View: 3266|Reply: 20
|
[Jenayah]
2,067 sarang pelacuran di Selangor - Polis
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM 14 Jan. - Sebanyak 2,067 premis di seluruh negeri ini dikenal pasti sebagai sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks pelacur warga asing.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, premis berkenaan melibatkan spa, rumah urut, hotel, karaoke, bar serta salon yang kini dalam pemantauan pihaknya dan akan diperiksa secara berterusan bagi tujuan pembanterasan.
Menurutnya, bagi tujuan itu, Op Noda Khas telah digerakkan sejak 18 November tahun lalu dengan melibatkan 2,969 serbuan di seluruh negeri.
“Hasil serbuan, polis berjaya menangkap 1,781 individu membabitkan 1,363 wanita dan 124 lelaki warganegara asing serta 28 wanita dan 266 lelaki tempatan.
“Wanita warga asing itu terdiri daripada 717 Vietnam , 299 Thailand, 162 China dan beberapa negara lain termasuk Indonesia, Laos, Bangladesh dan Kemboja,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Abdul Samah berkata, polis juga berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi melaksanakan kerja-kerja pemotongan utiliti di premis yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti maksiat.
“Berdasarkan tangkapan dan serbuan itu, kita dapati trend menunjukkan wanita Vietnam kini merupakan antara golongan paling banyak terlibat dalam aktiviti pelacuran.
“Daripada maklumat yang diperoleh, wanita Vietnam didapati menawarkan harga yang lebih rendah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Samah menjelaskan, indeks jenayah di Selangor mencatat penurunan sebanyak 15.68 peratus pada tahun lalu.
“Semua kategori jenayah menurun pada tahun lalu dengan 36,308 kes berbanding 43,059 kes pada 2013,” katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan dua balai polis bergerak dan 17 kenderaan yang diterima daripada kerajaan kepada IPK Selangor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Azmin Eskrem... |
|
|
|
|
|
|
|
sarang ni mesti baru stat thn 2008 kannnn...seblum 2008 lsg takde
|
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil replied at 15-1-2015 09:01 AM
Abam @spiderman80 .... sepatah dua kata plzzz...
Apa ingat Spidey bapak ayam kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Laa..polis buat apa selama ni? ... Kalau tak boleh handle, bagi je lah kerajaan negeri buat polis sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat kelantan lagi banyak pusat pelacuran....sebab tulah dorang kena CASH Tsunami.
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak BN merintah pun dah ada kan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah Ada statistik Dan kenalpasti tapi bersepah lg pusat maksiat di lembah klang ni. Sampai bila pun xkan hapus Kalau perlaksaan hanya atas kertas |
|
|
|
|
|
|
|
funny...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat melacur kat Spa....pompuan Vietnam dari dalam flight ke KL dah siap senyum2 main2 mata dengan passangers lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by salimrock at 16-1-2015 08:25 AM
“Berdasarkan tangkapan dan serbuan itu, kita dapati trend menunjukkan wanita Vietnam kini merupakan antara golongan paling banyak terlibat dalam aktiviti pelacuran.
“Daripada maklumat yang diperoleh, wanita Vietnam didapati menawarkan harga yang lebih rendah,” katanya....
dah macam hypermarket giant pulak...
kami menawarkan harga yg lebih rendah
patut la ramai amoi2 gersang....bf / leng cai gi toron awek vietnam....
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis boleh raid jer dol..yang boleh tutup and sita is PBT.
Tu pasal..kalau polis raid sampai 1000 kali pun, pbt tak sita or tutup tak guna jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Err sape nak.no.FL? |
|
|
|
|
|
|
|
seboleh-boleh nak salahkan bn juga.. best betul jadi pr ni..dah jadi kerajaan..bila ada masalah..peninggalan bn katanya.. sebelum pr amik alih pun dah tahu banyak masalah dalam pentadbiran bn..sebab tu rakyat pilih pr..tapi xkan dah dekat 10 tahun memerintah masih salahkan peninggalan bn..
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tangkap pelacur ni polis...
kalau polis tak larat nak buat kerja, bagi je kuasa kat kerajaan negeri...
maklum lah, polis banyak kerja lain yang lebih mustahak seperti nak tangkap penjenayah besar yang menjenayah dibawah akta hasutan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang kata kadar jenayah di kuala lumpur tinggi, macai2 felda pprt ni salah kan polis ke atau salahkan kementerian wilayah atau dewan bandaraya?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|