CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21009|Reply: 115

Cerpen: HIKMAH DARIPADA TUHAN ~TamaT AkhirnyA 4/4/15

[Copy link]
Post time 7-1-2015 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sellie003 at 4-4-2015 10:02 AM


Kepada semua warga Bod Bakat & Ruangan Penulisan

Lama tak menulis... busy sesangat awal2 tahun ni. Ini nukilan cerpen buat bacaan semua. Wat pembaca setia ASA tentu ingat kisah tragis kedua beradik ini. Kali ini saya wat cerpen secebis kisah mereka menjd sukarelawan membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Ini hanyalah khayalan penulis semata... tiada kaitan hidup atau mati. Sekadar rindu nak menulis genre sebegini wat pembaca... dan rindu kat Roddy dan Rashdan jugak...huhu... Terimalah...

HIKMAH DARIPADA TUHAN

p/s: Kalau ada yang menyinggung perasaan semasa penulisan ini dibuat mohon ampun dan maaf daripada pembaca semua yea... setiap penulisan menjadi tanggungjawb penulis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 10:05 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 7-1-2015 12:04 PM





Ada waktu sukar mengejarmu
Moga tabah sabar bersamamu
Jauh ku di luar sana
Mendoa dikau bahagia
Yakini dirimu
Pasti sempurna

Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Diredhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama

Ku sematkan azimat kenangan
Menemani jiwa kehilangan
Menghapus segala resah
Mendorong di kala hiba
Teguhlah jiwamu
Selama-lama
Huuu ohh

Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Diredhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:05 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 7-1-2015 12:06 PM

SATU: KHABAR PANTAI TIMUR

Roddy scroll down tiap-tiap berita yang diterima pada laman muka buku akaun miliknya. Menujah-nujah rasa simpatinya buat insan sesama Islam, yang ditimpa musibah sedahsyat ini dalam sejarah.
            Roddy teringatkan rakan kolejnya dahulu, Nik Zafar dari Kelantan juga rakan baik arwah Najmi. Seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Dia, masih ada nenek yang sudah lanjut usia.
            Mesej terakhir yang diterima daripada Nik di FB tanggal24 Disember 2014, berbunyi,




Roddy mengeluh kecil dan beristighfar. Sememangnya, tiap kali solat dia pasti tidak akan ketinggalan berdoa buat mangsa-mangsa musibah dari Pantai Timur, moga tabah dan sabar meneriman dugaan Maha Hebat ini.
            Belum pun reda kisah malang MH 370 & MH 17, disogokkan pula malapetaka yang menyayat hatinya ini. Roddy meraup wajah yang kian dilanda sebak dan nestapa.
            Aku tak boleh duduk begini saja. Aku mesti buat sesuatu tanda kita benar-benar simpati musibah yang menimpa mereka. Ya Allah, berilah aku petunjuk dan kekuatan hatiku membantu mereka yang memerlukan.
            Kebetulan, dia menerima sms daripada entah siapa, mohonkan gerakan pemuda membantu dan menggembeleng tenaga buat mangsa banjir yang kekurangan tenaga muda. Roddy pasang tekad. Dia mula merancang untuk berbuat sesuatu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:05 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 7-1-2015 12:06 PM

DUA: MENGHULUR BANTUAN KEMANUSIAN

Sayup-sayup Rashdan mendengar suara adiknya antara dengar dengan tidak dalam kamar. Di balik daun pintu yang sedikit terkuak, Rashdan berdiri meninjau di celahan pintu yang sedikit terbuka, menatap bening adiknya yang sedang berteleku meratib mengalunkan Zikrulallah.

Perlahan Rashdan menolak daun pintu dan melangkah masuk. Dia merapatkan pintu sekadarnya lalu dia melabuhkan duduk dibirai katil Roddy.

