CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 7-10-2015 12:36 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-10-2015 02:38 PM
Zack terpaku menyaksi dari jauh. Meski memori masih kosong kala cuba mengingati detik berdua dulu na ...

sori dear... just nak bg pendapat.. sy rs better watak untuk shahrul ni sis remove kan sentuhan shahrul dgn wanita2 yang bkn muhrim. rasional sy, amat tidak bagus bila kita duk fikir seorg peguam syariah buat perangai mcm tu. plot dekat perkampungan dlm hutan dl pn sy rasa dh cukup sentuhan..sbb sis mention mereka dlm khayalan mereka. Sori again n selamat berkarya. sy tgg ending yer

ramainya suami jie macam ctr 7suami plak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt sambung la..
Zack n jie..buat ladt minut jie wat u turn kawen blk dgn zach.. Haslina plak rebound dgn zack kawen ex bf dia.. Diamdiam zach mcm kasi hint dgn jie memori dia dh recover...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 10:34 PM | Show all posts
fizamn replied at 11-10-2015 11:57 PM
Tt sambung la..
Zack n jie..buat ladt minut jie wat u turn kawen blk dgn zach.. Haslina plak reboun ...

Dah taip da.. cuma nak edit sikit.. kalau boleh nak end terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-10-2015 07:45 PM

Senyuman mekar dibibir Shahrul saat kabul terlafaz. Disahkan oleh hadirin yang hadir. Hanya sekali lafaz, secara rasmi mereka kini bergelar suami isteri. Mengucap syukur kepada Ilahi atas nikmat terindah ini.

Jie tambah jelita mengenakan busana pengantin berlabuci berwarna putih. Mereka kini berhadapan. Mata bertentangan mata.

Shahrul mengucup dahi wanita yang baru dinikahi. Agak lama. Berakhir sudah penantian bertahun untuk memiliki cinta sejati dalam hidup. Inilah saat terindah buat Shahrul.

Jie tunduk mencium tangan Shahrul. Terharu dengan ketulusan hati Shahrul memperisterikan seorang janda seperti dirinya. Air mata mengalir tanpa sedar.

Ucapan tahniah keluar dari mulut para tetamu yang hadir. Senyuman kegembiraan mekar dibibir Jie dan Shahrul. Berharap perkahwinan mereka diberkati dan berkekalan hingga akhir usia.

Zack terpaku melihat kebahagiaan milik kedua insan dihadapan mata. Terlambat untuk menghalang. Jie bukan lagi miliknya seperti dulu. Luka terhiris sembilu bisa. Menggagahkan kaki untuk mendekati pasangan mempelai.

"Congratulations Shah... Aku doakan kau dengan Najiha bahagia sampai akhir hayat.. Jaga Najiha elok elok.."

Riak wajah selamba. Mencuri pandang ke arah Jie. Masih cantik seperti selalu. Sayang, bukan lagi miliknya. Senyuman diukir untuk menutup lara dalam jiwa.

"Thanks Zack sebab sudi datang.."

Shahrul benar benar bahagia. Memeluk erat Jie disisi. Jelas dipandangan mata cinta Shahrul pada Jie.

Jie pula tampak berseri sekali. Barangkali kerana sedang berbahagia bersama Shahrul..

Hati Zack berbisik pilu. Kalaulah masa boleh diputar.. Pasti Zack takkan sesekali melepaskan Jie. Sadisnya Zack sendiri yang melafazkan talak. Menjarakkan diri dari Jie dan anak anak. Kekesalan bercambah dijiwa.

Namun apakan daya. Semua sudah terlewat. Seribu kali penyesalan diucapkan kenyataan tetap sama.

Kisah cinta Zack dan Jie berakhir saat Shahrul melafazkan akad nikah sebentar tadi. Putus sudah harapan untuk menyambung kasih.

Bergembiralah Shahrul kerana berjaya mendapatkan wanita idaman.

Sedih menusuk pula di kalbu Zack. Terpaksa jua Zack jalani dugaan ini dengan tabah. Pasrah pada kehendak Ilahi.




"Assalamualaikum sayang !"

Shahrul mendekati Jie yang sedang duduk dibirai katil. Baru lepas mandi dan kini sedang mengeringkan rambut. Penat melayan tetamu yang silih berganti datang meraikan majlis mereka. Teruk juga menerima usikan nakal terutamanya dari Azim.

Apatahlagi apabila Shahrul meminta diri untuk berlalu. Segala macam sakatan kedengaran ditelinga. Malas ambil peduli Shahrul segera melangkahkan kaki ke sini. Kepingin menemui Jie.

Shahrul senyum sendiri mengingat usikan usikan nakal tadi.

