CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 4

[Tempatan] Pemilik bot kaut RM500 sehari ketika banjir

[Copy link]
Post time 2-1-2015 12:09 PM | Show all posts |Read mode

JALAN raya yang dinaiki air memerlukan perkhidmatan bot untuk penghantaran bantuan.

Temerloh: Pemilik bot kecil di bandar ini mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menyewakan bot milik mereka kepada penduduk setempat serta pihak luar yang mahu menyalurkan bantuan kepada pusat pemindahan yang terputus hubungan sejak Sabtu lalu.

Difahamkan, bot yang memuatkan tiga hingga lima orang itu mampu mengaut keuntungan sekitar RM500 sehari bagi setiap bot.

Seorang remaja dikenali sebagai Saiful, 15, berkata, setiap penumpang dikenakan tambang berbeza bergantung kepada destinasi masing-masing.

Menurutnya, dia dibayar upah pemilik bot setiap hari dengan mengambil kira jumlah penumpang yang dibawa.

“Jika siang, tambang dikenakan antara RM10 hingga RM30 tetapi pada waktu malam meningkat sekali ganda kerana risiko terlalu tinggi.

“Setakat ini tidak berdepan sebarang masalah kerana saya mahir dengan jalan ini walaupun ditenggelami air hingga tiga meter,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan bot sewa ialah berhampiran bank di laluan utama bandar ini menuju Lebuh raya Pantai Timur (LPT) yang dinaiki air akibat limpahan Sungai Pahang.

Tinjauan Harian Metro mendapati bot kecil yang dipercayai dimiliki pengusaha ikan patin sangkar kelihatan di laluan Temerloh-Bera dekat sini.

Bagi pemilik bot dikenali sebagai Khairi, 36, berkata, dia bukan sengaja mengenakan caj tinggi kepada penduduk mahupun pihak luar yang mahu menghulurkan sumbangan makanan atau ubat-ubatan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, faktor utama menyebabkan orang ramai dikenakan tambang ‘tidak masuk akal’ itu berikutan stesen minyak di bandar itu ditutup dan pengusaha perlu mendapatkan bekalan bahan api hingga ke Mentakab, 15 kilometer dari sini.

“Bukan kami mahu mencekik darah dengan mengenakan harga sewa bot yang mahal tetapi disebabkan ada pihak lain menjual petrol kepada kami dengan harga melampau.

“Selain itu, ada yang menjual petrol diisi dalam botol air mineral 1.5 liter pada harga RM10 menyebabkan saya sanggup pergi membelinya di stesen minyak biarpun jaraknya jauh,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 12:10 PM | Show all posts
ni baru rezeki durian runtuh namanya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 12:13 PM | Show all posts
rospinki replied at 2-1-2015 12:10 PM
ni baru rezeki durian runtuh namanya...

nak free tunggu bot bomba la...


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 12:19 PM | Show all posts

Mekanik Pon Berkepuk Duit Nanti

Ape salahnye tukang bawak bot nak cash-in sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 12:31 PM | Show all posts
lavagitar replied at 2-1-2015 12:13 PM
nak free tunggu bot bomba la...

kalu aku jdi org sana..awal2 dh buat rakit dgn injin 1hp buat stanby..lgi bole buat duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.298488 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list