CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7524|Reply: 21

[TVN] Heart To Heart [Choi Kang Hee, Chun Jung Myung]

[Copy link]
Post time 12-1-2015 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Title: 하트 투 하트 / Heart to Heart

Genre: Romance, Comedy, Medical
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: tvN
Broadcast period: 2015-Jan-09 to 2015-Feb-28
Air time: Friday & Saturday 20:30




Choi Kang Hee as Cha Hong Do
- Lee Bit Na as Cha Hong Do (young)
Chun Jung Myung as Go Yi Suk
Lee Jae Yoon as Jang Doo Soo
Ahn So Hee as Go Se Ro

Synopsis

Cha Hong Do (Choi Kang Hee) suffers from social phobia and has a problem with severe blushing. She does have a strong sense of curiosity and learns from books and the internet. One day, Cha Hong Do’s grandmother dies. Her grandmother was her only contact to the outside world. Cha Hong Do then begins doing housework as a maid, but disguises herself as an elderly woman. Through an incident, she meets a psychiatrist, Go Yi Suk (Chun Jung Myung).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2015 02:25 PM | Show all posts
dah nak start mgg ni kan? castnya menarik, jenis pndi berlakon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 02:36 PM | Show all posts
dauswq replied at 12-1-2015 03:25 PM
dah nak start mgg ni kan? castnya menarik, jenis pndi berlakon...

dah start.. dah 2 ep.. best jugak starting..jalan cerita macam Its Okay Its Love gak..

heroin tu nasib dah tak kayukayan sangat..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:09 PM | Show all posts
mmm.... mcm menarik je. kalu ada letak genre comedy mmg iols mudah suka nak ikut

jadi kisahnya heroin ni ada problem bersosial le? kalu x silap dulu ada cerita ala camni yg Park Shin Hye berlakon jd penulis kalu x silap.

nanti cuba nak tgk citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:04 PM | Show all posts
semlm dah nampak...rasa mcm nak try tgk je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:27 PM | Show all posts
jung myung ni kerap pulak berlakon psycho

CKH ok gak berlakon.......smart tp phobia

tp intro cm slow sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 11:31 AM | Show all posts
channel mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:47 AM | Show all posts
banyaknya cerita baru .. aku cuba utk kejar .. hahahhaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 03:32 PM | Show all posts
Another must see! Best and kelakar!!! Dah 10 episodes la ni...

Nanti bila sempat I will give review sikit. But seriously, this is a good one!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
@milanhawkin

channel tvn.. cabel tv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita ni slow sikit aaa.. tp funny gak.. wiken ni bari free nak tepek review pon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 09:05 AM | Show all posts
trexxxxxi replied at 12-2-2015 08:56 PM
@milanhawkin

channel tvn.. cabel tv
@trexxxxxi, thank uuuuuu....
tp confirm ler xleh nengok skang ni kan... huhuhuhu....

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 11:45 AM | Show all posts
Citer TVN ni mmg byk adegan kissu kissu ek. mcm xde tapis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 05:07 PM | Show all posts
Tengoklah juga cerita ni. Aduhai.. rimas sangat penampilan heroinnya. Dahlah rambut mengerbang dan menyerbu muka. Asyiklah pakai helmet ke hulu hilir. Gerim sangat tgk. Mcm nak luku je kepalanya. Lepas tu ramai plak yg psiko dlm cerita ni. Yg tgk pun rasa psiko gak.

Agaknya sekarang musim cerita psiko. Banyak drama genre ini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:55 AM | Show all posts
Mmg heroin citer ni penampilan agak teruk. Rambut tak kemas. But maybe nak suit with the character. But jalan cerita still best gak...

Rasanya yg bunuh abang Yi Sok is the father. Sebab guilty semacam aje. Kenapa nak blame Hong Do ek...sian Hong Do...

Dah nak penghujung citer ni...tinggal 2 epi aje....

Overall citer best gak. Cuma heroin tak menarik. But hero kemas je!!! Thumbsup for the story. Tengah recommend kt orang lain to watch!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:42 AM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))
>> PANDUAN REVIEW <<



Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami mengadakan cara penulisan review yang lebih mudah.
Markah review akan dikira untuk CARI 2015 K-Drama Awards.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama  HEART TO HEART
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq, @nzhass79 , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan pada those yang menulis / memasukkan review dengan details dan lengkap)