Gaun malam tersarung ditubuh langsing milik Jie membuat Shahrul terpana memandang.  Pertama kali melihat Jie berpakaian agak 'daring'. Jantung berdetak kencang. Mujurlah mereka sudah memiliki ikatan sah kini. Tiada lagi batasan antara mereka.

"Waalaikumussalam Abang..."

Jie tersenyum mesra ke arah Shahrul.

"Abang dah mandi ke?"

Shahrul cuma angguk. Terpesona menatap figura cantik depan mata. Menyentuh lembut pipi Jie.

"Tidurlah.."

Jie segera menghulurkan bantal ke arah Shahrul. Badan letih. Otak sudah memberi isyarat supaya Jie melelapkan mata. Jie terus berbaring disisi Shahrul yang masih duduk termangu.

"I love you, sayang !"

Shahrul beralih membelai rambut ikal Jie. Mengucup lembut dahi Jie.

Jie hanya senyum, tanda rela.

Malam kian beranjak ke pagi dan suasana sunyi sepi menyelubungi...

"Baby !!!"

Zack menjerit sekuat hati. Tidak sanggup melihat Jie didalam pelukan lelaki lain.

Serentak itu, Zack terjaga dari lena. Bayangan Shahrul dan Jie menghilang. Tubuh berkeringat. Jantung berdegup pantas. Cuak. Otak buntu mentafsir.

Serasa nyata Zack melihat Jie disamping Shahrul sebentar tadi. Keliru. Merenung sekeliling. Persekitaran lebuh raya sunyi sepi. Jam dipergelangan tangan menunjukkan pukul 3 pagi.

Nasib baik cuma mimpi !

Zack menarik nafas lega. Meraup wajah. Terlelap seketika didalam kereta. Bersyukur tiada malang menimpa.

Mujur, sebelum terlena, Zack sempat mematikan enjin kereta dan pendingin hawa. Tingkap direnggangkan. Menggeliat seketika untuk mengendurkan otot otot badan yang terasa lenguh. Memikir sejenak tentang mimpi tadi. Takut kehilangan Jie buat selamanya.

Enjin kereta dihidupkan. Zack memulakan pemanduan kereta. Ingin bertemu Zulkarnain siang nanti. Pasti lelaki itu tahu lokasi sebenar Jie di Houston.

Zack nekad untuk menjejaki Jie sebelum Shahrul berjaya mengahwini Jie. Hidup serasa tak bererti jika mimpi Zack tadi menjadi realiti. Berharap Jie sudi memberi kemaafan dan menerima cinta Zack semula.

Sempat berdoa agar jodoh mereka masih ada. Sukar untuk Zack gambarkan hidup tanpa Jie menemani disisi. Yakin hanya Jie satu satunya cinta sejati.

I am not not giving up, Baby !

Itulah kata kata azimat dari filem 'Tomorrowland'. Filem kegemaran Jie dan Zack.

Pantang berundur sebelum berjuang. Zack akan pastikan mereka bersama sebagai suami isteri semula.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:17 AM | Show all posts
come zack.. ngorat balik jie....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cpt ZACK cari JIE...jgnlah kawen ngan org lain...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 08:49 AM | Show all posts
Salam TT..bila nk smbung nih?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 10:37 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2015 10:38 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 10:38 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 10:38 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 10:39 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 09:26 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-10-2015 12:46 AM

Setahun kemudian..


Alamanda Dr,

Naples,

FL 34102,

United State of America


Bersendirian menonton drama bersiri 'The Following season 3' kesukaannya di Channel Fox. Watak lakonan Kevin Bacon sebagai bekas agen FBI yang ligat memburu Joe Caroll iaitu seorang Professor bijak bermain psikologi sehingga mampu mengumpulkan ramai pemuja ataupun 'cult'.


Terdapat juga pengikut Joe Caroll sanggup melakukan segala demi membuktikan ketaatan dan kesetiaan. Jalan cerita yang sukar diagak. Menarik perhatian untuk ditonton.


Sempat teringatkan keluarga di Malaysia. Baru saja habis skype dengan Mama dan Papa selama sejam. Rindu untuk pulang ke tanah air namun memandangkan keadaan isteri yang sedang sarat mengandung niat hati terbantut.


Justeru, tahun ini mereka bakal meraikan Aidil Adha di perantauan. Sayu namun apakan daya. Pilihan mereka untuk bermastautin disini. Jauh dari keluarga dan insan tersayang.


Salah satu cara melindungi isteri tercinta dari musibah. Anggap saja ini tanda kasih yang tiada taranya pada sang isteri.


"Kenapa ni? Monyok je muka tu.."


Perhatian teralih. Rancangan dikaca televisyen diabaikan. Sudah berjanji pada diri sendiri, isterinya adalah keutamaan dalam apa jua keadaan sekalipun.


