CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3691|Reply: 15

[Tempatan] RIBUT JANGMI: Elakkan kawasan pantai dan laut di Sabah

[Copy link]
Post time 31-12-2014 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 31-12-2014 12:37 AM

Ribut Jangmi: Elakkan kawasan pantai dan laut di SabahBernama | Kemas kini: Disember 30, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 30, 2014 23:00 MYT)        




Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.





KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, berikutan ribut tropika 'Jangmi' yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk.

Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata ramalan dari Joint Typhoon Warning Centre (JTWC) menyebut bahawa ribut itu kini berada 665km dari Timur Laut Sandakan dan sedang bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 15km sejam (kmsj).

"Ribut itu boleh menyebabkan angin kencang selaju 50 hingga 60kmsj yang  berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.



Che Gayah berkata selain perairan Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Miri dan Bintulu) turut akan mengalaminya.

Tambah beliau ribut tropika Jangmi ini boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter serta hujan lebat di kawasan berkenaan.            



http://www.astroawani.com/news/show/ribut-jangmi-elakkan-kawasan-pantai-dan-laut-di-sabah-51248
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 08:28 AM | Show all posts
baru dpt berita nih kat whatsapp td
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 08:29 AM | Show all posts
sedap pulak tgk roti canai tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 08:38 AM | Show all posts
PUBLISHED: Dec 30, 2014 11:10pm
UPDATED: Dec 30, 2014  11:10pm

31 maut akibat badaian Jangmi
Seorang penduduk membersihkan lumpur di luar kedainya di bandar Alcantara,  wilayah Cebu, tengah Filipina, pada Selasa. - Foto AP


[size=100%]
MANILA, 30 Disember:
Banjir kilat dan tanah runtuh akibat badaian  Ribut Tropika Jangmi meragut sekurang-kurangnya 31 nyawa, dengan tujuh lagi  hilang di Filipina, termasuk di kawasan yang masih dalam proses pemulihan  daripada landaan Taufan Haiyan, tahun lalu.
Jangmi dengan kelajuan angin 65 kilometer sejam  itu, membawa hujan lebat ke selatan Mindanao, yang telah memusnahkan jambatan  dan lebuh raya, selain memaksa ribuan penduduk dipindahkan.
Ribut itu kemudiannya bergerak ke bahagian timur  dan tengah Filipina, di mana kebanyakan kematian dilaporkan pada Selasa.
Biro cuaca memaklumkan, setakat lewat petang  Selasa, ribut itu sedang bergerak ke bahagian barat, pada kelajuan 19  kilometer sejam ke arah Pulau Palawan.
Datuk Bandar Catbalogan, Stephanie Uy-Tan  berkata, seramai 12 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus dua van  serta enam rumah, berhampiran sebuah lebuh raya di lereng bukit, di timur  Catbalogan.

Pegawai pertahanan awam wilayah, Olive  Luces berkata, 11 sekeluarga lemas, selepas dihanyutkan arus deras di tengah  wilayah Cebu, manakala enam yang lain masih hilang di wilayah itu.
Di bandar Tanauan, timur wilayah Leyte yang  terjejas teruk akibat badaian Taufan Haiyan, tahun lalu, anggota penyelamat  menemui lima mayat dalam sebuah rumah yang ditimbus tanah runtuh.
Seorang lelaki berusia 65 tahun lemas di selatan  wilayah Lembah Compostela, sementara seorang penduduk masih hilang, ketika  merentasi sebatang sungai yang melimpah.
Di tengah wilayah Bohol, seorang lelaki berusia  80 tahun lemas, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut  ditimbus tanah runtuh yang menimpa rumahnya di bandar Butuan, selatan  Filipina.



Sumber:Therakyatpost
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 08:41 AM | Show all posts
Che Gayah? mcm sesuatu jah
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:01 AM | Show all posts
dunia mau kiamat....lari...cabut ubi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-12-2014 09:01 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 31-12-2014 12:29 AM
sedap pulak tgk roti canai tuh

roti canai mana??
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:10 AM | Show all posts

ehh...tadi ada laaaa...cam iklan2 kat bawah artikel tuhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 09:14 AM | Show all posts
Ada hikmah kpm tangguhlkan persekolahan sebab kebanyakan sekolah di sabah mesyuarat 3hb, cikgu semenanjung akan ramai balik sebelum tarikh tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:20 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 31-12-2014 01:10 AM
ehh...tadi ada laaaa...cam iklan2 kat bawah artikel tuhhh

kenapa aku tak nampak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:21 AM | Show all posts

huhuhu...aku nampak...siap ada gambo aaliya lagi...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 10:10 AM | Show all posts
gelombang ke 4?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 10:59 AM | Show all posts
hurm.... semoga semuanya selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:15 AM | Show all posts
laluan asal dah berubah hr ni... rasanya bukan lalu atas tapi direct hit sabah tapi intensity kurang dr jangkaan awal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 08:22 PM | Show all posts
yellowfin replied at 31-12-2014 11:15 AM
laluan asal dah berubah hr ni... rasanya bukan lalu atas tapi direct hit sabah tapi intensity kurang ...

kena tempias juga kat sabah esp KK area on 30th tu ada beberapa kws kena banjir kilat dan hujan lebat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 12:53 PM | Show all posts
Ribut Tropika Jangmi Lenyap Sepenuhnya - Jabatan Meteorologi   
Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 12:00 AM



KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Jangmi yang berada di Laut Sulu dilaporkan lenyap sepenuhnya pada Rabu, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan di laman Facebook jabatan itu, kedudukan terakhir ribut tersebut ialah di latitud 8.9 utara dan longitud 121.7 timur, iaitu 527 kilometer ke Timur Laut Sandakan, Sabah.
Pada Rabu, Bernama melaporkan ribut tropika Jangmi telah menjadi lemah kepada Lekukan Tropika pada tengah hari.
Lekukan Tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, pantai barat dan pendalaman), Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak.



Jabatan itu berkata, pihaknya juga akan sentiasa mengemas kini sebarang maklumat berkenaan ribut tropika Jangmi setiap tiga jam di laman sesawang www.met.gov.my.

MStar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.444669 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list