Matanya tertacap pada 3 beg yang padat berisi di tepi almari. Berkerut Rashdan melihatkan tujuan beg itu di situ. Rashdan mengalihkan pandangan ke Roddy yang meraup wajah seperti usai berdoa.
Saat Roddy bangun untuk melipat sejadah, agak tersentak Roddy melihat abangnya dengan raut wajah seakan terlindung sesuatu yang ingin disuarakan. Sempat dikerling beberapa beg pakaiannya di sudut almari.

Sah, mesti dia nak tanya pasal beg tu.

“Bila abang masuk?” Sambil melipat sejadah dan disangkut pada pemidang kayu. Ketayap dikepala ditanggalkan dan diletakkan atas meja rias.
“Baru lagi.” Rashdan tak lepas memandang figura adiknya yang melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Abang dah solat?”
“Huh, apa itu yang kau tanya?”
“Sorry.”
Masing-masing diam setelah bermukadimah. Rashdan hela nafas.
“Untuk apa beg-beg tu semua? Kau nak tinggalkan lagi rumah ni?”
“Tak.”
“Habis tu?”
“Sebenarnya...” Roddy menggosok-gosok belakang tengkuknya.
“Aku nak ke Pantai Timur.”
“Pardon?” Membulat mata Rashdan.

Roddy terdiam. Takkan pekak kot.

“Aku nak ke sana jadi sukarelawan membantu mangsa banjir.”
“Kau biar betul Roddy?”
“Betullah. Kau ingat aku main-main. Aku dah siap pack pun pakaian aku. Cuma tunggu minta izin papa dan mama.”
“Habis aku ni, kau tak nak minta izin?”
“Hek, apa hal aku nak mintak izin kau. Kau cuma abang aku aje pun.”
“Abang pun kena jugak minta izin.”
“Jadi?!” Naik seoktaf suara Roddy.
“Aku tak benarkan.” Keras Rashdan.
“Weh, aku bukan adik perempuan kau... nak kena berwalikan kau. Aku ni lelaki, suka hati akulah nak ke mana pun.”

Roddy bangkit lalu bercekak pinggang. Tak munasabah betul mamat ni nak sekat ke mana aku nak pergi.
Rashdan turut bangun sambil mencerlung wajah Roddy.

“Tak kiralah adik lelaki ke perempuan. Tetap aku tak benarkan. Bahaya keadaan kat sana. Kalau apa-apa jadi kat kau... apa aku nak jawab dengan papa dan mama. Kau baru je beberapa bulan dengan kami. Takkan nak pergi lagi.”
“Bang, aku bukan pergi berperang. Aku cuma gembleng tenaga untuk bantu mangsa banjir. Itu saja. Apa nak dirisaukan sangat?”
“Mau tak risau. Tak dengar berita ke? Ramai yang terkorban masa banjir hari tu. Ni bukan banjir biasa, tapi bah... banjir besar, tau tak?”
“Itu masa air mula-mula naik memanglah ramai yang terkorban. Itu semuakan qada dan qadar, ajal maut di tangan Tuhan.”
Rashdan terdiam. Bukan dia tak tahu hakikat Rukun Iman yang kelima itu. Dia terlalu bimbangkan keselamatan Roddy semasa di sana nanti.
“Roddy, jangan pergi boleh tak?”
“Abang, aku dah pasang niat nak membantu. Tolong jangan halang usaha aku. Aku taulah jaga diri aku masa di sana. Aku pun, ada member kat sana.”

Rashdan menunduk. Terbias kerutan sarat kebimbangan diraut wajah tampannya. Roddy tahu apa yang tersirat di hati Rashdan. Overprotected, tidak bertempat. Tengok-tengoklah sikit siapa yang dia nak lindungi. Dia bukannya budak kecil dan bukan pula seorang gadis yang perlukan perlindungan dan jagaan rapi seorang abang.

Jatuhlah standard sebagai jejaka terhebat alaf ini. Oh tidak... aku bukan bermaksud mahu mendabik dada diri ini hebat dan nak buktikan santero alam, yang aku ni sangat-sangat diperlukan kerana tenaga aku kuat ke apa. Ini antara jihad kecil aku nak menghulurkan bantuan sesama manusia. Lebih-lebih lagi di negara sendiri. Salah ke?