Membelai lembut tangan serta mengusap penuh kasih rambut ikal milik sang isteri yang mampir melentok dibahu. Kasihan melihat wanita kesayangan keletihan membawa perut. Tidak sepadan dengan bentuk badan kurus yang dimiliki.


Meski ini bukan kali pertama isterinya hamil, hati tetap gusar. Teruja menimang cahaya mata baru. Menambahkan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.


"I terasa nak makan ayam rendang Mommy I masak.."


Isteri kesayangan merengek manja. Mengharap si suami menurut kehendaknya supaya pulang ke Malaysia.


"Tak mahulah degil macam ni.. Doktor tak bagi you naik flight.. I pun tak nak ambil risiko nyawa you dan anak kita.. Please Baby.."


Zack mengharap pengertian dari Jie.


"Kalau you tak nak balik, I balik sendiri.."


Jie nekad. Bangun meninggalkan Zack. Mencapai kunci kereta. Merajuk. Sebal hajat hati tidak dipenuhi.


Melihatkan keadaan Jie, Zack segera memeluk erat tubuh isterinya. Bimbang Jie 'main lari lari' lagi. Merampas kunci kereta dari tangan Jie.


Cukuplah 'pelarian' Zack mengejar cinta Jie selama ini. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi untuk memastikan mereka kembali bersama dalam ikatan perkahwinan. Bukan mudah menyakinkan Jie menerima dirinya semula.


Pernah berhadapan saat genting bilamana Shahrul hampir saja berjaya menikahi Jie.


Namun, ketulusan Shahrul melepaskan Jie demi kebahagiaan wanita yang dicintai membuatkan Zack terhutang budi.


Barangkali Shahrul sedar Zack dan Jie masih saling mencintai.


Tambahan pula, Shahrul tahu Zack menceraikan Jie kerana hilang ingatan dan bukan dengan kerelaan hati.


Maka apabila ingatan Zack kembali, Shahrul dihimpit rasa bersalah untuk meneruskan hasrat mengahwini Jie. Simpati pada anak anak Zack yang pasti mendambakan kehadiran Daddy kandung mereka disisi.


Enggan digelar menangguk di air keruh, Shahrul rela berundur. Memberi peluang pada Zack menambat hati Jie semula.



Bersyukur jodoh mereka masih ada. Pernikahan kali kedua mereka diraikan dengan restu keluarga kedua belah pihak. Bukan secara rahsia seperti kali pertama dulu.


Malah, Danny dan Daryl turut teruja melihat Daddy dan Mommy mereka bersatu semula. Bahagia menyaksikan Zack dan Jie bersanding dipelaminan. Sama cantik sama padan.


Tengku Safiah dan Tan Sri Isa sama mengucap kesyukuran kerana berpeluang melihat Zack dan Jie bergelar raja sehari buat kali kedua.


Hilang sudah rasa terkilan kerana Zack dan Jie memilih bernikah secara rahsia dulu.


Tengku Safiah dan Tan Sri juga mendoakan agar Zack dan Jie bahagia selamanya.


Justeru,  pengalaman silam mengajar Zack menjadi lebih berhati hati dalam mencorakkan rumah tangga mereka kali ini. Takut mengulang kesilapan serupa. Berdoa agar Jie kekal miliknya selagi bernyawa.


Tak sedar Zack menjerit kuat memanggil pembantu rumahnya gara gara panik. Apatah lagi apabila Jie meronta ronta melepaskan diri.


Zack menguatkan pegangan terhadap Jie. Masak dengan tindakan Jie apabila kehendak tidak dipenuhi Zack. Tak lain dan tak bukan Jie pasti akan 'membawa' diri.


Mustahil Zack mahu mengambil risiko membiarkan Jie pergi begitu saja.


Orang gaji mereka tergopoh datang dari arah dapur..


"Ambil kunci kereta ni.. Sorokkanlah dekat mana mana.. Jangan sampai Puan jumpa !"


Zack memberi arahan tegas.


Pembantu rumah dalam lingkungan usia 40-an itu hanya menurut perintah Zack. Faham sangat dengan keadaan Zack yang terlalu 'paranoid'. Bimbang isterinya pergi lagi.


Sudah lama berkhidmat untuk Zack sekeluarga, begitulah Zack setiap kali Jie merajuk. Terlalu sayangkan isteri agaknya..


Walau pelik namun Kak Yani malas ambil peduli. Menurut saja arahan Zack sebelum berlalu semula ke dapur.


"You ni.. Bencilah !"


Jie bengang. Menumbuk kuat dada Zack. Marah kerana kemahuan terhalang.


"Biarlah you benci I tapi I tetap sayangkan you ! You takkan boleh lari lagi dari I.."


Zack menyakat. Bergurau. Masih memeluk erat isterinya.


"Whatever !!"


