CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Ezzie

Koleksi Ezzie - IMPIAN MUNIRAH ( UPDATE 16/11/15 - PAGE 3)

[Copy link]
 Author| Post time 16-11-2015 02:19 PM | Show all posts
BAB 3

        “Budak tomboy tu nak tanam pokok? Pokok apa dia nak tanam? Duduk pun menumpang, ada hati nak tanam pokok,” bergema tawa Hadi mendengar berita yang dibawa Salim.

        “Alah kau tahu-tahu ajelah Si Tom tu macam mana. Bukan betul pun dia tu. Kejap nak buat tu, kejap nak buat ni, sudahnya....kat kilang air tu jugak yang dia kerja. Tanah sejengkal tu apa yang boleh ditanam. Tanam kangkong pun tak lepas,” sakan Salim dan Hadi gelakkan Munirah.

        Sepanjang mengenali Munirah, Hadi tahu Munirah jenis yang keras kepala, sukar dilentur dan yang paling tak tahan, mulutnya tu. Kalau dah mula marah, macam-macam perkataan keluar, sampai kadang-kadang rasa nak je bagi penampar tapi mana boleh, pujaan hati tu. Depan kawan-kawan Munirah nampak macam musuh tapi bila depan Munirah...tulah pujaan hati. Lembut gigi dari lidah bila bercakap. Mana boleh tunjuk depan kawan-kawan, nanti confirm dia kena kutuk ‘kaw-kaw’.

        “Projek pisang kau macam mana sekarang? Aku nampak hari-hari Taukey Leong datang kebun kau.”

        “Alhamdulillah....sekarang ni banyak buah dah tua. Taukeh Leong tu datang hari-hari sebab nak ambik serai yang aku tanam kat belakang tu. Bukannya nak ambik pisang je. Kalau setakat nak ambik pisang je, dia datang seminggu sekali,” terang Hadi sambil membaringkan diri dalam pondok yang dibina untuknya berehat.

        “Kencang income kau sekarang. Dulu kau tanam pisang je, ni senyap-senyap kau tanam serai pulak. Buat duit betul kau ek,” kagum Salim dengan sikap Hadi.

        “Aku sayang tanah kosong kat belakang tu. Lagipun kalau nak harapkan pisang je, mana boleh tahan beb. Seminggu sekali baru la dapat pegang duit. Sekarang ni pulak barang makin mahal, adik-adik aku semua sekolah lagi. Kalau nak harapkan duit pisang je...kebulur la adik-adik aku,” lemah Hadi menerangkan. Keluhan halus terlepas dari bibirnya. Bukan meratap nasib diri tapi kadang-kadang terselit sedikit kesal dengan sikap arwah ayahnya. Siapa tak kenal dengan arwah Pak Deris, samseng merangkap kaki judi paling tegar di kampungnya.

        “Kau tanam serai kat mana? Tak nampak pun serainya,” ujar Salim sambil matanya meliar mencari serai yang ditanam Hadi.

        “Kat belakang sana. Kalau dari sini memang la kau tak nampak tapi kalau kau pergi belakang sana, kau nampak la serainya. Kau nak tengok ke kat mana aku tanam serai? Kalau kau nak tengok aku boleh tunjukkan,” ujar Hadi seraya bangkit dari pembaringan.

        “Boleh jugak, aku pun dah lama tak pergi belakang sana. Mana tahu rezeki aku ada pulak pisang yang masak, boleh aku mintak sikit,” sengih Salim.
‘Muka tak malu betul aku ni, main mintak je. Ikut sedap anak tekak je main mintak-mintak orang punya,’ bisik hati Salim.

        “Kalau kau nak makan pisang, ada kat dalam pondok ni. Aku baru ambik tadi tapi kau kena peram dulu la. Aku tak boleh biar pisang masak kat pokok, nanti habis dimakan binatang,” terang Hadi sambil berlalu ke dalam pondok.

        “Biar jelah dulu, sekarang kau bawak aku tengok kat belakang sana. Tak sabar dah ni nak tengok projek serai kau,” ujar Salim penuh minat.

        “Jom tapi sebelum tu aku kena kunci pintu ni dulu. Kalau tak kunci pintu ni....alamatnya tinggal lantai jelah pondok aku ni,” pantas tangan Hadi mencapai mangga kunci yang tergantung di dinding pondoknya. Sengaja dibuat tempat mengguntung kunci di tepi dinding pondoknya, senang nak gantung kunci yang kadang-kadang sampai penuh poket seluar.

         Hampir terbeliak mata Salim melihat serai yang ditanam Hadi. Dahla banyak, gemuk-gemuk pulak tu. Serai dengan pisang semua sihat walafiat tapi tuan yang menanamnya....alahai macam tak cukup zat la pulak.

          “Kau tanam semua ni sorang-sorang ke Hadi?” tanya Salim tak percaya.

         “Kau ingat aku mampu ke nak upah orang? Dari aku upah orang baik aku tanam sendiri,” pantas kaki Hadi melangkah meninggalkan Salim yang masih tercegat di tepi kebun serainya. Mujurlah ada tanah peninggalan arwah datuknya, boleh juga diusahakan. Kalau nak harapkan kerja kat kilang air tu berapa sen sangatlah gajinya.

          Masa mula-mula habis belajar dulu ada jugak dia bekerja dekat kilang air tu tapi bila poket asyik kering je, dia mula ubah haluan. Alhamdulillah…usahanya kini membuahkan hasil. Walau tidak sebesar mana pendapatan yang diperolehi tapi cukuplah untuk dia menampung perbelanjaan adik-adiknya. Sebagai anak sulung, segala tanggungjawab arwah ayahnya terpikul di bahunya.