“Dahlah bang. Jangan risau sangat okey. Aku bukan budak kecil dan bukan adik perempuan nak ada dicelah ketiak abang atau mama. Aku dah besarlah. Masa aku kecik-kecik dulu, tak pulak kau overprotected macam ni, sedangkan aku teringin nak kau jadi guardian aku.”

Tanpa sedar Roddy meluahkan rasa, tersentap Rashdan mendengar. Makin menduduk sayu. Roddy yang sedang menyemak no telefon rakan-rakan yang bakal seiring ke ekspedisi menyelamat menengadah menatap Rashdan yang diam membisu.
Aku ada salah cakap ke?

“Bang, maaflah kalau kata-kata aku menyinggung perasaan kau. Aku tak ada maksud pun.” Roddy meletakkan tangan kanan dibahu Rashdan yang sedikit sugul.
“Betul kata kau Roddy. Aku yang keterlaluan. Sepatutnya, masa kau kecil... aku yang...” Rashdan menghela nafas sebak.
“Dahlah tu bang. Aku tak penah ambil hati pun kisah lalu. Aku... maaf sangat-sangat sebab mengungkit tadi.”
Roddy mula memeluk erat bahu Rashdan. Cuba meraih ketenangan dijiwa abang kesayangannya ini. Rashdan menekan kedua kelopak mata mengelakkan air mata mengalir ditubir mata. Malu nak menangis depan adiknya ini.
“Pergilah. Tapi... kau kena yakinkan mama dan papa tentang keputusan kau ni.”
“Don’t worry. I can handle it.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:05 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 7-1-2015 12:08 PM

TIGA: LELAH SENDIRI

Awal pagi nan gelap,

Merah padam muka Roddy menahan bengang. Siap berpeluk tubuh tanda protes dalam diam. Langsung tidak menoleh kiri atau kanan, depan mahupun belakang. Mematung tanpa mempedulikan sekeliling. Benar-benar tidak berpuas hati.
Orang di sisi hanya tersenyum. Kemudian melempar pandangan ke depan menantikan kenderaan yang bakal tiba mengambil mereka.

“Weh, itu ke traknya?” Dia melibas lengan Roddy dengan kekura tangannya.
“Bukanlah!” Buta ke? Kan trak tu melencong ke lain.

Makin meleret senyumannya lalu dipaut kemas bahu Roddy.

“Relax lil’ bro. Chill out, okay.”
“Chill out kepala hangguk kau.” Roddy menurunkan kasar pautan lengan itu dibahunya.
“Kau sajakan nak naikkan darah aku. Kenapa beriya-iya kau nak ikut aku?”
“Roddy, abang bukan sengaja okey. Kalau abang tak offer diri nak ikut, kau ingat mama dan papa senang-senang nak kasi kau ke sana. Jangan harap. Kau patut berterima kasih kat abangmu ini. Sanggup berkorban.”
“Jadi, tak ikhlaslah ni, hanya semata-mata nak jaga aku?”
“Pembetulan. Untuk pengetahuan kau, abang dan papa bersama warga syarikat kita bertungkus-lumus menyediakan barang-barang keperluan buat mangsa-mangsa banjir di sana. Ada lima buah lori kami sewa untuk hantar semua barangan keperluan, dah pun bertolak semalam.”
“Lah, kenapa tak bagitau awal-awal?”
“Lah, abang nak buat kerja amal kena maklum ke? Kata tadi ikhlas.”
“Tapi, perlu ke ikut aku. Aku sorang pun bolehlah.”
“Tak ada makna. Aku tetap nak ikut. Ingat kau sorang nak ganjaran pahala. Abang pun nak jugak.”
“Dah, jangan nak cakap apa-apa lagi. Tuh, trak dah sampai.” Roddy menyadang beg kanvas kedua bahu dan mengangkut lagi dua beg kiri, kanan. Diikuti Rashdan turut memikul 2 buah beg padat, lalu masing-masing bergilir naik atas belakang trak Jenama Toyota Hilux warna hitam yang dihuni seorang penumpang. Mereka bertiga saling berjabat tangan.