Jie memang degil !  Menolak kuat tubuh Zack. Berjaya melepaskan diri. Terus menghala ke pintu.


"Danny, Daryl !"


Zack menarik perhatian si kembar yang berada berhampiran pintu keluar. Memohon bantuan dari anak anaknya untuk menghalang Jie dari keluar.


"Please stop your Mommy from walk out the door !"


Patuh pada kehendak Daddy. Danny berlari pantas menutup pintu.


Manakala Daryl bersedia menjadi 'pengawal'. Jie dihalang dari menghala ke pintu. Sengih ke arah Mommy yang tampak masam.


Like Daddy like son !


Jie merungut dalam hati.


Baik Zack mahupun anak anak mereka selalu sepakat dalam semua hal. Termasuklah ketika cuba menghalang perkahwinan antara Jie dan Shahrul dulu. Teruk juga Shahrul melayan ragam si kembar.


Setiap kali Shahrul cuba mendekati setiap kali itulah Danny dan Daryl memberontak. Bersikap dingin dan mengabaikan kehadiran Shahrul.


Rupanya Zack meminta si kembar membantu membuat Shahrul berputus asa dari mengahwini Jie.


Kadang Jie kelakar mengingat bagaimana Zack beriya memikat hatinya semula sewaktu di Texas.


Bunga ros merah dan nota nota puitis dikirimkan Zack melalui Danny dan Daryl hampir setiap hari.


Setiap coretan menceritakan kenangan cinta mereka sejak masih bergelar pelajar dulu. Bersumpah hanya Jielah satu satunya wanita dicintai.  


Zack juga mengakui bahawa dirinya cuma selesa dengan kehadiran Haslina dan bukan benar benar mencintai Haslina.


Semua terjadi kerana wanita itu tidak pernah mendesak Zack supaya mengingati masa silam. Tiada tekanan dialami Zack ketika disisi Haslina. Maka Zack lebih memilih untuk bersama Haslina saat hilang ingatan.


Manakala situasi berbeza bila Zack bersama Jie.


Jie kerap memaksa Zack supaya meraih semula ingatan yang hilang. Bercerita kenangan mereka sedangkan Zack masih keliru. Gopoh dalam membuat keputusan. Perceraian adalah jalan keluar terbaik buat Zack ketika itu.


Sedar akan kesilapan diri tatkala ingatan kembali pulih, Zack sedaya upaya memujuk rayu Jie supaya memberi kemaafan. Mengharapkan peluang terakhir untuk berdua. Menitiskan air mata kekesalan.


Zack juga segera membatalkan rancangan pertunangan dengan Haslina kerana Zack sedar dirinya masih terlalu cintakan Jie. Bertekad untuk menjejaki Jie.


Mujur, Haslina menerima keputusan Zack dengan tenang.


"Mommy.. Daddy loves you so much ! Don't mad at him ! Please !"


Danny bersuara untuk meredakan rajuk Mommy.


Jie tersentak dari khayalan setahun lepas. Merenung wajah si kembar.


"Please Mommy.. I don't want to see you and Daddy to be separated anymore ! We loved both of you !"


Lantaran takut melihat Jie dan Zack berpisah lagi, Daryl berkata begitu. Bimbang hidup tanpa Mommy dan Daddy disisi.


"Ask your Daddy to fulfill my wish if he really loves me.."


Jie berpura sedih. Memancing sokongan si kembar.


Entah dari mana datang idea Jie untuk mengenakan Zack.


Kalau selama ini Zack gemar menggunakan si kembar bagi membuat Jie mengalah. Biarlah kali ini Jie menggunakan taktik sama. Baru adil dan saksama.


Jie gelak kemenangan dalam hati. Menantikan reaksi balas Zack.


"Just do as her wish, Daddy ! Show how much you love her.."


Daryl beralih berpihak pada Jie pula.


"How could you?!"


Merenung Jie. Sukar percaya Jie boleh melibatkan Danny dan Daryl pula.


Zack terperangkap dengan 'permainan' sendiri. Nampaknya Jie kini bijak mempengaruhi Daryl dan Danny.


"I think we should talk in private !"


Faham dengan kedegilan Jie, Zack pantas menarik isterinya ke sisi. Mendukung Jie memandangkan Jie berkeras untuk enggan menurut kehendak Zack.


"Sons, help me !!"


Jie meminta pertolongan Danny dan Daryl untuk melepaskan diri dari dukungan Zack. Terkejut dengan tindakan suaminya.


"Daddy you shouldn't ....."


Danny juga kaget melihat tindakan Zack.


"Ignore your Mommy, sons ! Just continue with what you have been doing before.."


Usai berkata begitu, Zack terus meninggalkan si kembar bermain berdua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 09:30 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-10-2015 12:24 AM

Mogok dari tadi.