@newrule  @trexxxxxi  @norim



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:38 AM | Show all posts
cerita ni not bad

jalan cerita yg menarik

cuma yg rimas tang penampilan karakter je la...serabai sangat
dah terbiasa tengok drama dengan penampilan yg cute, hensem, cantik lawa,

pelakon tak glamer kot... tapi berjaya juga menangkap hatiku untuk menonton

lagu2 dalam ni pun cute2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:50 PM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 14-8-2015 11:38 AM
cerita ni not bad

jalan cerita yg menarik

sila wat write up review
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:40 PM | Show all posts
Edited by tuna_sandwic at 16-8-2015 12:49 PM

Dah siap aku nyereview.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 9 + 9 + 9 + 5 + 4 = (9/10)

1. Cerita  (9/10)
   
Belum tamat drama ini saya tonton, sudah tidak sabar rasanya hendak memberikan ulasan.
Sayang sungguh tak ramai yang tahu dan ingin tonton drama ini berikutan pelakonnya tidak cantik, tidak seksi, bukan idol.


Drama ini sebuah drama HEBAT!!! Drama tentang manusia dengan pelbagai masalah psikologi. Diselitkan dengan unsur cinta tiga segi dan penangan cinta seorang tua yang lanjut usia. Orang kata kubur kata mari, tapi ada hati nak dicintai lagi. I feel you haraboji…. hihihihi.
Turut diselitkan unsur kasih sayang adik beradik, cinta suami isteri, serta kesetiaan pekerja terhadap majikannya.  

Menarik sangat drama ini harus ditonton jika anda mencari kisah cinta dan kasih sayang yang tidak cliché. Ia turut menyentuh kesilapan ibu bapa yang mementingkan diri sehingga mengakibatkan anak-anak menderita. Namun begitu, anak-anak berjaya hidup dengan lebih baik meskipun luka masih berdarah. Sesungguhnya sejarah silam itu tidak akan dapat dipadam. Ia tetap akan muncul menghambat diri selagi kita belum belajar memaafkan diri sendiri dan orang lain.

Pengarah/penulis skrip berjaya memberikan plot twist yang berbeza di atas setiap suatu masalah yang berlaku. Ia sangat berbeza daripada K drama biasa.

Di dalam kisah cinta yang selalu dilihat, kebiasaannya jika berlaku pergaduhan akibat salah faham atau tidak restu keluarga, pasti berlaku perang besar diantara pasangan. Namun begitu, garapan menarik, setiap masalah yang berlaku diatasi dengan ilmu psikologi.

Sebagai contoh, sepatutnya Dr Ko Yi Suk akan marah apabila didapati Cha Hong Do menghilangkan diri setelah mak Dr Ko meminta CHD memutuskan perhubungan dengan Dr Ko. Sebaliknya, pertemuan semula Dr Ko dengan CHD disambut dengan kata-kata maaf dan tidak terus jump to conclusion meskipun Detektif Jang menyatakan mereka spend the night together.


Dr Ko: Seorang doktor pakar psikologi yang terkenal. Tetapi kerana satu masalah, dia dituduh ingin membunuh pesakitnya sendiri. Di sini pengarah bijak memanipulasi keadaan.
Kusangkakan sememangnya Dr Ko yang ingin membunuh, rupanya pesakitnya yang ingin membunuh diri. Daebakkkk!!!!! Begitu juga sewaktu Dr Ko ingin membunuh diri, rupanya tak jadi kerana diselamatkan oleh CHD.
Kusangkakan Dr Ko seorang yang normal. Rupanya dia juga ada masalah psikologi. Paling kelakar apabila Dr Ko tangkap CHD berlakon menjadi Madam Oh.
Kusangkakan Dr Ko akan marah sebaik saja tahu CHD menyamar sebagai Madam Oh, rupanya tidak.Terlalu banyak yang kusangkakan begini tetapi jawapannya begitu. Unpredictable.


ChaHong Do (CHD): Seorang wanita anti sosial yang ada ketakutan (anthrophobia)terhadap masyarakat. Pada awalnya digambarkan mencintai Detektif Jang dalam diam, tetapi pada 2 episod awal sudah diterbalikkan mencintai Dr Ko.
Kusangkakan CHD akan berada di persimpangan dilema, rupanya nekad mencintai Dr Ko sampai ke sudah.
Kusangkakan CHD akan terus menjadi gila sewaktu patah hati berpisah dengan Dr Ko, tetapi akhirnya beliau sedar dan kembali ke asal. Sangat remuk redam hati saya melihat aksi CHD mengait baju berbenang merah di pejabat Dr Ko sedangkan Dr Ko ada di depan mata CHD waktu itu.


