View: 2219|Reply: 10
|
[Tempatan]
Orang ramai diminta rancang perjalanan sempena musim perayaan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2015 berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihaknya.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, PLUS menjangka jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan meningkat sebanyak 15 peratus kepada 1.5 juta sehari menjelang musim perayaan itu berbanding 1.3 juta pada hari biasa.
Beliau berkata, TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
"Kami menjangka orang ramai di Lembah Klang akan mula bergerak keluar pada 19 Disember sehingga 4 Januari akan datang.
"Justeru itu, berdasarkan jadual TTA, kami menasihatkan orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara jam 6 pagi hingga 11 pagi," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz3MEOWHklO
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
balik kampung ooooo balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
semoga selamat perjalanan pegi dan balik |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya bercuti |
|
|
|
|
|
|
|
nk balik kg sabtu ni
arah utara
balik sini 23 hb
moga selamat hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
berhati-hati di jalanraya
last week balik utara
hari ahad malam gerak KL kereta bersusun start dari taiping |
|
|
|
|
|
|
|
aku rabu mlm nk gerak ke utara...harap jgn jem teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
x dapat nak balik pantai timur .. . musim tengkujuh sudah bermula |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 posted on 18-12-2014 04:23 PM
aku rabu mlm nk gerak ke utara...harap jgn jem teruk...
Kak...rasa mmg jem dah. Bertabahlah. Jgn minum bnyk nanti kena ke toilet sekali...bila ramai ramai ni toilet tenth penuhnya...ker akan pakai pampas saja...senang tak perlu que |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 18-12-2014 04:33 PM
Kak...rasa mmg jem dah. Bertabahlah. Jgn minum bnyk nanti kena ke toilet sekali...bila ramai ramai ...
hakak gerak mlm dik...makanya akak tdo saja smpi ke pagi...jika akak nk terkenc akak pinjam saja pampers anak2 akak... |
|
|
|
|
|
|
|
hati2 lah memandu.....kalau ngantuk berhenti rehat |
|
|
|
|
|
|
| |
|