Selesai menidurkan Dania dan Darwish,  Jie masih enggan mempedulikan Zack. Berbaring di atas katil. Bermain permainan Brain Wars ditelefon pintar. Bosan menyelubungi diri.


Manakala Zack menyambung menonton televisyen didalam kamar tidur mereka pula. Duduk di atas sofa. Sesekali mata menjeling ke arah Jie. Isterinya masih protes dengan keputusan Zack.


Enggan membiarkan Jie 'curi curi' keluar tanpa pengetahuan membuat Zack terpaksa 'mengunci' diri dan isterinya didalam bilik.


Biarlah terkurung lama asalkan Jie berada depan mata.


Dania dan Darwish sudah dibawa ke bilik sebelah oleh penjaga mereka.


Tinggal mereka suami isteri berdua kini. Suasana kekal dingin. Jie tetap membisu.


Sejak akad nikah kali kedua mereka terlafaz, Zack sentiasa berwaspada lantaran tidak mahu mengambil risiko kehilangan Jie.


Kalau dulu Zack memberi sepenuh kebebasan kepada Jie tetapi kini Zack agak mengawal ketat pergerakan isterinya. Kerap memantau pergaulan Jie.


Malah, Zack memastikan Jie sentiasa ditemani oleh dirinya tak kira mana saja Jie pergi.


Hal ini kerana Zack ingin menjaga keselamatan Jie.


Dalam masa yang sama, mengelak kewujudan mana mana lelaki lain meraih cinta isterinya.


Zack juga tidak gemar melihat Rayyan mendekati Jie. Bimbang memikirkan Ku Iz membuat onar lagi dan takut Shahrul masih mengharap balasan cinta Jie membuatkan Zack tekad menetap di Florida.


Bukan ingin cemburu buta atau mengongkong, Zack cuma menganggap tindakannya demi keharmonian rumah tangga mereka. Takut sejarah lama berulang.


Kini, Zack mengerti perasaan Rayyan sewaktu bergelar suami Jie dulu. Rasional Rayyan kerap meragui cinta Jie dan berprasangka.


Namun, Zack sentiasa mengingatkan diri agar tidak mengulangi kesilapan Rayyan. Jujur dan percaya menjadi tunggak perhubungan mereka.


"Baby.. Merajuk dengan I lagi ke?"


Zack memecahkan tembok bisu yang melingkari mereka. Menyentuh lembut bahu isterinya. Tidak betah melihat Jie bermasam muka.


"You rasa? Dahlah you kurung I seharian dalam bilik.."


Jie menyindir. Menjeling tajam. Masih fokus menumpukan perhatian pada permainan Brain Wars.


Malah, makan tengah hari Jie diarahkan oleh Zack supaya dihantar terus ke bilik. Perintah berkurung dikenakan terhadap Jie.


"Sorry Baby.. I terpaksa buat macam ni ! Kalau tak entah ke mana mana lah you hilang nanti.. Macam I tak tahu perangai you !"


Tiada jawapan balas dari Jie. Isterinya masih leka menghadap telefon bimbit.


"Baby.. Tak mahu macam ni.. Hal kecil saja kan.. I janji lepas you dah deliver nanti kita balik rumah Mommy... Kita cuti panjang kat sana ok.."


Zack cuba memujuk.


"Bie.. Bukan I sengaja mengidam.. Anak dalam ni yang nak tau.. Anak you juga.."


Jie mengusap perutnya. Kehamilan yang tak disangka namun Jie bersyukur. Rezeki dari Allah.


Zack terpaku seketika melihat perut isterinya.


Serentak itu, teringat pesanan Zulkarnain.


Memandangkan Dania dan Darwish dilahirkan melalui kaedah pembedahan, Zulkarnain menasihatkan Zack dan Jie supaya merancang anak ketiga mereka.


Sekurang kurangnya menunda kelahiran sehingga 2 tahun lagi. Demi memastikan Jie benar benar sihat untuk mengandung lagi.


Namun, Jie memang degil. Enggan memakan pil perancang yang diberi. Zack pula beranggapan Jie mengikut arahan Zulkarnain. Rupanya segala pil pil itu dibuang oleh Jie tanpa pengetahuan Zack.


Malah, Jie disahkan hamil sebaik sahaja pulang dari bulan madu mereka di Maldives sedangkan Dania dan Darwish baru mencecah usia setahun.


Justeru, Zack amat menitik beratkan keselamatan Jie untuk kehamilan kali ini. Jie ditatang seperti minyak yang penuh. Sedaya mungkin Zack cuba memenuhi kehendak Jie.


Cuma sekali ini, Zack terpaksa menolak untuk pulang ke Malaysia dalam keadaan Jie masih sarat. Bimbang sesuatu menimpa isteri kesayangan.