Trak pun beransur meninggalkan kawasan perumahan elit dan meredah laju menuju ke destinasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:05 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 7-1-2015 12:12 PM

EMPAT: SUATU KEINSAFAN

Perjalanan ke Kuala Krai, Kelantan memakan masa hampir lapan jam lamanya. Selain, Terengganu dan Pahang yang dikatakan teruk dilanda bah paling kritikal, Tim Roddy seramai 5 orang termasuk abangnya, Rashdan dikehendaki membantu mangsa banjir di Kelantan.
        
Setibanya di sana, Subhanallah... suasana kelihatan takjub dan... cukup menginsafkan. Bagaikan berada dilautan tanpa daratan. Seluas-luas alam, hanya diliputi air bah di seluruh kawasan.
        
Roddy, Rashdan dan Encik Nukman berdiri melihat keadaan. Roddy dan Rashdan mengenakan jaket kalis air dan hud menyelubungi kepala. Sedangkan Encik Nukman hanya memakai baju hujan terus menutup kepala. Kelihatan, tiada jalan tidak ditenggelami air. Hujan masih renyai-renyai membasahi bumi tanpa henti. Trak yang dipandu seorang lagi rakan ekspedisi Encik Azman serta, penumpang hadapan Encik Khairil sekadar melihat tanpa berkutik keadaan sekeliling. Trak.mula bergerak perlahan mencari tempat yang agak selamat.


“KITA tunggu bot saja dari sini. Mana-mana tempat pun dah dipenuhi air. Tak boleh nak lalu dah ni.”
        “Takpe Encik Nukman, asalkan kita selamat kat tempat bantuan tu.” Roddy menyuarakan.
        “Kita teruskan berdoa, moga-moga bot cepat sampai dan keadaan sentiasa selamat.”
        Rashdan hanya berdiam. Dia perlahan mengeluarkan smartphone lalu cuba menghantar sms kepada Tan Sri Rusman.
        Allah, no signal? Ishh...
        “Tak ada isyarat ke?” Roddy menjenguk skrin smartphone Rashdan.
        “Kau punya ada?”
        “Kejap, aku check.” Roddy mengeluarkan iphone. Ada dalam 2 bar.
        “Cuba sms papa?” Rashdan mengarah. Tanpa banyak soal, Roddy menghantar sms seringkas mungkin. Ditekan ‘Hantar’.
        “Alhamdulillah.” Sama-sama serentak mengucap syukur.
        “Tak ada lah mama dan papa tertanya keadaan kita kat sini.” Rashdan menatap bening saujana di hadapan matanya.
        :”Harapnya begitulah.” Roddy turut menatap panorama yang belum pernah dilihatnya ini.
        “Eh, eh...” Rashdan terbangun diikuti Roddy dan Encik Nukman dari duduk bersandar tadi.
        “Aiseh bang, trak ni macam...”
        
Sudah terbayang apa akan jadi pada trak yang mereka naiki ini. Kian tenggelam keempat tayar dan seperti dibawa arus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2015 10:26 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 02:05 PM
DUA: MENGHULUR BANTUAN KEMANUSIAN

Sayup-sayup Rashdan mendengar suara adiknya antara dengar denga ...


finally. ada cerpen yg lari dari klise sini. thank god!

Actually tang banjir tu..ermm..ermmm.wait n see sajola okay.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:31 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 02:05 PM
EMPAT: SUATU KEINSAFAN

Perjalanan ke Kuala Krai, Kelantan memakan masa hampir lapan jam lamanya.  ...

Perghh..sedap bhasa sis. Before bnjir beso ni,  ada org kelate tu ckp kat  status fb ni.
"Dah bese dah banjir ni " dan baru dengar cerita ni..

