View: 5459|Reply: 16
|
6 Tips Untuk Meningkatkan Metabolisme
[Copy link]
|
|
Edited by easicircle at 30-12-2014 05:31 PM
Metabolisme adalah istilah yang berasal dari bahasa Yunani yang membawa maksud perubahan atau transformasi. Di mana setiap individu mempunyai kadar metabolisme yang berbeza.. Meningkatkan metabolisme badan adalah penting kerana ia mampu meningkatkan pembakaran kalori dalam tubuh seseorang.
Kebiasaanya seseorang yang mempunyai metabolisme badan yang tinggi berupaya menukarkan makanan atau lemak di dalam badan menjadi tenaga dengan cepat. Namun bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme badan yang rendah mudah mengalami masalah obesiti jika corak pemakanan tidak dikawal iaitu makan secara berlebihan.
1. Makan Secara Kerap
Jangan biarkan perut anda kosong. Seeloknya makan mengikut waktu namun dalam kuantiti yang kecil. Jika anda tidak makan dan biarkan perut kosong kadar metabolisme badan akan menurun. Malah ia akan mengundang anda makan dalam kuantiti yang banyak akibat kelaparan membiarkan perut terlalu lama kosong.
2. Minum Air
Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2 liter air sehari. Ini kerana sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Pastikan 8 gelas yang diminum adalah air kosong bukannya minuman bergula.
3. Makanan Pedas
Menjadi kelebihan buat penggemar makanan pedas di mana kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Malah metabolisme boleh meningkat sehingga 40% untuk 2-3 jam.
4. Minum Teh Hijau
Banyak kajian telah membuktikan bahawa teh hijau mampu membantu meningkatkan metabolisme. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi meningkatkan pemprosesan atau oksidasi lemak serta meningkatkan kadar penukaran makanan kepada kalori.
5. Cukup Tidur
Penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari amatlah penting dalam mengekalkan metabolisme yang sihat. Cuba kekalkan rutin waktu tidur secara konsisten.
6. Pilih Makanan Berserat
Tubuh badan manusia memerlukan tenaga demi menjalani rutin seharian. Jadi pemilihan makanan amatlah penting dalam memastikan apa yang dimakan mampu membekalkan kalori yang boleh dibakar atau hanya sekadar menjadi lemak terkumpul. Jadi makanan kaya serat seperti oat, biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan amatlah baik untuk meningkatkan metabolisme badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju
aku dlm proses mkn secara kerap dlm kuantiti yg sikit
tp agak susah sbb terbiasa sekali makan nasi mesti nak byk |
|
|
|
|
|
|
|
Permulaan memang susah namun bila sudah terbiasa akan jadi mudah. Apa yang penting perlu disiplinkan diri. Selamat berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tips yang bagus.. semua org harus ikut
|
|
|
|
|
|
|
|
No.3...
Baru tau...
Tp mmg aku suka makanan pedas pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you. Selamat Mencuba.
|
|
|
|
|
|
|
|
lecah la makan kerap2 ni.
style aku mkn x kerap tp sekali makan bnyk la. hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
makan kerap takde masalah...nak minum air kosong tu...seksa sikit
paling banyak minum pun 3 gelas je sehari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba naikkan jumlah gelas tu perlahan-lahan. Gantikan air manis dengan air kosong.
Permulaan susah, lama-lama jadi terbiasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak cuba perlahan2 mulai2 hari ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Memamng leceh tapi bagus untuk badan sebab lagi mudah untuk badan membakar kalori dalam jumlah kecil. Berbanding kalau kita makan dalam kuantiti banyak, badan akan hanya bakar kalori seberapa banyak tenaga yang dikeluarkan dan selebihnya hanya akan jadi lemak yang mengakibatkan kegemukkan atau berat badan meningkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan usaha dan selamat mencuba.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa penat nk mkn byk2 kali ni...sbb tu aku sekali mkn portion byk gak...tp bekfast ngan lunch ajalah....pastu mlm tak mkn sbb kekenyangan mkn bekfas ngan lunch yg byk tu buat aku kenyang sampai ke esok paginya |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting makan makanan yang diambil secara seimbang sudah memadai.
Apa yang penting minum air kosong dan kurangkan gula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nice tips
|
|
|
|
|
|
|
|
nice tips.. tapi kalo korang de masalah berat badan susah jugak nak turun padahal dah ikut step untuk diet kita suggest untuk dapatkan nasihat pakar perubatan tradisional atau buat rawatan alternatif seperti minum herba atau akupuntur. Sebabnya cousin pon de masalah berat badan then dia buat rawatan alternatif sebabnya sebelum ni dia pernah buat macam-macam tp takde kesan.. now berat badannya dah trun..tapi tak terlalu banyak sebulan turun 3 kg tp ok la.. ni pusat rawatan yang dia buat http://thetole.org/MalayHerbalMe ... n.html#.VXEWKSKUcbU |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|