         “Fuhhhh…aku salute la kat kau. Macam ni punya luas kau tanam sendiri. Kalau aku la….kompom aku upah orang punya. Mau patah pinggang aku nak buat semua ni,” sekali lagi rasa kagum menular dalam hati Salim.

          “Kau lain Lim…mak bapak kau orang senang. Kerja pun bagus-bagus. Aku ni…kau tau jelah arwah bapak aku tu sapa. Mak aku pulak bukannya sekolah tinggi. Setakat darjah enam, kerja apa yang dia boleh buat. Nasibla arwah atuk aku ni ada kebun, merasa jugakla duit kalau tiba musim buah. Kalau tak, pandai-pandai la mak aku macam mana nak buat dengan gaji dia kerja kat kilang air tu,” ada rasa ngilu mengalir dalam hatinya saat kata-kata itu keluar dari bibirnya.

           “Tu semua ketentuan Allah. Dah la, tak mau sedih-sedih, dah macam tempe basi muka kau tu,” sakat Salim sambil pantas berlari.

           “Hantu kau Salim....kau lari la, kau lari. Ingat aku tak dapt kejar ke,” jerit Hadi seraya berlari mengejar Salim. Jelas tawa kedengaran menghiasi kesunyian kebun Hadi namun tanpa sedar gelak tawa dua sahabat itu mengundang luka di hati insan lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2015 02:23 PM | Show all posts
Edited by Ezzie at 25-11-2015 10:55 AM

BAB 4


      Pedih...hanya itu yang dirasakan saat ini. Siapa sangka kawan yang selalu bergurau senda, tempatnya meluahkan segala rasa, rupanya hanya manis di depan tapi menikam dari belakang. Hajat hati untuk berkongsi kegembiraan yang ditemui dalam Google malam tadi rupanya membuka ruang untuk mengenali siapa Hadi yang sebenarnya. Tanpa sedar ada cecair jernih mengalir di matanya. Pantas air mata disapu kasar.

      “Tak pe Hadi, aku akan buktikan aku akan berjaya. Hari ni kau gelakkan aku tapi bila sampai masanya, kau akan tahu langit tu tinggi ke rendah. Kau tengokla nanti,” pantas Munirah melangkah meninggalkan kebun Hadi.

      Pagi tadi dia bangun dengan semangat yang berkobar-kobar, ingin menceritakan apa yang dibaca dalam satu laman web berkenaan dengan penanaman taugeh. Cukup mudah dan tidak memerlukan banyak ruang. Munirah yakin, dia mampu melaksanakannya. Namun hasrat hatinya berkecai saat dia mendengar kutukan dari Hadi. Kalau kata-kata itu keluar dari mulut Salim, dia tak kisah tapi ni...dari mulut Hadi sendiri. Tergamak Hadi.

      Bagi Munirah Hadi umpama obor yang membakar semangatnya untuk berjaya. Dia kagum dengan pencapaian Hadi. Tiada siapa yang mampu menandingi Hadi. Walaupun Hadi cuma  lepasan SPM tapi Hadi cukup optimis dalam menentukan hala tujunya. Mana ada anak muda sebaya Hadi yang tega menjadi pekebun, bergelumang dengan selut dan debu. Memerah keringat saat rakan sebayanya sedang enak mecari ruang untuk memikat gadis. Hadi lain, tidak pernah dia mendengar cerita mengenai kisah cintanya dengan mana-mana gadis di kampungnya atau pun kampung-kampung berhampiran.

      Bukan Hadi tiada rupa, malah Hadi dalam kategori yang handsome, ada iras-iras Yusri KRU tapi versi gelap, mungkin kerana selalu dibakar dek mentari. Kalau Hadi berada di bandar, mungkin ramai yang terpikat tapi apakan daya, bila berada di kampung, segalanya terlalu jauh berbeza.

      “Adui,” Munirah terjerit saat tubuhnya dilanggar dari tepi. Nasib dia sempat berpaut pada dahan senduduk, kalau tak mahu jatuh terduduk dibuatnya.

      “Sakit jugak kau rupanya ek. Ingat kau ni ‘jantan’ sangat tapi...alahainya lemah macam ‘sotong’,” kutuk Zara a.k.a Zakiah. Zara la konon, nak nama glamour gitu tapi hakikatnya....hanya Tuhan je yang tau.

      “Woi Kiah, kau jangan main kasar! Kau pernah rasa tak makan nasi dengan straw? Kalau kau nak rasa sangat, aku tak de hal nak bagi punya. Dah lama selipar aku ni tak makan orang,”dah la hati yang panas tadi belum sejuk, ada pulak yang curah minyak. ‘Memang ada yang dapat ubat hari ni. Karang tak pasal-pasal gigi minah ni berterabur kat sini,’ desis hati Munirah geram.

      “Eeee...takutnya kita, takutnya. Podahhhh...ingat aku takut ke? Tolongla. Kita tengok sapa yang makan nasi dengan straw nanti,” kata-kata Zara cukup membuatkan Munirah panas hati. Tanpa sedar kakinya melangkah menghampiri Zara dan terus kolar baju Zara ditarik kasar.

      “Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan ulang tiga empat kali tau. Aku tak cari pasal dengan kau, so kau jangan suka-suka nak cari pasal dengan aku. Sekali lagi kau buat macam ni, aku tak teragak-agak nak bagi kau rasa selipar yang aku pakai ni. Kau jangan ingat aku tak berani nak buat,” ujar Munirah keras sambil menolak kuat tubuh Zara. Hampir terduduk Zara dibuatnya. Tanpa sepatah kata, Zara terus berlalu dengan wajah yang pucat lesi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:37 AM | Show all posts
wah..munirah nak jadi petani moden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.172023 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list