib dgn kawan awak ni
kalau ikutkan dendam... tentu ada yg mati
kalau ikutkan amarah... tentu ada yg parah

certain2 benda yg berlaku dalam hidup ni kita mmg takkan faham kenapa berlaku..
saya ada kawan yg begini juga..bukan seorang tapi 2 org
mereka juga kdg2 buntu fikir kenapa benda ni terjadi kat dia..
mereka cuba accept..jalani hidup mcm biasa.. dendam kat lelaki tu tiada tapi both masih trauma
so mereka berkawan dgn lelaki tapi utk terima lebih dari tu..mereka masih trauma
tapi urusan hidup yg lain2 mereka teruskan sebaik mungkin

bagi la dia masa.. benda ni bukan boleh main lupa2 mcm tu jer. jgn push dia
mereka mmg takde bercerita pasal kisah hitam ni lagi.. tapi aku tahu kdg2 mereka teringat..mereka sedih..

semua org dpt ujian..diuji ikut kemampuan masing2

moga kawan awak dilindungi




Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 10:22 AM | Show all posts
itula ramai lelaki sampah, sbb itu sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:01 PM | Show all posts
hbms replied at 18-1-2015 09:06 AM
macam raj dlm the big bang theory

ha ah..hadoi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.067198 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list