"I call Mommy nanti.. Minta tolong Daddy dengan Mommy datang sini masakkan rendang yang you nak.. Ok tak Baby?"


Satu penyelesaian munasabah diutarakan. Zack yakin Maznah dan Dato' Hanafi sudi menunaikan permintaan Jie.


"Oklah kalau macam tu.."


Jie mengalah akhirnya. Bangkit dari pembaringan menghadap Zack. Telefon bimbit dibiar atas katil.


"Tapi lepas anak kita lahir, kita balik rumah Mommy.. Janji?"


Jie inginkan kepastian dari Zack.


" Yes ! Anything for you, Baby ! Janji you takkan merajuk dan lari tinggalkan I lagi.."


Zack jadi takut bila memikirkan kemungkinan Jie akan pergi membawa diri.


"Itu nanti I fikirkan.."


Jie senyum. Suka membuat Zack jadi tak keruan.


"Baby ! You nak I kurung you dalam bilik selamanya ke? Janji dengan I cepat !"


Zack geram dipermainkan. Menarik hidung mancung Jie.


"I nak report dekat Daddy.. You kurung I !"


Jie sengaja mengugut.


"You ingat you seorang saja boleh report? I pun nak bagitahu Daddy, you masih buat perangai suka lari lari lagi.."


Giliran Zack pula mengenakan Jie.


"Reportlah.. Tak kisah !"


Jie bersuara mengejek Zack. Gaya agak keanak anakan.


Childish ! Zack hanya senyum melayani kerenah Jie. Memeluk mesra tubuh isterinya. Satu ciuman dihadiahkan ke pipi gebu Jie.


Pelukan Zack dibalas oleh Jie.


Zack menghela nafas panjang. Lega melihat Jie ceria semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 09:34 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-10-2015 10:44 AM

Miami Beach, Florida


Persekitaran pantai dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar negara. Ada yang menghabiskan masa berbaring diatas pasir untuk 'memerangkan' kulit dengan berjemur ditengah panas. Ada juga sekadar bersiar siar menikmati pemandangan sekeliling. Pelbagai ragam manusia boleh dilihat.


Keadaan pantai pula dilitupi awan dan agak berangin. Ramalan kaji cuaca meramalkan hujan mungkin berpotensi turun petang nanti.


Jie hanya duduk dikerusi dari tadi. Hati tenang melihat keindahan air. Angin menerbangkan rambut ikal miliknya.


Danny dan Daryl sedang bersiar siar bersama Zack menyusuri Hollywood's Boardwalk menaiki basikal yang disewa.


Kak Yani juga ada menemani bersama. Membantu Zack mengawasi telatah lasak si kembar.


Idea Zack untuk mereka beriadah seisi keluarga.


Tambahan pula, Jie memang kepingin bersantai di tepi pantai. Suaminya sanggup memandu selama hampir 2 jam untuk ke mari. Dania dan Darwish tinggal bersama penjaga mereka dirumah.


Gelagat pasangan berbeza jantina berciuman tanpa segan silu sudah terbiasa menjadi santapan mata.


Jie endah tak endah. Malas ambil peduli. Budaya biasa di Amerika.


Baring di atas kerusi malas pula. Earphone dipasang ditelinga. Menikmati lagu A Little Piece of Heaven dendangan Avenged Sevenfold yang dimuat turun oleh Zack dalam Ipod.


Entah kenapa Jie rasa terdetik untuk membelek Ipad Zack disisi. Membuka facebook dan twitter. Tiada yang menarik.


Beralih ke imej imej dan video. Jie menelek satu demi satu. Jie terharu melihat Zack masih menyimpan video mereka dari zaman bergelar kekasih di Ohio sehinggalah ketika mereka disatukan.


Mungkin kesemua video dan gambar gambar lama ini Zack jumpai kelmarin dalam 'hard disk' yang lama tersimpan. Jie perasan Zack sibuk membuat salinan. Takut kehilangan memori penting mereka bersama.


Mata terpandangkan wajah Danny dan Daryl saat masih bayi. Jie senyum melihat video mereka sewaktu pertama kali bergelar Mommy dan Daddy.


Sayang, tiada gambar  mau pun video Dania dan Darwish semasa baru lahir kerana kelahiran kembar sepasang itu disaat rumah tangga Jie dan Zack berderaian.


Mereka berkahwin semula sewaktu Dania dan Darwish sudah mencecah usia 10 bulan.


Tak semena air mata mengalir dipipi Jie. Sedih mengenang kepedihan semalam.


"Baby.. Are you ok?"


Entah bila suaminya muncul Jie sendiri buntu. Pantas berpaling ke arah lain. Mengelak bertentangan mata dengan Zack.


"Kenapa you menangis ni?"


Zack ingin tahu. Gusar melihat Jie berair mata.  


Jie hanya mendiamkan diri. Masih sebak.