DetektifJang (DJ): Seorang detektif yang menjadi idaman CHD.
Kusangkakan, habislah kecewa CHD kerana DJ akan berkahwin dengan wanita pilihan keluarga DJ, rupanya DJputus tunang dan cuba untuk kembali memikat CHD.
Kusangkakan dia akan berusaha bersungguh-sungguh menarik kembali hati CHD. Rupa-rupanya hangat-hangat taik ayam.
Kusangkakan akan menjaga CHD sewaktu krisis, rupa-rupanya dia tinggalkan macam tu je. Watak seorang lelaki yang bersikap sambil lewa. Tetapi sangat menarik. Satu sisi yang sering ada di dalam diri manusia. Hanya menghargai seseorang apabila dia sudah tiada.


Ko SeRo (KSR): Adik kepada Dr Ko. Digambarkan pada awalnya sebagai anak gadis orang kaya yang terlebih manja dan berlagak. Tetapi rupa-rupanya tidak sama sekali. Sukakan DJ dan cuba memikat DJ.

Kusangkakan akan terus memikat DJ sehingga berjaya, tetapi rupanya memutuskan untuk berhenti dan pulang kembali ke US akibat kecewa. Namun akhirnya KSR berjaya menambat hati DJ.


Bermula Episod 12 sehingga ke akhirnya, banyak babak emosi dalaman dipaparkan. Rupa-rupanya banyak perkara tersembunyi. Apa yang disangkakan sebenarnya tidak sama seperti yang disangkakan. Pada mulanya saya sangkakan CHD yang mengakibatkan kebakaran. Kemudian saya sangkakan Dr Ko yang mengakibatkan kematian dan kebakaran kerana  dendam dengan menutup tong di mana Il Suk menyorok. Tetapi akhirnya rupa-rupanya bapa Dr Ko sebenarnya yang mengakibatkan kebakaran berlaku sehingga Il Suk mati dalam kebakaran tersebut. Saya juga sangkakan Dr Ko akan membenci CHD kerana mengakibatkan kematian abangnya Il Suk, tetapi akhirnya cinta kembali bertaut.Saya juga sangkakan CHD akan membenci Dr Ko kerana keluarga Dr Ko yang mengakibatkan dia merana dibuang masyarakat sedari kecil hingga dewasa, rupanya CHD merebut Dr Ko daripada datuknya.

Di antara pengajaran yang sangat memberi kesan kepada saya ialah sewaktu Professor dan Dr Ko menjalankan sesi kaunseling. Professor berpesan untuk Berdamai dengan Diri sendiri:
“If you can't forgive yourself, how can you forgive others
Forgiving is not something that others do first
It is something you do on your own
~Heart 2 Heart ~”



2.Keberkesanan Lakonan (9/10)


Drama ini memiliki padanan hero dan heroin yang sangat kuat disamping pelakon tambahan yang berjaya membangunkan cerita.


ChunJung Myung [PencalonanBest Actor]

Penampilan awal dengan watak bad guy, tetapi secara perlahan ia berubah menjadi watak yang sangat penuh beremosi. Saya langsung tidak tertarik menonton drama ini pada mulanya berikutan tiada pelakon idol/terkenal. Tetapi hasil lakonan yang ditonjolkan CJM membuat saya terus tertanya-tanya dan ingin meneruskan tontonan. Pelakon ini berjaya membawa saya menghayati watak tekanan emosi dalaman yang beliau hadapi. Meskipun tiada airmata mencurah-curah yang mengalir dari wajah lelaki ini, tetapi riak emosi yang disampaikan berjaya membuat saya sendiri yang mengalirkan air mata sepanjang 6 episod terakhir. Four thumbs up untuk CJM!!! And… I really love ALL the kiss scenes between them…. It is not only a kiss like all typical K Drama. But a kiss with feelings of protection and a kiss of living.

Choi Kang Hee [PencalonanBest Actress]
Penampilan CKH sebagai Cha Hong Do di dalam drama ini sangat merimaskan. Serabut. Pening kepala. Saya tidak sangka bahawa in real life beliau sebenarnya seorang model yang cantik.
Saya sangat berharap wataknya berubah menjadi wanita cantik sepanjang epiosod berlalu. Tetapi pengarah drama ini sangat bijak mengekalkan watak CHD sebagai seorang yang menghidapi masalah psikologi dengan penampilan yang tidak menyelerakan berbanding drama-drama Korea lain yang lebih mengutamakan kecantikan berbanding lakonan.
CKH berjaya membawakan watak seorang wanita normal, seorang pesakit psikologi dan lakonan nenek tua. Solekan, cara bercakap, caraberjalan…. DAEBAKKKK!!!!! Sangat meyakinkan bahawa itu adalah 3 orang yang berbeza… Good job!!!!
Sayangnya beliau tidak famous sangat berbanding pelakon lain yang suka tampil ayu dan cun di dalam drama.
Memek muka beliau dengan gerak badan sangat meyakinkan. Macam saya pula yang menjadi dia. Rasa macam nak peluk dia kuat-kuat supaya segala penderitaan akan berakhir. Rasa nak tenyeh mekap kat muka dia jadi cantik dan potong rambut dia yang serabai itu. Watak sebagai Madam Oh pula sangat comel dan cute!!!! Hahahahaha

Pelakon lain turut memainkan peranan penting dengan membawa watak masing-masing dengan HEBAT. Tetapi saya lebih terpikat dengan mereka berdua.

