View: 2872|Reply: 0
|
Facebook bantu cari kanak-kanak hilang
[Copy link]
|
|
Facebook bantu cari kanak-kanak hilang
- Contoh mesej "Amber Alert - Foto Facebook
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Pengguna Facebook di Amerika Syarikat akan menerima mesej kehilangan dan penculikan kanak-kanak melalui sistem amaran yang dikenali sebagai "Amber alert" tidak lama lagi.
Facebook Inc. akan menghantar mesej pemberitahuan untuk penggunanya jika mereka berada di sekitar kawasan kejadian kehilangan atau penculikan tersebut.
Pengurus Keselamatan Facebook, Emily Vacher berkata, sistem amaran ini akan dilengkapi dengan maklumat berkaitan termasuk gambar kanak-kanak yang hilang.
“Sistem ini sangat komprehensif dan pelengkap semua sistem yang berada di luar sana. Sistem pesanan ringkas dan papan tanda di jalan contohnya yang diguna pakai tidak termasuk gambar dan terdapat kekangan bilangan huruf,” katanya.
Memetik The Washington Post, Emily berkata, ia akan meneliti setiap amaran kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak sebelum menguar-uarkannya.
Rangkaian media sosial itu akan melihat dahulu maklumat lokasi pengguna untuk menentukan siapa yang dapat melihat amaran tersebut, kemudian boleh memilih untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan rakan-rakan mereka.
"Mesej ini hanya akan diberikan kepada pengguna yang berada di sekitar kawasan kejadian sahaja" katanya lagi.
kredit:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|