"Baby please.."


Zack penasaran dibuatnya. Menanti jawapan balas dari Jie.


"I sedih bila teringatkan Dania dan Darwish.. Masa mengandungkan mereka, kita terpisah.. Lepas mereka lahir pula, you ceraikan I.. Entahlah.."


Walau Jie redha namun tetap merasa terkilan bila mengingati nasib Dania dan Darwish.


Zack terdiam sejenak. Memikir kata kata untuk diluahkan. Agar Jie mengerti Zack juga kesal dengan tragedi menimpa mereka dulu.


"Kalau you sedih I lagi sedih, Baby ! I lah punca semua itu ! Kalaulah I tak bodoh tinggalkan  you dan anak anak..."


Kadang Zack juga tersentuh mengenang kebodohan lampau. Rasa bersalah dan berdosa pada Jie.


"Tapi I bersyukur you sudi terima I semula.. I tak mahu sekadar berjanji lagi, tapi I akan buktikan pada you, you akan bahagia hidup disamping I.. Melihat anak anak kita membesar.. I nak habiskan seluruh hidup I bersama you.. Sebab bila you ada barulah I rasa hidup I complete.."


Zack meraih tubuh Jie dalam pelukan. Serasa seluruh kasih dan sayang mengalir disanubari. Bahagia ditemani insan tercinta.


"I cintakan you sejak dari kali pertama I terpandangkan you di Ohio.. You masih dalam hati I walaupun you milik Rayyan dulu.. Sampai I mati hanya you lah cinta pertama dan terakhir I.."


Bukan sekadar bermanis lidah. Zack yakin seumur hidup hanya Jie saja yang didambakan. Datanglah secantik mana pun wanita menggoda tiada satupun dapat menggantikan tempat Jie dalam hati.


"Yela tu.."


Jie masih ingin menduga Zack. Meski Jie meyakini ketulusan cinta suaminya namun adakala Jie dibelenggu pertanyaan.


Benarkah hanya dirinya dicintai Zack selama ini? Jadi dimanakah letaknya kedudukan Zeeta saat masih bergelar isteri Zack?


"Anyway, ex wife you Zeeta tu kan 'hot'.. Cantik dan seksi pula tu.. Kenapa you tak jatuh hati pada dia?"


Sudah lama Jie mahu bertanyakan soalan itu.


Mood romantik yang dirasakan Zack sebentar tadi pudar dengan soalan cepumas dari bibir Jie. Jie seperti meragui keluhuran cintanya. Bertanyakan perihal Zeeta sedangkan Jie sendiri tahu jawapan sebenar.


"Pada I, you dah terlebih cantik dan seksi.. Sebab tu I tak boleh lupakan you ! "  


Zack gelak. Ingin menyakat Jie. Lagipula malas mengenang kisah silam.


Cukuplah andai Zack katakan perkahwinan dengan Zeeta dulu adalah satu kesilapan. Tindakan bodoh Zack mengambil risiko mengahwini Zeeta yang tidak dicintai.


"You sendiri tahu punca I kahwin dengan Zeeta.. Dahlah Baby.. Kita tutup cerita lama.. Yang penting you ada dengan I sekarang.."


Pada Zack biarlah kesilapan semalam jadi pengajaran. Kini diri lebih matang dalam mencorak masa depan agar kebahagiaan abadi jadi milik berdua.


"I minta maaf, Bie..."


Jie pilu. Terkenang khilaf dulu. Ada rahsia perlu diketahui oleh Zack. Mencapai jari jemari suaminya lalu dikucup. Lama.


"Kenapa ni, Baby? You tak pernah buat salah pada I.."


Zack mengusap rambut isterinya.


"I sebenarnya tahu Ray dengan Zeeta rancang untuk perangkap you di hotel malam tu.. Tapi I tak bagitahu you sebab I nak you kahwini Zeeta dan lupakan I.. I'm sorry Bie!"


Bila Zack menyebut tentang perkahwinan dengan Zeeta tadi,  Jie dihimpit rasa bersalah kerana berdiam diri sewaktu mengetahui rancangan jahat Rayyan dan Zeeta dulu.


"You...."


Zack kehilangan kata kata. Terkejut. Cuba menelan kenyataan yang baru keluar dari bibir Jie.


"You marah I ke, Bie?"


Jie menyoal apabila melihat Zack hanya membisu.


Zack menghela nafas panjang. Memandang ke arah Jie.


"It's okay  Baby ! Kita bina hidup baru.. Lupakan saja semua !"


Enggan mengungkit kisah lama. Lagipun perkara sudah berlalu.


"Asalkan you janji akan temani I seumur hidup, yang lepas tu biarlah... I tak nak ada lelaki lain selain I dalam hati you..  No more lies and no more secrets after this.. Janji?"