Pencalonan: Lakonan Chun Jung Myung sebagaiDr Ko boleh diangkat sebagai calon Best Actor manakala Choi Kang Hee sebagaicalon Best Actress


3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9/10)


Drama ini tidak mengetengahkan pemandangan yang cantik semata-mata. Ia lebih kepada realiti kehidupan. Rumah CHD yang ringkas di tepi sungai. Suka sangat tengok Detektif Jang melompat-lompat di situ.

Setiap plot digarap agak kemas. Ada flashback ringkas di awal cerita sebelum memasuki episod seterusnya. Pengarah berjaya memaparkan elemen emosi dalaman di dalam setiap episod. Tanpa perlu air mata mencurah-curah macam air hujan. Juga tanpa adegan air hujan.

Cuaca dingin bersalji seolah-olah dapat dirasakan sendiri.

Diantara scene yang sangat disukai ialah ketika Dr Ko mengucapkan selamat tinggal kepada Cha Hong Do di suatu jalan berais. Sinematografi yang sangat cantik disitu seolah melambangkan hidup ini dipenuhi jalan yang berliku. Ciuman lembutdi dahi seolah-olah tidak mampu berpisah. Apabila Dr Ko memalingkan tubuhnya, CHD memanggil Dr Ko dengan ayat “I Love You”. Dr Ko berhenti, ingin berpatah balik, tetapi menahan diri dengan perasaan pilu yang amat dalam. Tiada air mata tumpah di wajah Dr Ko mahupun CHD tetapi saya yang menangis……


Satu scene kelakar yang buat saya tergelak besar. Dr Ko menangkap CHD sewaktu menyamar sebagai Madam Oh di restoran. Waktu itu Datuk Dr Ko ingin melamar Madam Oh menjadi pasangan hidupnya. Madam Oh mengangkat tangan kiri dan kanan. Ia sangat cute. Pandai pengarah/penulis skrip buat adegan macam tu.


Ada banyak lagi scene dengan Madam Oh yang cute buat saya gelak sendiri.
-      
4. Skor muzik (5/5)

Semua backgroundmusic/OST yang sangat-sangat best. Cukup serasi dengan plot dan jalan cerita. Istimewanya,banyak mengetengahkan lagu-lagu lama serta lagu rentak perlahan/indie muzik dengan kekuatan vokal yang hebat. Namun begitu, tiada lagu yang boleh buat terikut-ikut. Paling suka bunyi nada dering telefon Dr Ko dan juga CHD. Sooo cute!!!


Diantara lagu yang buat saya tersenyum sendiri ialah:
1.   I Want To Love (&#49324;&#46993;&#54616;&#44256; &#49910;&#49548;) – Cha Hong Do Ringtone2.    Aqua Man (&#50500;&#53216;&#50500; &#45224;&#51088;) Go Yi Suk Ringtone
3.    Don't Cry Hongdo (&#54861;&#46020;&#50556; &#50872;&#51648;&#47560;&#46972;) – Intro song
4.    Tearliner (&#54000;&#50612;&#46972;&#51060;&#45320;) -Love Lies (Feat. &#4364;&#4469;&#4544;&#4363;&#4467;&#4523;)






5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


Drama ini agak sukar untuk ditonton semula kerana jalan ceritanya memerlukan kita untuk berfikir. Namun dengan penampilan para pelakonnya, saya terbuka hati untuk mencari drama lain yang turut dilakonkan oleh mereka.


Comments

TOTAL =9+9+9+5+4 = 36/40 *10 =9.00 Terima Kasih atas review Nomination: ChunJung Myung, Choi Kang Hee  Post time 16-8-2015 11:42 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 11:45 PM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 16-8-2015 12:40 PM
Dah siap aku nyereview.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 9 + 9 + 9 + 5 + 4 = (9/10)

write up sgt bagus..
kiranya bukan drama kill me heal me saje drama psiko taun ni

last tgk hero ni berlakon drama ngan park min young 3 thn lepas kot klu tak silap..
dia ni mmg underrated actor

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.074995 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list