CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2417|Reply: 7

[Tempatan] Derita sejam tersepit tangan

[Copy link]
Post time 14-1-2015 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 14-1-2015 08:26 AM

Melaka: Seorang pekerja kilang membuat batu-bata menderita selama hampir sejam selepas tangannya tersepit di dalam mesin di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa Ahmad Nur Iqbal Mat Hasan, 28, dikatakan sedang mengeluarkan pasir di dalam satu mesin sebelum tersepit.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zamri Mohd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tangan seorang lelaki tersepit pada 3.55 petang.

Menurutnya, bomba terpaksa menunggu ketibaan petugas perubatan bersama ambulans yang memberi mangsa ubat penahan sakit sebelum operasi menyelamat dapat dilakukan.

Katanya, tangan kanan mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.45 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 08:31 AM | Show all posts
ish33.. nasib xputus.. safety prosedur xde ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 08:33 AM | Show all posts
relak je muka dia....padehal dlm hati menderita kesakitan
ni br btl2 lelaki sejati
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 09:29 AM | Show all posts
ouuuchhh tak sakit ke tunggu 1 jam tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:50 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 14-1-2015 08:33 AM
relak je muka dia....padehal dlm hati menderita kesakitan
ni br btl2 lelaki sejati

boleh propose kat budak pompuan 3 org k-pop tu..
tall, dark & hensem juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk ingatkan kat China.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 12:57 PM | Show all posts
yayaji replied at 14-1-2015 09:50 AM
boleh propose kat budak pompuan 3 org k-pop tu..
tall, dark & hensem juga ni

lelaki mcm ni sesuai buat somi...menten macho ..wpon dlm ati ade taman
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
yayaji replied at 14-1-2015 11:50 AM
boleh propose kat budak pompuan 3 org k-pop tu..
tall, dark & hensem juga ni

Celah mana yang darknya? Celah jubo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.060849 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list