Edited by tapibukanaku at 9-1-2015 08:09 PM
Terbaca dlm BH.
Desak ambil tindakan terhadap Khairuddin
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak tindakan tegas diambil ke atas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan kerana beliau diisytiharkan muflis tahun lalu.
Bendahari Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohamad Hilme Ibrahim, berkata berdasarkan Perlembagaan UMNO, Khairuddin hilang kelayakan memegang sebarang jawatan dalam parti sehingga statusnya sebagai orang bankrap diputuskan mahkamah. Katanya, apa yang membuatkan Pemuda UMNO terkilan adalah tindakan Khairuddin yang terus melakukan serangan ke atas kepemimpinan parti di negeri itu dan UMNO Pusat sedangkan beliau tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan statusnya itu. Semakan di Mdl "Kami mengetahui mengenai kedudukan Khairuddin minggu lalu, selepas semakan di Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mendapati dia dimasukkan ke dalam status orang bankrap mulai 14 Mei lalu. "Semakan lanjut yang dilakukan juga mendapati namanya ada pada 137 syarikat dan memegang pelbagai jawatan penting. Saya meminta UMNO mengambil tindakan lanjut atas bukti yang kami bawa ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO di sini, semalam. Terdahulu, Hilme menyerahkan memorandum lapan muka surat kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi meminta siasatan terperinci dan tindakan tegas diambil ke atas Khairuddin. Berdasarkan salinan notis yang dikeluarkan MdI, Khairuddin diisytiharkan sebagai bankrap pada 14 Mei 2014 oleh Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang, berikutan satu petisyen yang dikemukakan sebuah syarikat dikenali sebagai Artisan Fokus Sdn Bhd.
MOHAMAD Hilme menyerahkan dokumen memorandum bankrap Khairuddin kepada Ab Rauf (kiri) di Ibu Pejabat UMNO di ibu negara, semalam.
|