Ada sorang mangsa banjir tu, pernah bako baju coz terlebih bju. Tak sangka dia terima sedekah baju org...

True story!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 10:32 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 02:05 PM
EMPAT: SUATU KEINSAFAN

Perjalanan ke Kuala Krai, Kelantan memakan masa hampir lapan jam lamanya.  ...

more please.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:40 PM | Show all posts
@Esmiria  ~ thanks jadi pembaca pertama....ini khayalan akak jek takde kena mengena ngan mangsa banjir cuma info dr berita tuh selit ler sikit2...yg lain just my own story ...Enjoy Your Reading...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:43 PM | Show all posts
LIMA: BOT PENYELAMAT

Lima daripada mereka termasuk Roddy dan Rashdan selamat menaiki bot. Mujur dalam masa hamper sejam masing-masing tidak putus-putus menadah tangan dan berzikir kepada Allah agar mereka selamat dari ditenggelami air dan dibawa arus deras.

        Pengalaman yang cukup mendebarkan dan terselit rasa teruja juga dihati kedua beradik itu. Sepanjang mereka menaiki bot enjin. Rata-rata tiada lagi terlihat daratan. Hanya kelihatannya bumbung rumah dan bumbung kereta. Sayu melihat situasi di hadapan Roddy dan Rashdan. Tidak terbayang kesengsaraan mereka yang ditimpa musibah hebat begini.

        “Ada yang hanyut ke bang?” Roddy bertanya kepada pengemudi bot.
        *“Ramai jugok dok hanyut, hok tenggelam.”
        “Dengarnya, disebabkan bot terbalik dan ada yang enggan pindah. Betul ke?”
        *“Ado gok takmo pindah, tak pernoh banjir kampong demo, ingat tak banjir. Ado tu bot torbalik hok arus derah.”

        Roddy dan Rashdan mengangguk faham. Kalau beginilah. Memang antara musibah terbsesar buat Pantai Timur. Bayangkan, tiada satu pun antaranya tidak ditenggelami air. Itu belum kira haiwan ternakan dan peliharaan mereka.

        Roddy tiba-tiba memincing pandangan. Ada sesuatu yang berenang-renang dipermukaan arus.

        “Bang, bang... slow sikit, slow sikit,”
        “Eh kau ni Roddy. Apahal nak slow-slow pulak?”
        “Aku nak pastikan apa tu?”
        “Apa yang apa?”

        Bot diperlahankan. Makin hampir dengan objek tersebut.

        “Ya Allah, siannya.” Tanpa berfikir laju sahaja Roddy merangkul objek itu ke darat.
        “Abang Rash, towel, towel.”

        Roddy meminta tuala sambil matanya tidak lepas menatap kucing malang yang menggigil basah kuyup. Bot beransur bergerak semula.

        *“Biasalah, ada mace-mace kami jumpe. Lembu naik bumbung kete, ulor hok lingkar tiang letrek, ado kucin dok pakak-pakak panjak gril pittu. Sian. Tokleh wat hapo-hapo deh.”

        Simpati roman wajah Roddy mendengar sambil perlahan-lahan lap tubuh kucing malang itu. Tidak ketinggalan, Rashdan beristighfar mengundang rasa sesal. Ditatap mengadap dada langit yang masih diliputi kepulan awan nan gelap. Sedangkan haiwan pun menerima bencana besar begini. Inikan pula manusia. Tidak diketahui untung nasib, bagi mereka yang hanyut dan hilang itu. Mati atau pun hidup.

Nota Kukukakiku: ayat tanda * bantai aje asal muleh...x reti kecek deh... korg pepandailah baca ikut gaya mana... TQ
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 02:40 PM
@Esmiria  ~ thanks jadi pembaca pertama....ini khayalan akak jek takde kena mengena ngan mangsa banj ...