Jie angguk tanda setuju dengan permintaan Zack. Berjanji hanya Zack sahaja yang dicintai selamanya.


"You suruh I janji ni, tau tau you pulak kahwin dua.. You ada perempuan lain, siap you !"


Entah kenapa Jie berkata begitu. Teringatkan Azim yang kini mempunyai dua isteri. Juwita dan Lily.


Baru Jie tahu Lily mengandungkan anak Azim sewaktu hampir bernikah dengan Shahrul dulu.


Enggan ambil tahu cerita sebenar disebalik 'keterlanjuran' Azim dan Lily memandangkan Jie sedar tiada manusia yang sempurna, Jie kagum dengan ketabahan Juwita menerima Lily sebagai madu. Azim juga dilihat berbahagia disamping Lily dan Juwita walau agak sukar membahagi kasih pada awalnya.


Selepas melahirkan anak, Lily hanya menumpukan sepenuh perhatian pada rumahtangga.


Adakala Juwita membantu madunya mengendalikan bayi Lily memandangkan Juwita masih belum memiliki anak sendiri. Mereka bertiga kelihatan bahagia melayari hidup bersama.


"I ada perempuan lain?!"


Zack gelak. Mungkin saja Jie bercanda. Mana mungkin itu terjadi.


"I takkan kejar cinta you bertahun tahun kalau I nak duakan you ! Jangan risau, Baby ! I tak se'hebat' Azim dan Daddy you.."


Terselit jenaka dalam kesungguhan. Tak mungkin Zack boleh berbahagi kasih seperti Azim dan Daddy mertuanya. Zack yakin cinta dalam hati milik Jie buat seumur hidup. Tiada yang kedua.


"Thanks , Bie, sebab you terima diri I seadanya."


Senyuman kian mekar dibibir Jie.

Anyway I ada berita best untuk you..."


Jie teruja untuk menyampaikan khabar dari Malaysia.


"Apa dia?"


Zack tidak sabar menanti bicara yang bakal keluar dari bibir Jie.


"Pasal Shah.."


Bibir Jie menguntum senyum. Gembira dengan berita tentang lelaki yang banyak berbudi padanya itu.


Mendengar nama Shahrul diperkatakan riak wajah Zack berubah. Masih lagi cemburukan Shahrul.


"Kenapa dengan dia?"


Zack endah tak endah.


"Dia akan kahwin hujung bulan ini.. Dengan Lina.. Jodoh memang pelik, kan..? Tak sangka !"


Jiw masih ketawa. Lucu memikir takdir mereka. Mungkin Jie boleh bertanyakan Haslina dengan lebih lanjut usai skype nanti. Naluri ingin tahu permulaan bibit bibit cinta antara Shahrul dan Haslina.


Siapa sangka Shahrul dan Haslina berjodohan.


Apapun, Jie berdoa agar Shahrul dan Haslina berbahagia seperti mana Jie bahagia disisi Zack kini.


Satu kelegaan wujud tatkala Zack mendengar berita tentang Shahrul dan Haslina. Senyum sambil meraih tubuh Jie dalam pelukan. Berbisik halus dicuping telinga isterinya...


"I love you, Baby.."


Ungkapan itu takkan jemu bermain dibibir Zack. Menzahirkan segala rasa dalam hati. Mencium lembut pipi Jie.


"I love you too, Bie.."


Senyuman manis bermain dibibir mereka. Jari jemari bertaut erat. Tanda janji sehidup semati.


Kisah cinta  mereka mungkin tidak seagung Romeo dan Juliet namun pelbagai onak ranjau terpaksa ditempuh mereka demi mengecap nikmat bahagia.

Takdir jua pernah menjadi penyatu dan pemisah mereka.

Harapan Zack agar ikatan kasih sayang ini berkekalan selagi hayat dikandung badan. Amin.


Zafrey Daniel Hazriq.. Nur Najiha..  Kisah kau dan aku..


Tamat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 09:36 PM | Show all posts
Sorry jika ending tak menarik.. malas edit font and paragraph sebab direct paste saja.. terima kasih untuk segala kutukan membina.. its been a long journey to end this novelle.. maafkan kalau ada yang kurang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tt... Lama tunggu dowhh.. Esok nak baca lagi.. Tq so much..hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:12 AM | Show all posts

wah! tahniah TT... Happy ending...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:20 AM | Show all posts
elia201 replied at 21-10-2015 01:36 AM
Sorry jika ending tak menarik.. malas edit font and paragraph sebab direct paste saja.. terima kasih ...

tak semua orang boleh jadi penulis... only the gifted one yg mampu utk menulis cerita seperti ini... tahniah TT... what a interesting story to read... keep it up... don't ever give up...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:26 AM | Show all posts
Congratz...
yang penting endingnya happy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.066835 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list