Sy setiap minit tengok bod ni. Komen merepek seme baca. Dan sy target nk jdi pengomen pertama. kehkeh.

Kan bgus sis selalu tulis cter kat bod ni. Jgnlah ada unsur cinta ek(hrp sgt.)

Common sgt unsur cinta ni.
Sy suka watak si abg,protector even adik dia jantan.
Hak akak nk msukkan unsur apa2,so  saya tak kisah tapi just beritahu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:51 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 02:43 PM
LIMA: BOT PENYELAMAT

Lima daripada mereka termasuk Roddy dan Rashdan selamat menaiki bot. Mujur d ...

Ermm...

paham je dialek kelate cuma sikit je phm. Saya orang pahang so tak paham  sgt..kehkeh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 10:52 PM | Show all posts
ENAM: RESTU IBU BAPA.

Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pada pagi Isnin dengan jumlahmangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeritidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialahsebanyak 225,731 mangsa.
Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak(7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa.
Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik OmarNik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.

Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjiriaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500),Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh(192).


            Puan Sri Atikah yang sedang menatap berita ditelevisyen,menakup mulut menahan sebak mengenangkan 2 anak terunanya berada di sana. PuasTan Sri Rusman mendail nombor telefon bimbit kedua-dua anaknya. Namun, gagal.Di luar liputan kawasan. SMS yang diterima daripada Roddy pun, hampir 4 jamyang lalu.

            Tan Sri Rusman mendekati isteri atas sofa. Dirangkullembut bahu isterinya bagi menenangkan kegalauan hati isteri tercinta. Puan SriAtikah merebahkan kepala dibahu suami lalu menghambur tangisan semahunya.

            Kenapalah kedua anak bujang mereka beriya nak ke sana?Bukan tak ada sukarelawan yang sedia menggembleng tenaga.

            “Mama, papa. Roddy nak minta izin mama dan papa nak kePantai Timur?” Roddy menyuarakan hasrat.
            “Roddy, nak buat apa kat sana sayang?” Puan Sri Atikahbertanya.
            “Roddy nak menyumbang tenaga membantu mangsa banjirmama.”
            “Kamu sedar tak apa kamu cakap ni. Kat sana bahayasekarang ni. Bukan tak ada sukarelawan dan anggota keselamatan membantu disana.”
            “I know pa. Tapi, mereka masih kekurangan tenagasukarelawan. Jadi, mereka minta Roddy membantu di sana. Harapan Roddy besar nakhulurkan bantuan. Lagipun, di Negara sendiri ma, pa. Please.”
            “Tapi sayang. Mama tak puas nak kamu dekat kat mama.Jangan pergi yea nak.” Sayu Puan Sri Atikah merayu.

            Roddy tak tentu arah. Tak betah jika ibu kesayanganbernada pilu dan sendu begitu. Dari duduk atas sofa, Roddy melutut di hadapanmamanya. Tangan lembut siibu diraih dalam genggaman.

            “Mama, janganlah begini. Bukan lama pun Roddy pergi. Bilabanjir dah surut... Roddy baliklah.”
            “Itu pun kalau selamat.” Sinis Tan Sri Rusman mencelah.
            “Papa dan mama doakan Roddy selamat.” Walaupun sinislemparan kata-kata papanya tadi, Roddy tak ambil kisah. Janji, mendapatkeizinan mutlak daripada mereka. Pergi tanpa restu orang tua, menjadikanusahanya tidak ikhlas dan tiada keredhaan Allah.

            “Papa dan mama tak perlu risaukan Roddy ni, nanti taulahRash tengok-tengokkan dia ni.”
PantasRoddy berpaling menatap abangnya yang turun dari tangga. Apa hal naktengok-tengokkan aku pulak ni?
            Roddy tak lepas tunak melihat figura si abang yang kiandekat dan duduk di sofa tunggal. Rashdan sempat mengerling roman si adik. Mukamacam tak puas hati jek tu?
            “Kenapa nak tengok-tengok aku pulak?” Perbualan sesamaibu bapa tadi beralih antara adik beradik.
            “Aku pun nak menyumbang tenaga membantu mangsa banjir.”Selamba Rashdan meluahkan.
            “What?!”

Roddy tegak berdirimengadap Rashdan. Dengan wajah penuh bersahaja, Rashdan turut bangun dariduduknya. Saling bertentangan.

            “Aku akan turut serta dalam misi sukarelawan tu. So, mamadan papa... don’t worry. Rash dan Roddy akan sama-sama berganding bahu dansentiasa menjaga antara satu sama lain.” Langsung tidak beralih dari berlawantatapan antara mereka. Roddy benar-benar bengkek dengan ulah abangnya ini.
            “Baiklah. Papa dan mama harap, kamu berdua saling menjagaantara satu sama lain semasa di sana nanti.” Tan Sri Rusman membenarkan dankurang sedikit kebimbangannya. Walaupun dia tidak menampakkan kerisauan seorangayah di hadapan anak bongsunya itu, namun... kebimbangan seorang ayah tetapterpahat disanubari. Cuma, dia masih janggal dengan anak bongsunya itu.

            Dengan berat hati, Puan Sri Atikah mengangguk jua, setujudengan cadangan suami dan anak sulungnya. Jika Rashdan ada sama, taklah diabimbang sangat.
            Roddy masih tak puas hati. Dia benar-benar tak setujudengan cadangan abangnya.

            “Habis tu, siapa yang nak jaga mama, papa dan syarikatkalau abang tak ada nanti?”
            
Roddy separa berbisik namun keras nadanya. Tidak mahupapa dan mama mendengarnya.

            “Habis tu, kau ingat diorang nak benarkan... till now.”Tegas dan separa berbisik juga Rashdan menentang.
            “Abang memang tak munasabah!”
            “Whatever.”

Pecah lamunan Puan SriAtikah mengenangkan situasi sebelum anak-anak lelakinya pergi. Dikesat air mata dipipi. Kemudian, menadah tangan memanjatkan doanya.

            Ya Allah, Lindungilah anak-anakku dari marabahaya.Permudahkan urusan murni mereka Ya Allah. Semoga mereka selamat dan jika niatmereka untuk membantu atas dasar kemanusian. Aku redha Ya Allah, aku berserahsegala-galanya Kepada-Mu Ya Allah. Amin Yarabbal Alamin.

            Menusup dilubuk jiwa seorang ibu menitip doa kudus buatMaha Pencipta. Harapannya tinggi agar usaha anak-anak membuahkan hasil dandalam keadaan selamat sejahtera hendaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 11:00 PM | Show all posts
Esmiria replied at 7-1-2015 10:47 PM
Sy setiap minit tengok bod ni. Komen merepek seme baca. Dan sy target nk jdi pengomen pertama. keh ...

akak tetiba ada idea nak tulis citer nih...ikutkn dari mggu sudah akak taip...cuma info belum menyeluruh...baygkan bah sebesar itu melanda negara kita...mau tak terkejut...itupun tau kat FB...igt banjir kecik2...rupanya jdi bah.... kalu ikutkn istilah bah ni banjir besar.... bak pepath melayu 'Sekali bah, sekali pantai berubah... ayh akak ibaratkn banjir kali ini macam tsunami kecil... betul2 menginsafkn...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 11:04 PM | Show all posts
Esmiria replied at 7-1-2015 10:51 PM
Ermm...

paham je dialek kelate cuma sikit je phm. Saya orang pahang so tak paham  sgt..kehkeh.

akak bantai aje... itupun carigali kat tenet jek...ntah betui ke tidak...huhu....

Takziah, Pahang pun antaranya... bila nengok FB... Subhanallah... highway pun dah macm laluan sg. besar.... kereta toksah cakp...tenggelam habis...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 11:06 PM | Show all posts
esok malm sambung K... nak pi tulis nama kat buku sekolah ank buah... buku sekolah baru beli semalm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:08 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 10:43 PM
LIMA: BOT PENYELAMAT

Lima daripada mereka termasuk Roddy dan Rashdan selamat menaiki bot. Mujur d ...

“Ada yang hanyut ke bang?” Roddy bertanya kepada pengemudi bot.
        *“Ramai jugok dok hanyut, hok tenggelam.”
        “Dengarnya, disebabkan bot terbalik dan ada yang enggan pindah. Betul ke?”
        *“Ado gok takmo pindah, tak pernoh banjir kampong demo, ingat tak banjir. Ado tu bot torbalik hok arus derah.”


Ipo terejmahkan ya..yang bertanda * , boleh?

"Nghama jugok tok anyuk. Tok tegele"
"Ado jugok tokse pindoh, tok ghajin banjir kapong kito, ingat tok banjir. Ado tu bot terbalik hok arus derah"

>>Demo tu untuk awak..

*“Biasalah, ada mace-mace kami jumpe. Lembu naik bumbung kete, ulor hok lingkar tiang letrek, ado kucin dok pakak-pakak panjak gril pittu. Sian. Tokleh wat hapo-hapo deh.”



"Biaso la...ado mace mace kawe jupo. Lembu duk atah bumbung keto, ular duk lekar tie letrik, ado kucing duk pakak-pakak ghukah gril pitu. Sie....tokleh wak gapo-gapo doh"


Nota: Ghukah = panjat
         Tie =tiang
         Sie = kesian
         Gapo = apa
         Mace = macam
         Tokse = Tak nak
        Ghajin = rajin
        Tegele = tenggelam
        kawe = saya
        jupo = jumpa
        pakak = pakat
        Ghama = ramai


Maaf Sellie...ipo suka part terjemahan nih jangan marah ya..
Anyway..cerita yang menarik..teringat masa banjir..huhuhu..naik bot..harung air..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:20 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 03:00 PM
akak tetiba ada idea nak tulis citer nih...ikutkn dari mggu sudah akak taip...cuma info belum meny ...

yup.kita tak expect benda tu sebab malaysia bebas dari bala besar sejak beberapa tahun dahulu. So, minda kita still anggap malaysia selamat padahal negara luar dah kena....

Amerika byk kli kna. Terhempas pesawatlah, minyak tumpah di lautla. Es ingt lgi, selamba pemberita tu baca berita pasal bala yg menimpa kat luar negara.

Es rasa, sudah tiba masa Malaysia kena. Byk sgt maksiat plus penyihir ada.

Es takkan terkejut if malaysia terkena gempa atau tsunami. Nak tak nak, kena hadap lah. Maybe perang saudara kat sini, who knows.

Sis, klo satu kejadian buruk melanda malaysia..Yang lain akan menyusul.
Pesawat-banjir----

Nak survive dari bala ni, kena mintak byk2 kat tuhan. Unless, ada ilmu luar biasa yg boleh mengalihkan air banjir ke dalam tanah atau pasak bumi atau mengalihkan angin puting beliung. Itupun dengan izin Allah.

Tak pernah bila nak sambut tahun baru, ada bala kat malaysia. Ini bukan petanda baik. Kerajaan dok cakap malaysia akan kaya dan maju.

Dan kejadian bah besar di kelantan , mencetuskan idea di minda akak..
Kelate.
Kuantan ni dah hujan, dop ahu lah if kunci air dibuka and melimpah ruah sungai kuantan.

Cerpen akak ni, buat sy teringt2 ayt yg sya taip di atas. Ia bermain di minda.

Time bencana nilah, kita nak selamat kan?But how? .Entah. Bagi es,
Keajaiban dari Allah yg dapat selamatkan kita....


I love this cerpen.




Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:23 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 02:52 PM
ENAM: RESTU IBU BAPA.
Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pada pagi Isnin dengan jumlahmangsa  ...

Asal byk sgt perkataan rapat?
Rashdan tu hensem tak? ngee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079604 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list